Gaya Hidup By: Ad Ops December 8, 2018 @ 9:00am

10 Tabiat Buruk Yang Menunjukkan Anda Sebenarnya Lebih Pintar Daripada Yang Anda Sangka

Jika dibiarkan berlaku secara berpanjangan, tabiat buruk memang boleh menjahanamkan hidup. Tapi dalam kuantiti yang sikit, ia boleh menjanakan sebuah gaya hidup yang sihat.

Contohnya, memanglah tak elok untuk biarkan barang bersepah, tapi jika barang-barang anda berselerak sedikit, ia sebenarnya boleh jadikan anda lebih kreatif. Siapa sangka?

Di bawah ini adalah 10 perbuatan negatif yang sebenarnya memang bagus untuk diri anda, tak kiralah apa orang kata.

1. Melengah-lengahkan kerja

Banyak penulisan telah dibuat untuk menerangkan kenapa manusia melambat-lambatkan tugas mereka, dan bagaimana untuk hentikan tabiat ini.

Tapi profesor di Wharton Adam Grant berkata selain sifat malas, kita patut juga kaitkan “menunggu untuk waktu yang tepat” dengan tabiat ini. Dalam kata lain, melengahkan kerja boleh tingkatkan kreativiti kerana anda berikan diri sendiri peluang untuk kembangkan idea.

2. Menggigit jari

Para pengkaji telah menyelidik 1,000 orang kanak-kanak bermula ketika umur mereka 5 tahun. Ketika mereka membesar, ibu bapa mereka ditanya jika mereka ada tabiat menggigit atau menghisap jari. Satu pertiga daripada mereka menunjukkan tabiat tersebut.

Ketika mereka berumur 13 dan 32 tahun pula, para pengkaji ini menjalankan ujian alergi terhadap mereka. Ternyata, kumpulan yang menggigit dan/atau menghisap jari adalah kurang cenderung untuk menghidap alergi.

Pada masa yang sama, salah seorang pengkaji tadi menasihatkan ibu bapa untuk tidak menggalakkan anak mereka membiasakan tabiat ini. Akibatnya kanak-kanak itu boleh terdedah dengan jangkitan kuman dan susunan giginya akan dikacau.

3. Sampai lambat ke sesuatu tempat

Foto: TRISF

Bila anda tak punctual, ia boleh menjejaskan hubungan peribadi mahupun profesional anda, lalu membuatkan anda nampak tak terurus dan lagi teruk, kurang sopan.

Pada masa yang sama, ada kebaikannya, menurut penulis buku Never Be Late Again, Diana DeLonzor. “Ramai orang yang lambat sebenarnya berfikiran optimistik dan tidak realistik, dan ini memberi kesan kepada persepsi mereka terhadap masa.

“Mereka betul-betul ingat mereka boleh pergi berjogging, ambil baju dari dry cleaner, beli barang runcit dan hantar anak ke sekolah, semuanya dalam masa 1 jam.”

Dalam kata lain, orang yang lambat harap dan jangkakan yang terbaik. Hal ini boleh membantu dan memudaratkan kehidupan seharian.

4. Merungut

Tiada siapa nak berkawan dengan seseorang yang tak henti-henti complain tentang apa saja topik sekali pun.

Sementara itu, kajian yang diterbitkan di dalam The Atlantic mendapati mereka yang mengadu dengan sesuatu result yang terperinci di minda mereka, adalah lebih gembira daripada mereka yang merungut kosong.

Jika anda nak complain pun, ada cara untuk meluahkan negativiti tanpa menaikkan rasa marah orang di sekeliling anda.

Aduan yang efektif adalah tentang sesuatu isu yang boleh diperbaiki, dan ditujukan kepada seseorang yang boleh memperbaikinya.

Ada 3 langkah: pertamanya, “buka cerita” tentang aduan anda tanpa membuatkan pendengarnya marah atau defensive. Kedua, nyatakan complaint dengan cara sopan dan lembut. Akhir sekali, beritahu orang itu yang apa-apa tindakan yang dia ambil untuk membantu anda akan dihargai.

5. Tak duduk diam kerana gelisah

Bila bermesyuarat dengan boss, tak eloklah jika anda tak senang duduk nampaknya. Tapi menggerak-gerakkan kaki atau jari tangan ketika duduk di meja boleh bantu anda kekal sihat.

Sebuah kajian mendapati wanita yang dilaporkan sering bergerak-gerak (fidget) di meja ada kadar risiko kematian yang lebih rendah daripada wanita yang tak fidget.

Lagipun, tabiat ini menghapuskan kaitan di antara masa duduk yang lama dan kematian.

6. Bekerja di meja yang semak

Foto: Flickr/John Lambert Pearson

Jika kertas-kertas anda dah berselerak sampai mengacau meja rakan sekerja di sebelah, itu bermakna anda kenalah mengemas.

