Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin December 5, 2018 @ 5:00pm

5 Sebab Kenapa Student Kena Kerap Pergi Melancong

Siapa kata menjadi seorang pelajar hanya perlu fokus kepada pelajaran sahaja? Sebenarnya, anda boleh melancong ke mana saja yang anda mahu asalkan ia tidak mengganggu proses pembelajaran sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Tak perlu pergi jauh-jauh untuk melancong; dalam negara kita pun ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi.

Orang kata di zaman belajarlah anda kena ambil kesempatan untuk mencari pelbagai pengalaman, dan salah satunya adalah melalui aktiviti melancong. Bukan itu saja, dengan melancong anda boleh dapat belajar banyak perkara.

Jadi, bagi anda yang masih bergelar student, ini 5 sebab kenapa anda kena selalu melancong!

Foto: Worldation

1. Melancong membantu pengajian anda

Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup yang berharga malah ia boleh memberi insight yang baik, terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.

Belajar dengan mata dan sentuhan adalah lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja!

2. Anda dapat bertemu dan berkenalan dengan orang baru

Memasuki universiti atau kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seseorang yang suka bersosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive!

Spread your wings dan jangan biarkan sifat malu menghalang anda daripada menjadi lebih berkeyakinan dan mesra. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran. Melancong dan carilah kenalan yang mungkin boleh jadi sahabat anda kelak.

3. Melancong akan melebarkan sempadan anda

Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga.

Ketahuilah yang semua pengalaman ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti ataupun kolej. Pengalaman ini juga akan membuatkan anda lebih berdikari!

4. Kaya atau tidak, itu bukan penghalang 

Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, janganlah boros dan habiskan duit untuk pergi melancong. Sebaiknya, anda perlu belajar untuk menabung dengan mendapatkan wang daripada kerja-kerja part-time berdekatan tempat belajar anda.

Tak salah pun untuk anda bekerja sambilan asalkan ia berbaloi dan tidak mengganggu jadual kelas anda. Anda boleh buktikan bahawa, wang tabungan mampu ‘membawa’ anda melancong ke mana saja yang anda suka!

Foto: Worldation

5. Melancong akan mengikat tali persahabatan dengan lebih erat

Travel buddies! Itulah gelaran yang selalu dikaitkan dengan mereka yang melancong bersama rakan-rakan. Sebenarnya, sangat seronok dapat melancong bersama rakan-rakan yang rapat kerana ia akan dapat mengeratkan persahabatan disamping mencipta memori indah yang tidak akan dilupakan. 

Kesimpulannya, manfaatkanlah zaman muda anda dengan pergi melancong. Nanti bila anda dah melangkah ke alam perkahwinan, anda pasti akan rindu saat-saat libur bersama rakan-rakan.

Apa pun, sekerap manapun anda pergi melancong jangan pernah abaikan pelajaran anda. Seimbangkan kedua-duanya dan ianya akan membuatkan hidup anda lebih bahagia dan ceria!

Sumber: Libur

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Inilah Resipi Ais Krim Biskut Oreo Macam McFlurry McDonald’s

Kalau anda rasa harga di McDonald’s mahal, jom buat sendiri.

Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

Eat Travel Wed, 22 Aug 2018

Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ Confirm Menangis Gara-Gara Rosak Diet!

Manfaatkan daging korban dengan mencuba resipi Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ yang cukup lazat!

Eat Travel Thu, 4 Oct 2018

13 Makanan Terbaik Yang Anda Patut Makan Selepas Bersenam

Jangan biarkan semua usaha anda ke laut.

Eat Travel Thu, 22 Nov 2018

Teringin Nak Buat Popcorn Chicken? Ini Resipinya

Snek ini enak dimakan, macam popcorn!

Eat Travel Fri, 12 Oct 2018

Bukan Saja Cantik, Kek Karamel Pelangi Ini Mudah Saja Nak Buat!

Puding karamel ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai jenis kek yang lain.

Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi sushi tamago, mudah dan enak

Buat sendiri di rumah

Eat Travel Fri, 11 Oct 2019
Eat Travel Sun, 16 Sep 2018
Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
error: Content is protected !!