Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 11, 2019 @ 10:00am

Taylor Swift pernah guna pen penanda sebagai penggaris mata!

Anda pasti pernah dengar mengenai pelbagai jenis beauty hack sebelum ini.

Walaupun teknik ini berkesan seperti yang diinginkan, ada antaranya yang akhirnya boleh membawa padah.

Taylor Swift baru-baru ini berkongsi rutin kecantikannya dalam satu temu bual dengan majalah Elle dan ada teknik yang digunakannya yang cukup luar biasa.

Foto: AXS.com

Ketika remaja dahulu hinggalah umurnya mencecah awal 20-an, penyanyi terkemuka ini mengaku bahawa beliau pernah tidur tanpa menanggalkan solekannya.

Oh, tidak! Ini adalah satu kesilapan besar! Nasib baik, semakin meningkat usianya, semakin rajin dia menjaga kulit.

“Sekarang saya memakai krim pelembap pada setiap malam dan losyen badan setiap kali selepas mandi,” kata Taylor, “bukan sahaja pada musim sejuk tetapi sepanjang tahun kerana saya ingin kulit yang lembut pada setiap musim.”

Nasihat ini memang patut kita ikuti. Jangan abaikan langkah penjagaan kulit yang baik ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

Bagaimanapun, ada teknik yang Taylor amalkan dahulu yang anda patut jauhi, iaitu menggunakan Sharpie sebagai penggaris mata!

Bilakah ia berlaku? Ada atau tidak gambar sebagai bukti? Efektifkah alat itu untuk mencantikkan mata?

Ternyata dari segi tekniknya pen berkenaan memang boleh digunakan untuk menggaris mata dengan kemas dan mudah.

Tetapi anda perlu ingat, apabila dakwatnya terkena pada kulit, selalunya kita perlu sental dengan kuat untuk menanggalkan kesannya.

Jadi cuba bayangkan bagaimanalah Taylor menanggalkan dakwat di kelopak matanya. Aduh! Tidak sakitkah?

Foto: Getty

Walaupun Taylor kini memberi amaran supaya kita jangan mengikuti teknik ini, susah betul untuk kita percaya yang beliau berasa cukup selesa hingga sanggup menggunakan pen ini berkali-kali.

Ingat, jangan sesekali cuba lakukannya! Kulit di bahagian mata bersifat lembut dan halus. Dakwat Sharpie ini boleh menyebabkannya calar dan mengalami radang.

Lagipun, di pasaran kini sudah ada banyak jenis penggaris mata yang selamat untuk anda pakai. Buat pilihan yang bijak!

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Sep 2021

Cara Semak & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Bermula 6 September

Umum maklum, orang ramai bakal menerima bayaran Bantuan Khas COVID – 19 (BKC) yang akan dikreditkan secara berperingkat bermula hari esok. Justeru, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berhubung status bayaran BKC […]

Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Wed, 23 Apr 2025

“Ini Datin Seri Bukan Mak Cik Ya”- Aliff Syukri Belanja Isteri Barang Kemas RM1.5 Juta

Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video pendek di akaun Instagram miliknya.

Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Featured Thu, 17 Jul 2025

Andmesh Kamaleng & Ziva Magnolya Bakal Gegarkan Konsert Festival Tentang Cinta Di Sabah!

Konsert ini bukan sekadar meraikan muzik cinta, tetapi menjadi simbol penyatuan peminat dari Malaysia dan Indonesia.

Cahaya Mata Fri, 21 Oct 2022
Featured Fri, 8 Sep 2023

Bagi Mini Love, Mimi Lana Luah Rasa Bangga Pada Syafiq Kyle

Wahh support cinta hati! ❤️‍🔥❤️‍🔥

Featured Fri, 9 Nov 2018

Kylie & Kendall Jenner Lancarkan Rangkaian Beg Tangan, Harganya Boleh Tahan Murah!

Bolehlah dikira mampu milik untuk produk daripada selebriti antarabangsa.

error: Content is protected !!