Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom January 17, 2019 @ 5:00pm

Terjunan bungee bukan berasal dari New Zealand tetapi Republik Vanuatu

Kata orang kalau sudah menjejakkan kaki ke New Zealand, tak sah kalau tidak melakukan terjunan bungee.

Sehinggakan ramai yang percaya negara Kiwi itu adalah negara asal yang memperkenalkan aktiviti ekstrem berkenaan.

Tapi tahukah anda, terjunan bungee ini sebenarnya tradisi puak asli daripada negara lain?

Bagaimanakah aktiviti ekstrem ini boleh menjadi hak cipta negara New Zealand?

Segalanya bermula pada tahun 1980-an apabila pasangan, Aj Hackett dan Henry Van Asch berkunjung ke Republik Vanuatu yang terletak di Kepulauan Pasifik.

AJ Hackett – foto: Newstalk ZB

Di sanalah buat pertama kalinya pasangan itu melihat aktiviti berkenaan seterusnya mempopularkannya dengan menggunakan nama terjunan bungee.

Cubaan terjun bungee pertama yang dilakukan oleh AJ Hackett selepas mengikat tali elastik di kaki beliau sebenarnya adalah inspirasi daripada melihat kaum primitif di Vanuatu.

Di Pulau Pentecost, Republik Vanuatu, sudah menjadi amalan bagi puak Naghol (Ngol) melakukan amalan ritual iaitu terjun dari menara yang dibina daripada kayu dan kaki mereka pula diikat dengan akar kayu.

Bagaimanapun, tidak seperti terjunan bungee yang dilakukan oleh para adrenalin junkies untuk mencabar diri dan keberanian, ritual terjun bungee oleh puak ini lebih kepada tujuan spiritual yang diwarisi dari satu ke satu generasi.

Foto: footage.framepool

Upacara Naghol dilakukan setiap tahun sekitar bulan April hingga Jun, biasanya pada hari sabtu.

Golongan lelaki tempatan akan bersama-sama membina menara setinggi antara 20 ke 30 meter dengan menggunakan tiang kayu, dan kayu-kayu yang membentuk menara ini diikat menggunakan akar.

Bagi ikatan di kaki pula, mereka menggunakan sejenis akar yang masih segar, kukuh dan panjang agar tak putus sewaktu terjunan dilakukan.

Selain untuk membuktikan keberanian, terjunan bungee yang dilakukan oleh kaum lelaki ini juga adalah satu sebagai permohonan agar keledek yang ditanam menghasilkan ubi yang banyak dengan syarat kepala penerjun mesti sedikit menyentuh tanah.

Sehingga kini ritual primitif ini masih diamalkan. Jadi jika anda bercadang ke Vanuatu, jangan lepaskan peluang untuk menonton upacara ini.

Foto: Civilized.life

 

Sumber: The Vocket

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 12 Jul 2018

Dapatkan Idea Kreatif Untuk Design Kek Hari Jadi Melalui Video Ini

Memang kreatif betul penghasilan kek ini!

Eat Travel Mon, 7 Jan 2019

Nikmati sajian nugget sayuran ini sebagai alternatif untuk diet sihat

Nugget tak semestinya perlu diperbuat daripada daging haiwan.

Eat Travel Fri, 31 Aug 2018

Teringin Nak Buat Croissant Berinti Coklat Sendiri? Ikuti Resipi Ini

Selama ini beli di kedai saja, kan? Kalau buat sendiri, orang lain pasti kagum.

Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
Eat Travel Tue, 18 Dec 2018

8 Really Useful Things To Pack For Your Travels

You probably don’t think you’ll need them until you do.

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

10 Benda Yang Patut Ada Dalam Beg Carry-On Sekiranya Penerbangan Anda Tergendala

Bila anda tersangkut di airport berjam-jam, kalau boleh anda nak rasa selesa.

Eat Travel Tue, 1 Jan 2019

Garis Panduan Ketika Melancong & Menaiki Kapal Terbang Dengan Bayi

Ibu bapa dengan anak kecil perlu ambil tahu demi keselesaannya!

Eat Travel Mon, 20 Apr 2020
Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
error: Content is protected !!