Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida March 26, 2018 @ 2:49am

Apa Perlu Dibuat Bila Gaji Rendah Tapi Nak Menabung?

‘Aduh, gaji tak masuk lagi ni, menyesal aku belanja macam ‘jutawan segera’ masa awal bulan lepas,’ Alahai dik… janganlah mengeluh, syukurlah awak tu bergaji dan bekerja. Yang penting, awak kena ubah tabiat daripada boros berbelanja kepada jimat cermat.

Lebih-lebih lagi jika gaji awak dalam kategori rendah, beringat ya wak! Sampai bila nak ada sikap menunggu gaji masuk, ye tak? Kami kongsikan tips cara menyimpan duit bagi korang yang bergaji sederhana atau rendah! Semoga bermanfaat dan selamat mendisiplinkan diri ya.

  • Selesaikan Hutang Lama

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang. Korang akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana tak perlu lagi fikir pasal hutang. Simpan dan melabur, bukan menambah hutang. Parah dibuatnya nanti!

Anda hanya perlu fikir tentang menyimpan sahaja, ataupun melabur. Sudah tahu banyak hutang jangan pula anda menambahnya lagi, bukan senang kita nak menyelesaikan hutang.

  • Kenal Pasti Matlamat Menabung

Untuk apa dan berapa banyak sebenarnya yang korang nak simpan? Jika ingin membeli rumah, tentukan berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat. Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, korang perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

Harus fikir berapa banyak wang yang diperlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas berhenti kerja. Selain itu, perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu mencapai matlamat tersebut.

  • Buat Satu Jangka Masa Untuk Menyimpan

Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”

Apabila sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan korang boleh fokus untuk mencapai matlamat itu. Perlu pastikan dalam jangka masa itu boleh capai objektif anda.

Jika matlamat yang ditentukan itu tidak boleh dicapai, korang mungkin akan merasa kecewa. Cuba kira-kira berapa banyak boleh simpan setiap bulan dan setiap tahun. Dari situ korang boleh tengok berapa banyak jumlah simpanan korang dalam jangka masa yang lebih panjang.

  • Catat Rekod Perbelanjaan

Keep track perbelanjaan korang! Ambil kira banyak yang korang dapat dan berapa banyak yang dibelanjakan. Tulis perbelanjaan untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan masukkan pembelian kecil. Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain. Jadikan satu tabiat menyimpan semua resit. Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit yang dikumpul. Rekodkan perbelanjaan ke dalam Microsoft Excel.

  • Sedar Diri & Kurangkan Belanja

Sudah rekodkan perbelanjaan? Cuba korang lihat kembali rekod perbelanjaan itu. Mungkin korang akan terkejut apabila melihat kembali rekod perbelanjaan itu, RM30 hanya untuk ais krim? Ish, membazir tau wak! Harus sedar dengan kemampuan diri dan kalau boleh kurangkan membazir dalam hal-hal yang tidak membawakan hasil. Jangan ikut nafsu eh, fikirkan keutamaan dan potong mana-mana yang boleh potong. Pendek kata, tak susah pun untuk buat, tepuk dada tanya selera ya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 28 Jun 2018

健忘不是笨!研究证实:忘东忘西的人,其实是天才!

你也会时常出现忘东忘西的状况吗?一点点小事却记不住,然后被别人碎念嫌弃,其实健忘不是缺点更不是笨,日前就有研究针对这一现象做出解释,原来忘东忘西的人才是最聪明的!

Fab Foodies! Sun, 22 Apr 2018

Rasai Pelbagai Jenis Kek Yang Pastinya Buat Anda Sanggup Beratur Berjam-jam!

Bukan sahaja boleh makan kek yang fresh from the oven tau, anda juga boleh belajar cara untuk baking bersama teman rapat dan anak-anak anda!

Featured Thu, 23 Sep 2021
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Syafie Naswip ‘Move On’ Dengan Uqasha?

Biar betul?? Jangan-jangan cinta sudah berputik ya?

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

It’s A Girl! Congratulations To Aeril Zafrel And Wife, Wawa Zainal

Wawa Zainal and Aeril Zafril welcomes their third child in the family with warmth.

Kes Mahkamah Thu, 13 Jun 2024
LIFESTYLE Wed, 16 Oct 2019

Lahir Anak Di Angkasa Lepas?

12 Tahun Lagi Mungkin?

error: Content is protected !!