Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: Ad Ops December 13, 2018 @ 9:00am

Ramai Orang Obses Dengan Cara Ibu Ini Lancarkan Hidung Tersumbat Anaknya, Mudah Tapi Berkesan!

Anak kecil pun akan mengalami situasi di mana hidung mereka tersumbat dengan hingus tebal. Samalah macam orang dewasa!

Tapi memandangkan mereka tak tahu bagaimana untuk hembus hingus tersebut ataupun mengorek hidung, memang susah bagi mereka untuk melancarkan lubang hidung yang tersumbat.

Walau bagaimanapun, ada saja ibu di seluruh dunia yang berjaya mencari jalan penyelesaiannya. Salah satu daripadanya sempat merakam video yang akhirnya mendapat sambutan ramai kerana teknik yang digunakan.

Dalam rakaman tersebut, si ibu menggunakan jarum pam yang diisi dengan air garam – dan nampaknya ia berkesan untuk melancarkan hidung tersumbat anak kecilnya!

Wanita itu menyuruh anaknya membuka mulut sambil dia menembak air ke dalam satu lubang hidung. Tiba-tiba air tadi akan keluar melalui lubang hidung yang lagi satu bersama hingus tebal.

Banyak yang terkeluar jadi kita boleh rasa terpegun bila menonton video ini!

Yang menakjubkannya, kanak-kanak perempuan ini tersenyum riang ke arah kamera kerana hidungnya yang dah lancar.

Tak sakit ke? Penulis yang dewasa ini pun rasa risau dengan teknik ini. Anda boleh tonton sendiri video ini di bawah.

Walau bagaimanapun, teknik ibu ini mendapat reaksi bercampur di ruang komennya. Sesetengah orang beranggapan ibu ini genius, manakala orang lain berkata ia sebenarnya merbahaya.

“Ini bukannya satu amalan yang selamat,” tulis seseorang. “Ia boleh mengakibatkan kanak-kanak ini tercekak atau aspirasi yang akhirnya menyebabkan pneumonia. Tapi apalah yang saya tahu. Saya hanyalah seorang jururawat kanak-kanak.”

Video lain menunjukkan variasi teknik yang sama – ada ibu bapa juga yang menggunakan nasal bulb – tapi hasilnya sama saja: Anda menembak air garam ke dalam hidung anak dan ia melancarkannya.

Foto: Living and Loving

Teknik ini dinamakan nasal irrigation, di mana anda mengepam keluar mukus dengan cecair, dan ramai juga orang dewasa yang melakukannya.

Penggunaaan teknik ini terhadap bayi bukanlah satu idea yang teruk, kata doktor kanak-kanak Gina Posner dari California. “Saya tak pernah mencadangkan penggunaan jarum pam, tapi alat ini lebih sama saja dengan neti pot.”

Walau bagaimanapun, dia mengesyorkan anda menggunakan neti pot kerana cara ini lebih berkesan untuk mengalirkan bilasan air saline ke dalam hidung dan mengeluarkan mukus.

Seorang lagi doktor kanak-kanak, S. Daniel Ganjian berkata anda tak perlu takut jika seorang kanak-kanak mungkin akan tercekik dengan mukus.

Ia akan melalui tekaknya dan dia boleh saja telan, dan asid perutnya akan melarutkannya. No problem!

Foto: HerFamily.ie

Cuma anda mungkin akan mengalami masalah dalam memastikan anak anda duduk diam sepanjang proses ini.

“Lebih kurang 95% daripada kanak-kanak takkan tersenyum – mereka akan menjerit,” kata Dr. Ganjian.

Jika teknik nasal irrigation ini tak sesuai untuk anak anda, ada beberapa cara lain untuk melancarkan hidung tersumbat.

Daripada mengepam air garam ke dalam saluran hidungnya, anda boleh gunakan 3 ke 4 titik cecair saline untuk longgarkan sumbat. Kemudian gunakan nasal bulb untuk menyedut hingus keluar, cadang Dr. Gregory Levitin.

Alat humidifier atau ubat selesema juga boleh melonggarkan aliran mukus dari dalam hidung.

Apa-apa pun, besar kemungkinan ia takkan boleh pulih semalaman. Jika ia tak juga baik-baik selepas lebih daripada dua minggu, anda perlu rujuk nasihat doktor. Sama juga jika mukusnya berwarna kuning atau hijau.

Berita baiknya adalah hidung yang tersumbat kerana hingus selalunya akan lancar dengan sendiri. Selagi anak anda tak merungut kerana tak selesa, tak perlu stres.

Sumber: Self

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sun, 18 Aug 2019

5 panduan setiap bapa baharu perlu tahu

Kongsikan info ini kepada suami anda!

familuv Wed, 28 Dec 2022

Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pembantu… Awal Ashaari Belajar Sabar, Rasa Lebih Dekat Dengan Anak

Pengacara Awal Ashaari berkongsi pengalaman menjaga dua orang anak perempuannya tanpa pembantu ketika sedang bercuti di London. Menerusi hantaran di Instagram, Awal menceritakan kehidupan tanpa pembantu telah mengajarnya erti kesabaran dan turut membuatkan dirinya lebih […]

familuv Fri, 12 Aug 2022

Idam Nama Nabi, Isa Buat Akim Bangga Jadi Bapa

Hasrat Akim ingin memiliki seorang anak lelaki termakbul. Alhamdulilah. Tahniah Akim dan Stacy!

familuv Tue, 29 May 2018

Tingkatkan Kecerdasan Anak Anda Dengan 5 Senaman Mudah Dan Menyeronokkan Ini

Kalau orang dulu, keseronokan mereka bermain bertemankan hujan, lumpur dan pasir, generasi digital pula kehidupan mereka tertumpu pada televisyen, telefon pintar dan tablet.

familuv Thu, 16 Aug 2018

Ini Tip-Tip Penting Untuk Ibu Bapa Apabila Membaca Buku Dengan Anak

Anda perlu pastikan anak anda mendapat faedah daripada aktiviti ini.

familuv Thu, 6 Feb 2020
familuv Tue, 24 Jul 2018

Second Child Syndrome Berpunca Daripada Sikap Ibu Bapa Yang Membezakan Anak-Anak

Di sebalik sifat mereka yang gemar memberontak dan keras kepala, anak kedua juga dikatakan paling sensitif dan unik berbanding yang lain.

familuv Mon, 29 Oct 2018

Inilah Resipi Frozen Yogurt Strawberi & Pisang Yang Anda Boleh Buat Dengan Si Kecil

Senang sangat, tapi anda perlulah juga berikan pengawasan.

familuv Tue, 12 Feb 2019

Elak jadi mangsa penculikan, ini lapan perkara yang perlu diajarkan kepada anak-anak!

Ibu bapa jangan leka dengan Instagram dan Facebook saja!

error: Content is protected !!