Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops May 17, 2019 @ 4:00pm

Ikuti cara mandi wajib yang betul supaya puasa anda sah

 

Antara perkara yang mengwajibkan seseorang itu mandi wajib adalah keluar nifas selepas bersalin dan datang haid. Ini dilakukan selepas darah haid atau nifas kering, iaitu apabila tiada lagi cecair yang berwarna merah coklat atau bau.

Selain itu, mandi wajib atau juga dikenali sebagai mandi junub perlu segera dilakukan selepas melakukan hubungan intim bagi membersihkan diri untuk membolehkan anda beribadat.

Begitu pun, ketika bulan Ramadan ini ramai juga yang masih keliru waktu yang bersesuaian untuk mandi wajib, malah ada yang beranggapan ia perlu dilakukan sebelum masuk waktu subuh.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam hantaran media sosialnya berkata melewat-lewatkan mandi wajib atau mandi junub selepas bersama isteri pada malam hari bulan ramadan sehingga terbit fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh melakukan demikian. 

Beliau menyimpulkan kebanyakan ulamak berpendapat bahawa sah puasa seseorang kerana berpuasa dalam keadaan berjunub mahupun mandi wajib selepas subuh, namun perlu disegerakan untuk membolehkan mereka menunaikan solat.

Dalam hubungan ini, anda juga perlu memastikan teknik mandi wajib betul seperti yang ditetapkan supaya ibadat puasa dan juga solat anda diterima. 

Tahukah anda cara yang betul untuk melaksanakan mandi wajib? Ikuti langkah di bawah ini seperti yang disarankan theasianparent.com:

 1. Baca niat apabila anda mula membasahkan badan.

2. Baca Bismillahirrahmanirrahim.

3. Cuci tangan sebanyak tiga kali.

4. Cuci kemaluan dengan tangan kiri.

5. Bersihkan tangan kiri dengan sabun.

6. Ambil wudhu seperti biasa. Secara alternatifnya, tangguhkan cucian kaki hingga selesai mandi.

7. Basuh kepala dengan mengusap rambut dan meratakan air pada rambut sebanyak tiga kali.**

8. Ratakan air ke seluruh badan, bermula dengan bahagian kanan.

** Ketika membersihkan kepala, mulai dengan bahagian kanan, diikuti dengan bahagian kiri dan kemudian bahagian tengah. Bagi anda yang berambut panjang, lepaskan ikatan rambut.

 

Tip

Untuk mandi sunat seperti mandi Hari Raya atau mandi Hari Jumaat, langkah-langkahnya sama sahaja cuma niatnya berbeza.

Semoga bermanfaat!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 5 Nov 2019

Diceraikan kerana gagal kekal gemuk? Tak percaya, bacalah!

Wanita ‘gendut’ yang berputus asa, silalah ke negara ini!

Featured Sun, 23 Sep 2018
Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Acara Thu, 27 Feb 2020

Pakej percutian mewah glamping di tengah kota raya

Castra by Colony tawar pengalaman berbeza

Gaya Hidup Wed, 30 May 2018
Featured Tue, 10 Jan 2023

“Kena Ada Duit Sendiri” – Puteri Sarah Kemukakan Ciri-Ciri Seorang Wanita Hebat

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana memberitahu ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang wanita agar sentiasa cekal menghadapi cabaran hidup. @fethgadget Pesanan untuk semua wanita diluar sana ❤️ #fethgadget #puterisarahliyana ♬ original sound – Feth […]

Gaya Hidup Mon, 29 Jun 2020
Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Buat Kek Pandan Kukus Yang Gebu Gebas, Hanya Guna Alat Pengisar!

Teringin nak makan kek pandan kukus, tapi tak ada alat-alat membuat kek? Jangan risau, kami akan kongsikan resepi kek pandan dengan menggunakan mesin pengisar!

error: Content is protected !!