Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 16, 2019 @ 6:19pm

Ini waktu berdoa paling mustajab ketika bulan Ramadan, rugi kalau lepaskan!

Ramadan adalah bulan yang mulia kerana Allah menjanjikan pahala berlipat ganda kepada hamba-Nya yang tawaduk melakukan ibadat kepada-Nya. Bukan itu sahaja, pada bulan suci ini juga Allah akan mengkabulkan doa hamba-Nya yang kusyuk memohon doa kepada-Nya. 

Cuba anda fikir sejenak, apa yang anda lakukan tatkala menunggu waktu berbuka puasa? Adakah anda akan berada di depan televisyen melayan drama kegemaran, sibuk membelek media sosial, termenung mengadap juadah yang dibeli ataupun masih berada di kesesakan bazar Ramadan?

Jika anda melakukan antara perkara yang tersenarai itu, adalah menjadi satu kerugian besar jika anda tidak menggunakan waktu sebelum berbuka puasa untuk berdoa kepada Allah SWT kerana ia merupakan antara waktu yang paling mustajab dan terbaik untuk doa anda termakbul. 

“Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.” (HR Ibnu Majah)

Nabi Muhammad SAW turut bersabda: 

“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

waktu mustajab berdoa

Foto: Pinterest

Selain waktu berbuka, pada hari-hari biasa, sepertiga malam yang terakhir juga merupakan waktu mustajab untuk berdoa. Justeru, rebutlah peluang dan kesempatan berdoa pada waktu ini kerana pada umumnya waktu ini di bulan Ramadan adalah waktu bersahur.

Rasulullah SAW bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ

“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdo’a kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, nescaya akan Aku ampuni.” (Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim).

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW turut bersabda,

“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Pada ketika sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hamba-Nya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku dalam hati mereka.

Sesuai dengan hadis yang dikemukakan mengenai keajaiban waktu terakhir sepertiga malam, banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardu Subuh.

Junjungan besar Rasulullah SAW juga mengamalkan dan menggalakkan umat Islam keseluruhannya untuk memanfaatkan waktu mustajab yang dikurniakan Allah SWT ini sebaik-baiknya untuk beribadat dan berdoa kepada-Nya.

Semoga doa kita dimakbulkan Allah SWT. Amin ya rabbal al amin.

Sumber: Batam Tribunnews dan Fimela.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Gaya Hidup Fri, 20 Apr 2018

Peminat Salted Eggyolk Mesti Cuba Resipi Ayam Goreng Oleh Chef Cilik Danish Harraz Ini

Salted eggyolk croissant dah biasa sangat, jadi anda kena try makan dengan dengan ayam goreng pula. Gerenti rasa power!

Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

Events Wed, 11 Dec 2024

Kenyataan Fitnah, Tiada Perkahwinan Tengku Hassanal April Depan

Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja.

Featured Sat, 25 Sep 2021
Featured Wed, 9 Oct 2024

Baim Wong Akhirnya Dedah Punca Cerai, Isteri Curang Dengan Rakan Baik Sendiri – “Saya Berada Dalam Keadaan Yang Sangat Sulit”

Ingatkan kat Malaysia je hangat isu cerai berai ni… rupanya dekat sana pun sama😱

Featured Wed, 13 Jul 2022

“Isteri Boleh Cari Tapi Mak…”- Fikry Ibrahim Sebak Kongsi Perihal Ibu, Percaya Duit Tak Boleh Beli Kebahagiaan

Allahu! Min pun sebak… Moga ibu Fikry diberikan kesembuhan segera insyaAllah♥

Featured Sat, 27 Sep 2025

“Moga Ibu Saya Diberi Peluang Untuk Terus Bersama Keluarga Yang Amat Menyayanginya” – Anak A Aida

Azeva Natassha memohon doa orang ramai agar ibunya itu kembali sedar dan sihat seperti sediakala.

error: Content is protected !!