Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom January 23, 2019 @ 3:30pm

Sakit hati rambut lambat panjang, jom cuba petua ini!

Wanita sememangnya dikenali dengan identiti berambut panjang.  Mereka tampak ayu dan feminin dengan potongan rambut melepasi paras bahu dan kebanyakan lelaki juga lebih tertarik dengan wanita berambut panjang.

Bagaimanapun, keadaan itu ada kalanya merimaskan, malah kekal dengan fesyen rambut yang sama saban tahun juga membosankan.

Demi imej baharu, segelintir wanita tidak teragak-agak untuk melakukan transformasi drastik dengan mencuba stail rambut pendek.

Ada yang gembira dengan imej baru mereka dan ada pula sebaliknya, lebih-lebih lagi jika potongan itu tidak bersesuaian dengan raut wajah.

Hendak tunggu rambut panjang mengambil masa yang lama. Lalu paling mudah adalah dengan menggunakan kaedah pemanjangan rambut  (hair extensions). Tetapi ramai wanita yang tidak tahu kesan pemasangan kaedah ini yang boleh menyebabkan rambut mereka rosak dan mereput.

Foto: beautyhealthtips

Oleh itu, apakah cara paling berkesan untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut secara semula jadi tanpa kesan sampingan

Kembalikan pesona anda dengan mencuba petua yang dikongsikan oleh Prachi, seorang vlogger terkenal dari Super Wow Style.

Menurut Prachi, petua rahsia ini adalah amalan turun-temurun nenek moyangnya.

Menurut Prachi, campuran beberapa ramuan semula jadi boleh membuat rambut anda lebih panjang 30 hingga 40 peratus daripada sebelumnya.

Prachi juga menyarankan mereka yang mengamalkan petua yang dikongsikannya mengambil gambar sebelum dan selepas untuk melihat keberkesanannya!

Untuk lebih mudah memahami apa rahsia ramuan itu, lihat video di bawah ini:

Apa ramuan khas untuk membantu rambut cepat panjang?

Apa yang anda perlukan untuk buat ramuan khas ini adalah minyak kelapa, minyak kastor, vitamin E, daun lidah buaya dan dua mangkuk (satu kecil dan besar).

1.     Mula-mula, potong daun lidah buaya dan keluarkan gelnya. Kemudian, sapukan daun itu di kulit kepala.

Foto: Flickr

2.     Urut kulit kepala perlahan-lahan dan sama rata.

3.     Selepas itu, ambil mangkuk kecil dan masukkan ramuan minyak tadi. Letak 1 sudu kecil minyak kastor dan 2 sudu kecil minyak kelapa.

Foto: Deherba (Minyak kastor)

Foto: doktersehat.com (minyak kelapa)

4.     Picit Vitamin E yang boleh diambil daripada serum rambut dan masukkan ke dalam mangkuk.

Foto: newbeauty.com

5.     Ambil mangkuk besar dan masukkan air panas. Letakkan mangkuk kecil berisi minyak itu di atas mangkuk besar. Jangan letak ia atas api, kerana minyak itu boleh terbakar.

6.     Selepas 5 minit, pakai campuran 3 minyak itu ke kepala. Urut kulit kepala anda selama 2 hingga 3 minit. Ia penting untuk pengaliran darah bagi mempercepatkan rambut untuk tumbuh.

7.     Selepas selesai, ikat rambut tersebut dalam kain tuala dan tidur. 
Basuh rambut anda keesokan paginya. Rambut akan mula nampak perubahan dalam masa 2-3 hari. Cubalah!

Apa yang mengejutkan, selepas berkongsi petua ini di halaman Youtube miliknya, ramai penonton telah mencubanya dan rata-ratanya bersetuju ianya berkesan.

 

Sumber video: Youtube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Mar 2020

Mahu kening bayi cantik bila besar, ikuti panduan ini

Mudah sahaja, lagipun guna bahan semula jadi

Featured Fri, 10 Apr 2020

FK by Farah Khan, koleksi lebaran pada harga berpatutan buat penggemar fesyen

Koleksi ini diinspirasikan oleh keindahan Marrakech

Oh Lawa Thu, 31 May 2018

Kempen ‘Jakel Barulah Raya’ Tampilkan Koleksi Raya Daripada Duta Selebriti Terkenal

Anggunkan lagi penampilan Syawal anda dengan koleksi lebaran daripada Jakel.

Featured Wed, 7 Nov 2018

Patutlah Kulit Duchess Of Cambridge Berseri-Seri, Rahsianya Nutella Dijadikan Mask Muka!

Jurusolek peribadi dedah rahsia penjagaan kulit Kate Middleton.

Oh Lawa Wed, 16 Jan 2019

Teknik picit jerawat tanpa memudaratkan kulit wajah

Perasaan dapat memicit jerawat, kepuasannya sukar digambarkan! 

Featured Fri, 28 Feb 2020

Set kembara Tanamera mudahkan wanita bermusafir

Semua kelengkapan kecantikan disediakan

Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Teknik penjagaan lubang tindik telinga

Anda perlu ikuti agar luka anda pulih dengan cepat.

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Tip Memilih Cincin Perkahwinan Yang Everlasting!

Terlalu sibuk memikirkan hal yang lain, kadang kala bakal pengantin terlepas pandang soal pemilihan cincin perkahwinan.

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018
Featured Sun, 27 May 2018

Tampil Romantis Syawal Ini Dengan Koleksi Fattah Amin & Fazura

Kalau nak sama cantik sama padan seperti pasangan popular Fattzura, anda kena beli koleksi lebaran mereka.

error: Content is protected !!