Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin October 11, 2020 @ 7:36pm

Buat Kaki Game Semua… ESPN Tawar RM1 Juta Untuk Pertandingan E-Sport… Wah, Menariknya!

Demi untuk mencari pasukan terbaik dalam permainan popular Mobile Legends, Call Of Duty Mobile dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), syarikat integrasi sistem blockchain permainan dalam talian (e-sport), ESPN Global Malaysia menawarkan hadiah bernilai RM1 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ESPN Global Asia Tenggara, Datuk Dr. Erwin, dana yang cukup lumayan itu merupakan peruntukan yang dikhaskan dalam usaha untuk membangunkan industri e-sport yang semakin mendapat perhatian dunia.

“Di Malaysia sahaja, kita ada kira-kira 2.3 juta pengguna yang memuat turun serta bermain PUBG dan 3 juta pengguna pula menjadikan Mobile Legend sebagai salah satu aktiviti harian mereka. Sebenarnya, jumlah ini adalah satu prospek yang sangat membanggakan.

“Jadi, bagi membangkitkan lagi semangat mereka beserta mahu membangunkan industri e-sport, ESPN Global Malaysia bakal menawarkan hadiah bernilai RM1 juta untuk 20 buah trofi e-sport di Malaysia.

“Kami merancang untuk melakukan pertandingan e-sport setiap minggu di pejabat urusan ESPN Global Malaysia dan menawarkan RM20,000 sebagai hadiah mingguan untuk mereka yang berjaya.

“Selain perancangan untuk membangunkan industri e-sport tempatan, antara perancangan yang dilakukan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan tempatan ialah penganjuran kejohanan futsal.

“Ia akan dilakukan secara besar-besaran dengan hadiah yang ditawarkan berjumlah RM100,000. Dalam perancangan kami, ia dijangka akan berlangsung pada akhir tahun ini. Semuanya dilakukan untuk menyuntik kesedaran sukan dan mengangkat kejohanan ini ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya lagi.

Datuk Dr. Erwin ditemui pada majlis pelancaran pejabat urusan ESPN Global Malaysia di Ara Damansara baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Tuan Halimey Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif ESPN Global Malaysia, Puan Rasyieda Abdul Ghani.

Dalam pada itu, tambah Puan Rasyieda, syarikat yang berpangkalan di Poland itu menawarkan beberapa permainan popular dalam satu aplikasi.

“Ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mengubah taraf hidup serta menggandakan pendapatan mereka dengan permainan secara atas talian dengan hanya menjadi ahli berstatus ‘Affiliate Refferal’ yang boleh menjana pendapatan pasif sehingga RM10,000 sehari.

“Menariknya, kami juga melancarkan Penawaran Pertukaran Awal (IEO) Smart Gaming Token (SGT) sendiri yang akan dilakukan di dalam komuniti e-sukan yang mempunyai lebih dari 50,000 ahli sehingga kini,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ESPN Global Malaysia, anda boleh layari https://www.espnglobal.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Jul 2019
Gaya Hidup Tue, 5 Feb 2019

10 petua menghilangkan kesan kotoran degil

Anda hanya perlu menggunakan bahan dari dapur sahaja

Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

Nikmati Keriangan Di Inflatable Island, Taman Air Terbesar Di Asia

Memandangkan Pulau Boracay dah tutup, anda masih boleh menikmati keriangan pantai di negara Filipina.

Featured Wed, 8 Apr 2020

Elak jangkitan COVID-19 antara manusia dengan haiwan peliharaan

KKM bekerjasama dengan Jabatan Veterinar

Featured Wed, 7 Dec 2022

Doa Dikurniakan Jodoh Di Jabal Rahmah, Liya Maisarah Idamkan Lelaki Soleh

Pempengaruh terkenal, Liya Maisarah tular di media sosial setelah memuat naik hantaran di TikTok dirinya sedang menunaikan ibadah Umrah. @liyamysarah.dsiJabal Rahmah, Bukit kasih sayang 🤍 Tempat Nabi Adam & isterinya Hawa bertemu kembali selepas ratusan […]

Featured Sun, 25 Nov 2018

Sebelum Ke Pejabat, Ibu Bapa Make Sure Stok Makanan Sentiasa Ada Sepanjang Cuti Sekolah!

So parents make sure stok makanan di rumah mencukupi supaya anak anda tidak ditinggalkan dalam kelaparan! 

Featured Wed, 17 Jul 2019

Kejutan filem Kingdom pasti membuatkan penonton terpaku!

Berdebar jantung dan tak kering gusi dibuatnya!

Featured Fri, 11 Oct 2019

Pemberian hibah lindungi hak wanita

Ketahui 6 cara urus harta peninggalan

Featured Fri, 10 Apr 2020
error: Content is protected !!