Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops December 25, 2018 @ 11:00am

Wanita Ini Keguguran 4 Kali Akibat Didera Oleh Suaminya Yang Curang Selama 43 Tahun

Dahlah suka menganiaya, curang pulak tu! Ya Tuhan, hanya dia yang tahu keperitannya.

Seorang wanita Singapura yang kini berumur 76 tahun telah mengalami keguguran sebanyak 5 kali di sepanjang perkahwinannya selama 43 tahun. Sebabnya bukan kerana dia tercedera secara tak sengaja tapi 4 daripadanya adalah angkara suaminya sendiri!

Menurut akhbar Sinchew, wanita ini yang bernama Tan, telah diperkenalkan kepada suaminya oleh saudara-maranya, dan pada mulanya, semuanya baik-baik sahaja.

Pada 1975, mereka mendirikan rumah tangga dan tak lama kemudian Tan hamil. Malangnya, sejak itulah suaminya yang bernama Hong itu mula menunjukkan belangnya sebagai seorang lelaki yang curang.

“Sebelum saya berumur 40 tahun, saya telah hamil lima kali tapi tiada kandungan yang panjang umur. Saya telah ditendang dan ditumbuk olehnya untuk bertahun-tahun lamanya.

“Empat daripada lima keguguran itu telah terjadi kerana (Hong). Satu lagi berlaku selepas saya bertengkar dengan kakak ipar,” kata Tan.

Foto: Sinchew

Dia mendedahkan lagi yang ketika kehamilannya yang pertama, Hong sudah menjalinkan hubungan sulit dan ingin membawa wanita itu pulang.

Tan tidak membenarkannya lalu dia didera dan akibatnya kandungan dalam perutnya tak selamat.

Lagi menyakitkan hati adalah ketika kehamilannya yang terakhir, Hong berkata, “Kita tak ada duit, kenapa kau masih nak ada anak?”

Selepas berkata demikian, dengan tiba-tiba Hong telah memijak perut Tan dan Tan mengalami pendarahan teruk! Akibatnya, fetus itu terpaksa dibuang supaya nyawa Tan dapat diselamatkan. Bayi dalam kandungan itu sudahpun berusia lapan bulan. Aduh!

Foto: Sinchew

Difahamkan yang Tan dan Hong bekerja sebagai pencuci bergaji rendah. Tan mendedahkan yang Hong akan menghabiskan kesemua gajinya untuk melayan ramai wanita lain lalu dia sendiri terpaksa membayar sewa rumah dan bil elektrik.

Penderaan dan kekecewaan Tan belum lagi berakhir. Dua bulan lalu, dia telah mengalami kecederaan di lengan kanannya di mana tulangnya telah retak setelah dipukul oleh Hong.

Walaupun dia kerap dianiaya, Tan masih percaya yang suaminya akan berubah pada suatu hari nanti. Mungkin Tan masih menaruh harapan cinta terhadap Hong. Entahlah.

Tapi pada 24 Oktober lalu, laporan mengatakan Hong, 71, telah didakwa kerana menyerang dan melanggar perintah penahanan yang dikemukan oleh Tan.

Harap-harap Hong akan dapat pembalasannya di mahkamah.

Jika anda berada di tempat Tan, apa yang anda akan buat apabila dianiaya?

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Aug 2025

“Hebatnya Doa Ni Kadang Baru Terlintas Dalam Hati, Allah Dah Makbulkan” – Neelofa

Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi kelebihan dan kehebatan berdoa.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Amerul Affendi Teruja Beraksi Dalam 6 Jilake – “Impian Jadi Nyata Bekerja Dengan Aziz M. Osman & Saiful Apek”

Wah, Amerul Affendi kini membuat kejutan dengan filem aksi komedi, 6 Jilake.

Hiburan Thu, 14 Nov 2024
Trending Mon, 19 Mar 2018

Ini Fakta! Jumlah Penganggur Di Malaysia Masih Rendah

Kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).

Hiburan Mon, 2 Feb 2026

Dibandingkan Dengan Persembahan Mega Lain, Ella Pilih Kekal Tenang & Fokus… Tiket Konsert Sudah Terjual Sebanyak 90%

Tumpuan orang ramai terhadap isu perbandingan itu sebenarnya membuatkan semangat Ella bertambah untuk terus melangkah ke hadapan.

Trending Mon, 4 Dec 2017

Majikan WhatsApp lepas waktu kerja beri tekanan?

Pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

error: Content is protected !!