familuv By: Yanie Baharom February 12, 2019 @ 2:00pm

Elak jadi mangsa penculikan, ini lapan perkara yang perlu diajarkan kepada anak-anak!

Malaysia sering diungkapkan sebagai negara yang aman, tetapi beberapa kejadian jenayah mencemarkan imej berkenaan.

Merujuk data yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kanak-kanak Hilang, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tahun 2014 hingga 2018, seramai 732 kanak-kanak dan remaja dilaporkan hilang, malah ada sebahagiannya sehingga kini tidak ditemui.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh PDRM pula, 723 kes  itu membabitkan 447 mangsa remaja perempuan dan 276 lelaki, manakala 345 kes telah berjaya dijumpai tetapi seramai 378 kanak-kanak masih hilang sehingga hari ini.

Secara puratanya empat kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilaporkan setiap hari. Apa yang menakutkan ada yang sudah bertahun-tahun hilang dan senyap tanpa ada sebarang khabar berita. Tidak tahu adakah mereka masih hidup, mati atau menjadi mangsa sindiket meminta sedekah, pelacuran dan sebagainya yang pernah tular sebelum ini.

Sehubungan itu, tiada yang mustahil untuk perkara ini berlaku kepada keluarga anda, sekiranya anda sendiri mengamalkan sikap sambalewa dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak ketika membawa mereka bersiar-siar atau ke pusat beli-belah.

Jangan asyik dengan Instagram dan Facebook saja!

Tetapi tahukah anda cara untuk mencegah penculikan kanak-kanak?

Foto: The Asian Age

Penculikan kanak-kanak: sentiasa pesan 8 perkara ini kepada anak

Berita baiknya, mengelak kes penculikan kanak-kanak adalah lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan. Melalui beberapa panduan yang ringkas ini, anda boleh menyelamatkan nyawa anak dan menghalang mereka daripada diculik!

 

Ajar anak anda 8 perkara ini …

1. Tidak salah jika mereka menjerit atau berteriak “Tidak!” ketika mereka berada dalam bahaya. Kanak-kanak perlu melakukan apa sahaja untuk menarik orang ke arah mereka, dan meminta bantuan.

2. Berkumpul di kawasan tertentu jika mereka tersesat, terutama apabila anda pergi ke tempat baharu. Kemudian, beritahu anak untuk berada di satu tempat sehingga anda datang untuk menjemputnya. Jadikan ia lebih mudah bagi mereka untuk mengingatinya dengan menunjukkan sebarang mercu tanda tertentu yang dekat.

3. Mengingati maklumat penting seperti nombor telefon anda, nombor kenalan rakan anda dan alamat anda.

4. Tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Kanak-kanak tidak boleh cuba mesra dengan orang yang mereka tidak tahu sebarang maklumat mengenai mereka.

5. Beritahu anak anda maklumat pegawai polis tempatan dan keluarga lain yang boleh dipercayai. Pihak berkenaan dapat membantu anak-anak anda jika berlaku kecemasan atau tersesat.

6. Tidak memasuki kereta atau menemani seseorang yang tidak dikenali – walaupun orang asing itu meminta bantuan, seperti “kehilangan haiwan peliharaan” yang kononnya berada di dalam kenderaan orang yang tidak dikenali itu.

7. Menjadi terbuka kepada anda jika seseorang yang mereka tidak kenal telah mendekati mereka, walaupun anak anda diancam untuk tidak bercerita. Jelaskan kepada anak anda bahawa mereka tidak akan menghadapi masalah dan anda sentiasa bersedia untuk melindungi mereka.

8. Tidak mendedahkan lokasi mereka dalam tetapan telefon bimbit melalui pelbagai aplikasi atau orang, dan tidak mendedahkan nombor mudah alih mereka di internet.

 

Penculikan kanak-kanak: Ibu bapa perlu berjaga-jaga!

Walaupun anak berada di tempat yang anda rasa selamat, dengan orang sekeliling yang anda fikirkan tidak akan membawa masalah, jangan ambil mudah hal ini, malah jangan letakkan 100 peratus kepercayaan yang anak anda boleh menjaga diri sendiri terutama apabila anak anda masih di bawah umur.

