Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin December 27, 2018 @ 4:00pm

Menurut Pakar, Racun Perosak Pada Sayuran & Buah-Buahan Boleh Ganggu Sistem Saraf Manusia

Baru-baru ini, Astro Awani telah melaporkan bahawa, kadar racun perosak yang berlebihan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan boleh memberi kesan bahaya terhadap kesihatan, khususnya sistem saraf manusia.

Penulis amat tertarik untuk menulis tentang artikel ini kerana, setiap hari kita semua akan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidak kiralah, sama ada masak sendiri di rumah ataupun makan di restoran. Betul tak?

Menurut Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Dr Vivien How, antara simptom apabila racun perosak berlebihan dalam badan manusia adalah merasai keresahan, hilang selera makan dan kemurungan.

Racun perosak terbahagia kepada dua

Terdapat dua jenis iaitu racun serangga dan racun kulat. Racun serangga seperti Organophosphate, Synthetic Pye­throid, Carbamate memberi kesan negatif iaitu mengganggu sistem saraf manusia. 

Foto: lastboy2005.blogspot.com

Kanak-kanak lebih terdedah bahaya berbanding dewasa

Menurut Dr Vivien lagi, kesan bahaya racun perosak lebih tinggi kepada kanak-kanak berbanding dewasa kerana proses detoks boleh mengambil masa hingga berminggu-minggu untuk racun ini dikeluarkan dari sistem badan. 

Manakala, racun perosak yang bertoksik ini pada jangka masa panjang juga akan memberi kesan kepada organ hati, buah pinggang dan hormon endokrin manusia.

“Apabila ia memberi kesan kepada hormon endokrin, badan kita mudah mendapat penyakit metabolik seperti sakit jantung,” katanya.

Foto: Susuibuanda.blogspot.com

Menurut Dr Vivien lagi, kebanyakan pekebun yang ditemuinya menganggap penggunaan bahan racun perosak ini hanya sebagai ‘ubat’ dan bukannya racun.

“Pekebun ini mahu pengeluaran yang tinggi. Mereka menggunakan racun perosak supaya tanaman mereka tidak dimakan serangga atau tumbuh kulat,” katanya lagi. 

Langkah-langkah keselamatan 

Dr. Vivien mengesyorkan supaya adanya usaha memberi pendedahan tentang bahaya racun perosak kepada pekebun-pekebun di Malaysia. Ia termasuklah mengajar teknik berkebun secara organik, iaitu menggunakan ekosistem semula jadi dalam mengawal serangga perosak.

Bagi pengguna pula, anda dinasihatkan supaya sentiasa membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum dimasak atau dimakan.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Sep 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020

China berjaya kekang COVID-19, tiada kes domestik baharu

Perintah berkurung dillaksanakan berkesan!

Featured Tue, 4 Feb 2020
Sihat Thu, 13 Sep 2018
Featured Wed, 4 Sep 2019

Ketahui punca tumit kaki pecah dan merekah

Elak masalah lebih serius

Sihat Wed, 23 May 2018

Sedapnya Minuman Untuk Ibu Hamil, Confirm Bayi Sihat Dan Kulit Pun Cantik

Dalam usaha mendapatkan kandungan yang sihat dan sempurna, proses penjagaan bermula seawal pra kehamilan.

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Sihat Wed, 16 Jan 2019
Sihat Thu, 26 Sep 2019
Sihat Wed, 15 Aug 2018
error: Content is protected !!