Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin April 22, 2019 @ 7:00pm

Jangan menyusu bayi pramatang anda dengan sesuka hati! Ini kaedah menyusu dengan betul

Bayi yang lahir secara pramatang memerlukan penjagaan yang rapi.

Oleh sebab itulah mereka ditempatkan di “Neonatal Intensive Care Unit” (NICU) untuk dipantau dari segi kesihatan dan sebagainya.

Di sana, terdapat petugas kesihatan atau jururawat yang bertanggungjawab menjaga bayi anda.

Jelaslah bahawa bayi pramatang ini memerlukan penjagaan yang istimewa meskipun setelah anda membawanya pulang.

Setelah sistem badan bayi anda kuat dari sebelumnya, pihak hospital akan membenarkan mereka pulang dan di sinilah tugas anda sebagai ibu bermula!

Menyusu bayi sendiri sememangnya pengalaman yang paling menakjubkan sebagai seorang ibu.

Namun begitu, tugas menyusukan bayi pramatang adalah tidak mudah. Ini kerana, terdapat beberapa cara penyusuan yang boleh diikuti bagi memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan untuk membesar.

Foto: familydoctor.com

Kaedah penjagaan kanggaru

Kaedah ini diiktiraf dan dicadangkan oleh World Health Organization (WHO).

Ia sebenarnya dapat menstabilkan denyut jantung serta kadar oksigen dalam tubuh bayi pramatang.

Kaedah ini dilakukan secara kulit ke kulit dengan membaringkan bayi anda ke atas badan ibu atau ayah.

Setelah itu, bayi akan disusukan oleh ibu dalam posisi ini.

Foto: Your Health Matters

Kaedah kulit ke kulit secara berterusan

Sentuhan kulit antara bayi pramatang dengan orang tua yang dilakukan sekerap mungkin adalah amat digalakkan.

Peluk bayi anda dan letakkan di atas dada bagi membantu mereka stabil dengan cepat.

Doktor akan membantu anda mengatur posisi bayi dengan betul bagi memastikan pernafasannya tidak terganggu.

Kaedah memerah susu badan

Jika anda tidak boleh menyusukan badan secara terus kepada bayi, langkah terbaik adalah memerah susu setelah sejam melahirkan.

Teruskan memerah susu badan anda setiap dua jam.

Target anda adalah sebanyak 750-1000ml dalam minggu pertama sehingga cukup untuk bayi pramatang anda.

Selepas ini, anda akan lebih memhami bayi pramatang anda!

Foto: Tommee Tippee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 29 Oct 2019
Featured Fri, 17 Jan 2020
Sihat Wed, 23 May 2018

Sedapnya Minuman Untuk Ibu Hamil, Confirm Bayi Sihat Dan Kulit Pun Cantik

Dalam usaha mendapatkan kandungan yang sihat dan sempurna, proses penjagaan bermula seawal pra kehamilan.

Sihat Fri, 8 Feb 2019
Featured Wed, 20 May 2020

Kes baharu COVID-19 kembali dikesan di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Negeri Zon Hijau terkesan akibat rentas negeri

Featured Thu, 6 Dec 2018

Cara Betul Tuam Bengkak Pada Badan

Teknik tuaman dapat surutkan bengkak pada anggota badan.

Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan

Featured Tue, 1 Jan 2019

Tidur Cukup 8 Jam Tapi Masih Rasa Mengantuk, Apa Yang Tak Kena?

Rasa mengantuk yang tak berkesudahan bererti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anda!

Featured Thu, 23 Apr 2020
Featured Mon, 11 May 2020
error: Content is protected !!