Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops May 31, 2019 @ 5:00pm

3 panduan kecantikan yang dikongsikan dalam Get It Beauty On The Road Edisi Raya

Rancangan kecantikan dari Korea Selatan, Get It Beauty On The Road, kembali ke kaca televisyen Malaysia pada hujung bulan ini di Astro Ria dan tvN Asia dengan musim keduanya.

Berbanding dengan musim lepas yang menerokai trend kecantikan dari Korea, kali ini hos-hosnya akan menyelami masalah kecantikan yang sering wanita alami ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pada masa yang sama, mereka menyuntik inspirasi ‘K-beauty’ ke dalam penampilan tradisional wanita Melayu pada hari lebaran ini.

Contohnya, ramai wanita tempatan melalui isu kecantikan dan kesihatan yang berpunca daripada cuaca tropika Malaysia yang panas dan lembap.

Get It Beauty On The Road akan mencari penyelesaian bagi masalah-masalah berkenaan menerusi pelbagai segmen seperti makeover dan tutorial kecantikan.

Hos-hos rancangan ini, pelakon Kim Jungmin dan pakar kecantikan Kim Kisoo dari Korea, serta pelakon Singapura Nadiyah Shahab juga akan kongsikan rahsia kecantikan masing-masing kepada penonton.

Kisoo akan terangkan mengenai kegunaan setiap produk yang dia perkenalkan.

Menarik bukan? Berikut adalah tiga antara panduan-panduan yang diutarakan.

Cara mendapakan kulit yang lebih cerah dan bersinar

Masalah nombor satu yang dilalui oleh wanita Malaysia ialah kulit yang kekurangan air, terutamanya pada bulan Ramadan.

Ramai wanita juga mengabaikan pemakaian pelembap dan krim pelindung matahari kerana teksturnya yang melekit, terutama di dalam cuaca panas lembap ini. Hal ini akan menyahidratkan kulit anda lagi!

Pilih produk yang betul. Sapuan dalam gerakan membulat akan menghancurkan ramuan yang melindung kulit anda daripada sinaran ultraungu. Sebaliknya sapu dalam satu arah sahaja untuk mendapatkan hasil maksima.

4 panduan supaya solekan anda tahan lebih lama

  • Sebelum bersolek, semburkan rosewater (air bunga ros) supaya kulit anda sentiasa kelihatan segar.
  • Gunakan pemerah pipi berasaskan cecair kerana ia akan tahan lebih lama dan menyerikan.
  • Sapukan lip sealer supaya gincu anda tahan sepanjang hari.
  • Jangan sentuh kulit anda sama sekali!

Selamat tinggal, rambut yang gugur dan rapuh!

Rutin cucian rambut yang tidak sesuai dengan kulit kepala anda boleh menyebabkan rambut yang rosak atau gugur.

Get It Beauty On The Road kongsikan 3 langkah penjagaan kulit kepala untuk dapatkan rambut yang lebat dan lembut: syampu, rawatan dan inti pati.

Jadi jangan lupa saksikan Get It Beauty On The Road Malaysia untuk ketahui rutin kecantikan yang sesuai untuk anda.

Berikut adalah informasi mengenai siarannya:

Saluran tvN Asia (saluran Astro 395)

  • Episod 1: 31 Mei (Jumaat) – 8 malam      
  • Episod 2: 7 Jun (Jumaat) – 7.30 malam
  • Episod 3: 7 Jun (Jumaat) – 8 malam

Astro RIA/RIA HD (saluran Astro 104/123)

  • Episod 1: 27 Mei (Isnin) – 11 malam
  • Episod 2: 3 Jun (Isnin) – 11 malam
  • Episod 3: 6 Jun (Khamis) – 3.30 petang

Rancangan ini akan berlangsung di dalam Bahasa Korea, Inggeris dan Malaysia. Sari kata di dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Malaysia, Indonesia dan Thai juga akan disediakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 12 Jul 2018
Oh Lawa Thu, 20 Dec 2018

11 Makeup Products That Every Beginner Must Have 

Long-time users also can learn a thing or two.

Oh Lawa Wed, 14 Mar 2018

Lihat Transformasi Dilakukan Jurusolek Ini Kepada Pesakit Kanser & Wanita Wajah Berparut

Untuk makeover istimewa ini, dia mencari pesakit-pesakit kanser atau wanita yang mengalami masalah kulit.

Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Mon, 17 Feb 2020
Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

Berhenti guna produk kosmetik untuk tutup jerawat!

Beri peluang kepada kulit untuk bernafas.

Oh Lawa Mon, 7 May 2018

10 Selebriti Wanita Hollywood Sudah “Serik Dan Cuci Tangan” Daripada Pengambilan Suntikan Wajah

Kecantikan fizikal memainkan peranan besar dalam menentukan kerjaya kebanyakan wanita di sana sehingga memberikan tekanan kepada mereka untuk mendapatkan botox atau filler.

Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Teknik penjagaan lubang tindik telinga

Anda perlu ikuti agar luka anda pulih dengan cepat.

error: Content is protected !!