Tapi jika ia tak mengacau orang lain, ada kebaikannya. Kajian terbaru mencadangkan kesemakan ini membuatkan orang lebih bermatlamat kerana kita akan bermotivasi untuk mencari keteraturan.

Dalam kata lain, lihat saja ruang kerja yang semak boleh jadikan anda lebih produktif.

7. Bergosip

Ini bukannya alasan untuk mengajak rakan untuk kutuk-kutuk tentang orang lain.

Kajian menunjukkan bergosip dengan tujuan untuk membantu orang lain boleh membuatkan anda rasa lebih baik.

Sebuah kajian mendapati, apabila peserta menyaksikan ada peserta yang main tipu dalam sesuatu game itu, kadar degupan jantung mereka meningkat.

Tapi penyelidik memberikan peserta satu pilihan untuk menghantar nota kepada peserta lain tentang apa saja yang mereka mahu, lebih kurang separuh daripada mereka memilih untuk menulis nota yang mengandungi warning tentang peserta yang main tipu tadi.

Para pengkaji menggelarkan penghantaran informasi ini sebagai “prosocial gossip”. Mereka yang menghantar nota tadi berkata mereka rasa lega dan kadar degupan jantung mereka menurun.

8. Mengelamun

Pada 2010, para penyelidik telah menerbitkan pencarian yang mengatakan tabiat “day-dreaming” boleh buatkan anda rasa tidak gembira.

Tapi jika anda luangkan masa beberapa minit untuk “zone out”, anda boleh jadi lebih produktif dan kreatif.

Contohnya, sebuah kajian yang disebut di dalam The Harvard Business Review mendapati, jika anda benarkan minda anda untuk mengelamun selama lebih kurang 12 minit ketika anda sedang mengerjakan tugas yang rumit, anda boleh jumpai cara penyelesaiannya selepas itu.

9. Mengunyah gula-gula getah

Foto: independent.ie

Semestinya anda akan dianggap kurang sopan jika anda mengunyah di sebuah temu duga pekerjaan. Tapi ketika anda duduk berseorangan, ia boleh membawa produktiviti dan relaxation.

Beberapa kajian mencadangkan yang mengunyah chewing gum akan buat anda rasa lebih alert. Satu kajian juga mendapati orang yang mengunyah gula-gula getah mempunyai prestasi lebih baik dalam ujian kepintaran.

Kajian lain pula mengatakan mengunyah chewing gum ini meningkatkan mood dan kurangkan kadar stres.

10. Menggunakan perkataan tambahan seperti “err”

Hmm… macam tak profesional saja jika anda gunakan “aah” atau “erm” di dalam setiap ayat, walaupun anda dah terbiasa.

Tapi sebuah artikel terbaru oleh Quartz menerangkan tentang kajian yang penggunaan kata-kata pendek ini membantu pendengar faham dan ingat apa yang sedang dikatakan.

Sebuah kajian lain pula mendapati golongan yang bersungguh-sungguh dan rajin adalah lebih cenderung untuk menggunakan kata-kata tambahan ini dalam perbualan mereka.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022

Didakwa Pentaksub Anwar Ibrahim, Ini Jawapan Abby Abadi

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, pelakon Abby Abadi telah mencuri perhatian warganet kerana menjadi penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) @abbyabadi112 Pentaksub DSAI? Ohh tidakkk! Sy melihat kebenaran ini seawal 1998 […]

Gaya Hidup Wed, 3 Oct 2018
Gaya Hidup Tue, 7 May 2019

8 tanda pasangan anda sebenarnya sedang menipu anda

Kejujuran penting dalam setiap hubungan

Gaya Hidup Wed, 26 Dec 2018

Trolley vs Basket While Grocery Shopping: Which One Benefits You More?

The right one is good not only for your health but also wallet.

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Perhatian Kepada Wanita Bekerjaya! Ini 5 Tanda Yang Akan Anda Alami Jika Terlalu Penat Bekerja

Sebenarnya, kalau terlalu penat bekerja, ia akan memudaratkan diri kita! Ketahui 5 tanda ini.

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Ini Dia Cara Paling Mudah Untuk Tajamkan Semula Gunting Anda

Mesti ada dalam kalangan anda yang tak pernah tahu cara ini. Hehe!

Featured Wed, 8 Apr 2020
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

Gaya Hidup Sun, 9 Dec 2018

Agensi Berita Antarabangsa Reuters Kongsikan 33 Gambarnya Yang Menerima Paling Banyak Likes Di Instagram

Mereka menunjukkan 2018 adalah satu tahun yang penuh keganasan, kedukaan, keindahan serta kegembiraan.

As these Instagram photos show, 2018 has been turbulent, troubling, joyous, and beautiful