Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd October 15, 2020 @ 6:22pm

Rakyat Malaysia Dijangka Boleh Tunai Umrah Mulai Januari 2021-PAPUH

Rakyat Malaysia dijangka boleh menunaikan ibadah haji dan umrah seawal Januari tahun hadapan. 

Menurut Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham,  tumpuan akan diberikan kepada kira-kira 50,000 orang yang sudah membuat tempahan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Bilangan jemaah terhad

Dalam pada itu, bilangan jemaah yang dipilih adalah terhad kerana kerajaan Arab Saudi kemungkinan membenarkan hanya mereka yang berusia antara 18 dan 60 tahun saja yang boleh mengerjakan ibadah itu dari luar negara.

Facebook: PAPUH

Tambah beliau lagi, “kira-kira 30 ke 40 peratus mereka yang mendaftar untuk mengerjakan umrah dengan ahli kita berusia 60 tahun ke atas, selain ramai mutawif dan ketua kumpulan yang akan pergi juga kebanyakannya dalam lingkungan usia itu.”

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi membenarkan semula jemaah menunaikan umrah secara berperingkat pada 4 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Hanya Tiga Jam Masa Diberikan Untuk Jemaah Tunai Umrah

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Thu, 26 Jan 2023
Kisah Viral Tue, 25 Mar 2025

“Sedih, Kecewa Tetapi Kami Bersama Awak” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq ‘Ready’ Kalau Masuk Penjara

Space Dollah juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan dan keyakinannya terhadap kebolehan adiknya.

Sihat Thu, 9 May 2024
Featured Fri, 4 Jul 2025
Trending Fri, 18 Dec 2020
Hiburan Tue, 28 Nov 2023

3 Kali Tangguh Konsert Dangdut Milenia, Riezman Khuzaimi Tak Kuat Berdepan Kecaman Warganet

Netizen Malaysia memang akan kecam kaw kaw punya! Apa-apa pun, semoga segala urusan dipermudahkan🤲🏻

error: Content is protected !!