 

Panduan untuk ibu bapa, elak terjadinya penculikan anak

1. Sentiasa mengawasi anak-anak anda. Jangan biarkan mereka hilang dari pandangan anda, walaupun seketika.

 2. Apabila di luar, pastikan anak memakai pakaian yang mempunyai warna terang dan jelas. Dengan cara itu, anda boleh dengan mudah menemui mereka sekiranya mereka tersesat dalam sesuatu majlis.

3. Berhati-hati ketika memuat naik foto kanak-kanak dalam media sosial. Anda tidak perlu menyertakan maklumat peribadi atau lokasi semasa anda.

4. Kanak-kanak cenderung untuk berkeliaran di merata tempat. Cuba tetapkan peraturan supaya kanak-kanak mesti selalu memegang tangan anda kecuali anda memberitahu mereka tidak. Laksanakan peraturan ini di kawasan yang ramai seperti lapangan terbang atau taman hiburan.

5. Sentiasa ambil tahu lokasi anak anda, dan orang yang mereka kenal.

6. Menjadi peka kepada tingkah laku yang ganjil atau tidak biasa dan tanyakan kepada mereka jika ada sesuatu yang berlaku.

7. Sentiasa menjaga anak-anak di sisi anda khususnya di kawasan awam atau dalam kereta.

8. Jangan meminta bantuan orang asing untuk membawa bayi anda, walaupun seketika.

9. Jangan letakkan label pada kotak makan tengah hari atau pakaian anak anda.

10. Tidak memberi kebenaran untuk kanak-kanak untuk mengembara bersendirian sahaja.

11. Berhati-hati dengan ugutan.

12. Pastikan foto anak anda dikemas kini.

13. Kekalkan rekod pergigian dan perubatan untuk tujuan pengenalan.

14. Bantu memupuk pemikiran kritikal dan refleks intuitif pada kanak-kanak yang lebih tua, supaya mereka dapat menjangkakan bahaya seperti kereta yang bergerak lambat, yang mungkin diletakkan berhampiran taman permainan.

Kata pepatah Melayu, malang itu tidak berbau. Tapi sekurang-kurangnya pengetahuan yang dibekalkan untuk anak-anak dan keprihatinan ibu bapa sendiri boleh mengelakkan perkara ini daripada terjadi. Sesal kemudian tidak berguna!

 

Sumber: The Asian Parent

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 5 Mar 2019

Manfaat dan kemudaratan “tandem nursing”. Ibu bapa sila ambil perhatian!

Semakin kerap anak menyusu, semakin banyak susu terhasil

familuv Mon, 15 Jul 2019

5 langkah didik anak untuk berhijab

Mula dari kecil atau tunggu besar sedikit?

familuv Wed, 28 Aug 2019
familuv Fri, 27 Sep 2019
familuv Mon, 8 Jul 2019

Peluk anak 18 kali sehari, mereka akan jadi lebih bijak!

Amalkan budaya peluk pasangan ini kepada anak untuk naikkan semangat dalam pelajaran.

familuv Tue, 2 Oct 2018

Ameera Zaini Kongsi 13 Amalan Semasa Hamil Yang Boleh Anda Ikuti

Meera suka makan buah tembikai untuk tambah air ketuban.

familuv Wed, 30 Nov 2022

Aksi Syida Melvin Sebak Di Wedding Syifa Melvin Viral Di TikTok – “Wedding Aku Hang Tak Nangis Kan?”

Adik kepada Syifa Melvin iaitu Syida Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin menjadi perhatian warganet kerana ucapan perkahwinan yang diberikan buat kakaknya itu. @syida.melvin Haihhh 💔 Dah tahan lama dah xnak nangis, […]

familuv Fri, 31 May 2019
familuv Thu, 13 Sep 2018

Pelajari Teknik DIY Untuk Buat Mainan Ulat Bulu Yang Boleh Bergerak, Guna Straw Saja!

Gunakan aktiviti ini untuk “bond” dengan anak anda.