Trending By: Yanie Baharom November 29, 2018 @ 11:00am

Bella Hadid Follow Neelofa Di Instagram, Wow!

Wanita yang seorang ini ibarat magnet. Sekali anda memandangnya, pasti ingin merenung untuk sekian kali.

Cukup menawan ditambah pula imej exclusive yang ditampilkan pelakon dan pengacara Noor Neelofa Mohd Noor, membuatkan sesiapa saja ingin mendekati kisah kehidupan fashionista juga entrepreneur berjaya ini dengan lebih dekat.

Justeru itu, bukanlah perkara yang menghairankan apabila Neelofa menjadi satu-satunya selebriti tempatan yang diikuti model terkenal antarabangsa, Bella Hadid, di Instagram selepas pertemuan mereka, Isnin lalu.

Foto: Instagram Bella Hadid

Tentunya ada sesuatu yang membuatkan Bella berasa kagum dengan Neelofa. Barangkali sikap positif dan mesra yang ditunjukkan Neelofa sewaktu mengajar model berasal dari Los Angeles berkenaan cara menikmati nasi lemak.

Owh ya! Pada Isnin yang lalu hos dan pelakon terbabit diundang ke majlis makan malam anjuran pengeluar jam tangan mewah di sebuah hotel terkemuka bersama Hadid, 22, selaku duta jenama itu.

Selain Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa, beberapa selebriti tempatan turut memeriahkan acara berkenaan termasuk Scha Alyahya, Puteri Aishah dan artis Indonesia, Maia Estianty.

Foto: Instagram Bella Hadid

Semalam, perkongsiannya di ruangan IG Story Instagram mencetuskan keterujaan peminat Malaysia sebaik sahaja mengetahui idola mereka terbang ke sini.

Difahamkan, Hadid sempat memperuntukkan masa bercuti bersama kekasihnya, The Weeknd, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur bersempena pelancaran produk baharu di bawah jenama yang diwakilinya.

“Saya datang untuk anda, Kuala Lumpur. Tidak sabar untuk melihat negara anda yang indah,” katanya yang disertai gambar latar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam.

Menerusi perkongsian lain di IG story, dia turut menyiarkan sebuah video pendek pandangan daripada bilik hotelnya yang dipercayai di KL Sentral.

Foto: Instagram Bella Hadid

Bukan itu sahaja, peragawati tinggi lampai itu turut memuat naik gambarnya di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebelum terbang ke destinasi seterusnya.

Sementara itu, Hadid yang mempunyai 21.3 juta pengikut Instagram hanya mengikuti 274 orang di laman sama setakat hari ini, dengan kebanyakannya adalah anggota keluarga dan rakan karib, selain personaliti seperti Erykah Badu, Lorde dan Will Smith.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Aug 2023
Events Sat, 12 Nov 2022

“Sebelum Ini Saya Datang Sebagai Penyanyi, Kali Ini..” – Ernie Zakri Galas Tanggungjawab Berbeza Di SFMM37

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berjaya melayakkan diri ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) dengan mempertaruhkan Korban. Menurut Ernie, SFMM37 membawa satu kelainan kerana buat pertama kali, dia menggalas tiga tanggungjawab yang berbeza. Ernie […]

Featured Tue, 13 Sep 2022
Hiburan Tue, 9 May 2023

Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Hidupkan Watak ‘Anwar’

Lakonan Farid dalam filem ni memang menjadi

Trending Sat, 10 Jul 2021

Hilang 2 Ahli Kumpulan Dalam Masa Setahun, Outbreak Tak Patah Semangat

Kumpulan Outbreak tak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang muzik meskipun mereka hilang dua anggota dalam masa setahun. Kini dianggotai oleh tiga jejaka, Hakeem Zamall, 23, Shakirin Shah, 21, dan Allif Firdaus, 21, Outbreak […]

Featured Sat, 3 Dec 2022

Muat Naik Video Menari, Ramai Yang Puji Rupa Paras Liyana Jasmay – “Awet Muda!”

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit Liyana Jasmay berjaya mencuri perhatian ramai ketika memuat naik video di TikTok menggunakan lagu Nirvana nyanyian Aya Nakamura. Menerusi perkongsian tersebut, Liyana memakai baju merah jambu sambil menari berpusing mengikut […]