Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom December 20, 2018 @ 5:00pm

Berkonsepkan Kolonial Perancis, Dash Resort Tarikan Terbaru Pulau Langkawi

Dash Hotel terus memperkasakan jenamanya dengan pembukaan cawangan ketiga dan kali ini memilih Pulau Langkawi sebagai lubuk perniagaan mereka.

Terdahulu, Dash Hotel membina reputasi hebat di dalam industri perhotelan menerusi dua cawangannya iaitu Dash Box Cyberjaya dan Dash Hotel, Seminyak Bali.

Foto: The Vocket

Lebih membanggakan, Dash Resort Langkawi bukan saja dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Bahkan hotel yang baru saja dibuka pada April lalu, turut mencipta kejayaan gemilang apabila diiktiraf sebagai Reka Bentuk Resort Terbaik dalam World Luxury Hotel Awards yang berprestij berikutan keunikan reka bentuknya.

Foto: The Vocket

Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dan resort tersebut merupakan hotel pertama di Langkawi yang memenangi anugerah.

Bercakap mengenai keunikan Dash Resort Langkawi, rekaan seni bina dan hiasan dalamannya berkonsepkan kolonial Perancis dan dongeng Alice in Wonderland.

Pastinya anda akan terpegun dengan keindahan pemandangan. Bagi yang merancang untuk ke Dash Resort Langkawi, harga untuk penginapan satu malam bermula daripada RM600. Enjoy!

Foto: DASH RESORT LANGKAWI

Foto: DASH RESORT LANGKAWI

Foto: DASH RESORT LANGKAWI

Sumber: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Tue, 16 Jun 2026

“Patutnya Salahkan Negara Yang Buang Kau Tu S*al” – Kamal Adli Berang Kenyataan Aktivis Rohingya 

Kamal Adli berang selepas sepotong video pendek tular di media sosial apabila seorang aktivis Rohingya yang dikenali sebagai, Noor Azizah tular.

Featured Thu, 9 Apr 2026

“Kita Nak Kumpul Semangat Berjuang, Cover Sikit Bitter Tu”  – Tiz Zaqyah Mohon Netizen Berhenti Kecam Peserta Sumud 2.0

Pelakon Tiz Zaqyah tampil menyuarakan pandangan susulan kecaman segelintir netizen terhadap peserta misi kemanusiaan Sumud 2.0, khususnya melibatkan penglibatan wanita.

Featured Thu, 21 Sep 2023
familuv Mon, 25 Mar 2019

6 jenis gambar kanak-kanak yang tidak patut dikongsi di media sosial

Jangan dedah anak kepada ‘pemangsa’ dalam talian.

error: Content is protected !!