Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom December 14, 2018 @ 1:00pm

Hati-Hati Jika Anda Mengalami 5 Tanda Ini, Anda Mungkin Mempunyai Cyst!

Cyst atau sista dalam ovari adalah seperti jerawat di dalam sistem pembiakan. Ia biasanya datang dan pergi semasa anda haid. Tapi, jika anda mempunyai tanda-tanda cyst yang disebut di bawah ini, anda perlu segera bertemu dengan doktor!

5 tanda-Tanda Cyst Ovari Yang Bahaya

1. Sakit tanpa henti di bahagian pelvik

Tanda-tanda cyst ovari yang biasa terjadi adalah sakit di bahagian kanan atau kiri di bawah pelvik (tempat letaknya ovari).

Jika anda mempunyai ketumbuhan di tempat yang tak sepatutnya ada, anda pasti akan rasa sakit semasa melakukan sesuatu seperti senaman atau berhubungan intim.

Menurut Dr. Taraneh Shirazian, pakar ginekologi di NYU, “jika rasa sakit menjadi semakin bertambah, anda mungkin mempunyai ovarion torsion.”

Ini terjadi apabila cyst anda menjadi besar dan boleh bergerak atau berpusing dengan sendiri lalu memotong saluran darah yang menyebabkan anda rasa sangat sakit di bahagian pelvik.

Foto: Newsweek

Foto: w3livenews.com

2. Kembung perut tak terkawal

Bengkak atau kembung perut biasanya adalah tanda yang sangat tak jelas, tapi ia boleh dikaitkan dengan cyst ovari bergantung pada saiznya.

Kebanyakan cyst hanya bersaiz bawah 10cm. Tapi, beberapa cyst boleh tumbuh sangat besar sebesar saiz buah tembikai!

Ramai wanita hanya menganggap mereka tambah berat badan, tapi sakit perut atau kembung perut boleh disebabkan oleh cyst yang sedang membesar di dalam perut.

3. Anda rasa kenyang atau perut penuh

Salah satu tanda-tanda cyst ovari adalah rasa berat pada bahagian perut kerana cyst adalah jisim dan ia boleh memberikan anda rasa seperti tekanan dalam perut.

Rasanya sama seperti sembelit, tapi rasa ini hanya menyerang salah satu bahagian pelvik anda. Jika sistem pembuangan anda baik tapi anda rasa seperti ini selama dua hingga tiga minggu, mungkin ini adalah masa untuk anda berjumpa doktor.

4. Anda rasa nak terkencing sepanjang masa

Jika cyst menolak pundi kencing anda, anda mungkin akan rasa nak terkencing selalu. Ada juga yang rasa nak terkencing tapi susah nak keluar, ini mungkin kerana cyst telah menghalang saluran kencing anda.

Jika anda mempunyai apa-apa masalah berkaitan dengan saluran kencing, anda perlu berjumpa doktor.

5. Sakit semasa melakukan hubungan kelamin

Jika anda sedang melakukan hubungan kelamin anda rasa sakit, ia mungkin petanda anda ada cyst ovari.

Beberapa cyst ini, bila ia menjadi besar, ia boleh terletak pada belakang rahim pada kedudukan serviks anda. Jadi, anda akan rasa sakit bila berlaku penetrasi yang dalam.

Tak ada sebab untuk anda rasa sakit semasa berhubungan seks. Jadi jika anda rasa sakit, beritahu doktor anda.

Akhir kata, kebanyakan cyst adalah biasa dan tak memerlukan apa-apa rawatan kerana ia akan hilang dengan sendiri. Tapi, anda perlu hati-hati dengan tanda-tanda cyst yang disebut di atas.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

Featured Wed, 11 Sep 2019

Ketahui manfaat coklat gelap yang ramai tidak tahu!

Anda suka makan coklat gelap? Ini manfaatnya

Featured Thu, 12 Mar 2020

Pipi bulat dan tembam macam pau? Jom buat senaman kuruskan muka ini

Tak perlu habiskan duit untuk buat pembedahan plastik

Featured Fri, 22 Nov 2019

12 tanda hendak bersalin. Kalau rasa, jangan lengah ya!

Jangan risau, bila tatap wajah anak hilang semua rasa sakit!

Sihat Fri, 22 Mar 2019
Featured Mon, 27 May 2019
Sihat Mon, 29 Oct 2018

Jangan Ambil Mudah Tentang Penyakit Beguk, Ia Mudah Berjangkit!

Penyakit berjangkit melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak.

Sihat Thu, 17 Oct 2019

Badan tidak cukup kalsium? Ini cara mudah untuk tahu

Ketahui juga kadar ideal pengambilan kalsium

Featured Fri, 29 May 2020

Pakai pelitup muka hanya apabila perlu, bukan sepanjang waktu

Elak kelemasan apabila melakukan aktiviti fizikal

Featured Wed, 22 Apr 2020

Mohon kepada PDRM untuk balik ke rumah dari kampung

Permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia

error: Content is protected !!