Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom November 18, 2018 @ 9:00am

MAPS Ipoh, Destinasi Percutian Ideal Buat Keluarga Untuk Musim Cuti Sekolah Ini

Cuti sekolah hampir tiba, sudahkah anda merencana destinasi percutian bersama keluarga?

Jika tiada bajet besar atau cuti yang diperoleh ibu bapa terhad, mungkin anda boleh membawa anak-anak ke Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak.

Dibuka pada Jun 2017, taman tema animasi pertama di Asia ini pastinya menjanjikan pengalaman bermakna buat anda sekeluarga terutamanya menggembirakan anak-anak anda.

Memandangkan terdapat pelbagai permainan dan aktiviti yang ditawarkan di sana, ada beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum berkunjung ke sana.

Foto: Movie Animation Park Studios

Outfit bersesuaian

Sebelum berangkat ke MAPS, ibu-bapa seharusnya menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Suasana persekitaran di taman tema seluas 21 hektar itu agak panas dan kering. Jadi, pakaian bersesuaian hendaklah dipakai agar tidak mengganggu mood dan keterujaan.

Sebaiknya, pengunjung digalakkan memakai pakaian yang dibuat daripada fabrik menyerap peluh. Bagi kanak-kanak lelaki khususnya, sudah memadai dengan memakai t-shirt dan seluar pendek sahaja.

Harus diingat, anda tidak digalakkan memakai selipar. Seeloknya, pakai kasut kerana ia lebih selamat ketika menaiki permainan di taman tema itu.

Selain itu, anda juga digalakkan memakai topi atau membawa payung bagi berlindung daripada cahaya matahari yang terik sepanjang pengembaraan anda di sana.

Penting juga untuk anda menyapu krim pelindung sinaran matahari bagi mengelakkan kulit menjadi gelap dan kering.

Banyak tempat makan

Dari segi makanan pula, ada baiknya jika anda terus bersarapan di rumah atau hotel sebelum berangkat ke MAPS. Sedikit sebanyak anda dapat menjimatkan perbelanjaan, apatah lagi jika datang secara berkumpulan atau membawa keluarga besar.

Namun, bagi yang mempunyai bajet lebih, anda boleh mencuba beberapa restoran yang terdapat di MAPS. Antaranya, restoran Coral Kingdom, Tok Aba Kokotiam, restoran Starship, The Pitstop Cafe dan The Metrocity Diner.

Foto: livelifelah

Beli tiket awal

Selain itu, anda juga boleh membeli tiket secara dalam talian sahaja. Dari rumah, anda boleh mencetak tiket berkenaan.

Cara ini pastinya lebih efisyen dan menjimatkan masa.

Di pautan itu, anda boleh melihat beberapa pilihan pakej tiket yang ditawarkan serta diskaun harga yang disediakan sempena musim cuti sekolah.

Variasi 6 Zon

Dalam pada itu, MAPS menawarkan lebih 40 tarikan dari enam zon berbeza.

Di Lakeside Zone misalnya, anda boleh mencuba tiga permainan yang mencabar adrenalin iaitu Space X-Plorers, Hyper Spin dan Asteroid Attack.

Ketiga-tiga permainan ini terletak bersebelahan dengan tasik. Jadi, anda dapat menikmati pemandangan indah sewaktu bermain ketiga-tiga permainan ini.

Foto: mapsperak.com

Bagi mereka yang takut akan ketinggian, anda tidak digalakkan mencuba tiga permainan ini. Sebaliknya, mereka boleh mencuba aktiviti yang terdapat di zon lain.

Di Live Action Zone pula, penonton boleh menyaksikan pertunjukan kereta lagak ngeri.

Pertunjukan kereta lagak ngeri di Stunts Legend Arena, MAPS, yang setaraf dengan persembahan antarabangsa.

Foto: Rojak Daily

Bagi penggemar kartun, mereka wajib ke The Smurf Theatre yang terletak di Blast Off Zone.

Di situ, mereka dapat menyaksikan pertunjukan The Smurf secara live! Penonton juga boleh turut serta dalam pementasan itu menerusi beberapa babak yang memerlukan bantuan mereka.

Pastinya, ia menjadi salah satu tarikan utama khususnya buat anak-anak kecil yang menggilai karakter popular itu.

Foto: mstar.com.my

Anda tidak akan rasa rugi membelanjakan wang untuk masuk ke MAPS kerana pengalaman yang anda dapat di sana pastinya tidak dapat ditukar dengan wang ringgit.

Ia bukan sekadar untuk hiburan sahaja, malah anda boleh mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga. Happy holiday!

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 27 Dec 2018
Eat Travel Tue, 5 May 2020

Ingatkan hiasan, rupa-rupanya makanan. Cantik sungguh!

Boleh buat hiasan dinding jika mahu

Eat Travel Mon, 14 Oct 2019
Eat Travel Mon, 19 Nov 2018
Eat Travel Fri, 18 Jan 2019

Hoping to visit an Indonesian reef that’s less-travelled than Bali and Lombok? Try Gili Islands!

There are three so pick one that’s perfect for your planned activities.

Eat Travel Wed, 10 Oct 2018

Country Garden Johor Lokasi Percutian Mewah Untuk Anda!

Country Garden Danga Bay adalah projek bersepadu mega.

Eat Travel Wed, 15 Apr 2020

Mahu makan roti piza yang sedap? Jom buat sendiri!

Foccacia, roti artisan yang mengenyangkan

Eat Travel Wed, 22 May 2019

Nak tahu rahsia kekalkan kesegaran potongan buah? Ini petuanya!

Kalau buah nampak lebam, mesti kita tak nak makan betul tak?

Eat Travel Thu, 19 Mar 2020

Lokasi tersembunyi saji pemandangan menarik

Rancang dahulu, sewa kemudian

Eat Travel Mon, 1 Oct 2018
error: Content is protected !!