Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Shaidah Shafie May 29, 2019 @ 5:53pm

Konsep Fairy Forest jadi daya penarik kolaborasi Elfira Loy X MC Vogue

Potongan kurung moden masih lagi diterima ramai dan ia diberi sentuhan lebih segar oleh MC Vogue yang mengadakan kolaborasi bersama artis penggiat sosial media berpengaruh, Elfira Loy.

Berkonsepkan pakaian moden untuk  wanita yang menitik beratkan cita rasa dengan nuansa sopan, anggun dan kekal bergaya, tidak hairan jenama MC Vogue ini sudah mampu membina kelompok aliran pengikutnya sendiri yang sentiasa mempercayai kualiti jahitannya.

Malah nama MC itu sendiri sebenarnya merupakan akronim kepada Muslimah Collection dan diusahakan oleh pasangan suami isteri, Teff dan May sejak  2012 serta kini memiliki lebih 20 cawangan di seluruh Negara.

Kolaborasi Elfira Loy X MC Vogue dihadirkan dalam empat rekaan unik untuk Hari Raya Aidilfitri, sekali gus melambangkan sentuhan feminin dan elegan yang sering menjadi pilihan Elfira.

Elfira menggayakan pakaian berkonsep Fairy Forest hasil kolaborasi dengan MC Vogue. Foto: Ihsan MC Vogue.

Hasil cetusan idea Elfira dan sentuhan kreativiti pereka pakaian MC Vogue sendiri, koleksi ini  ternyata menyerlahkan gaya dan karakter wanita yang baru bergelar isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar sejak awal ahun ini.

Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest.’

Koleksi ini menggunakan fabrik rona lembut, sejuk, berbulu, manik  berkilauan dan ditawarkan pada harga RM299 sepasang, juga sangat mampu milik.

Elfira berkata, kolaborasi ini adalah yang pertama diadakan dengan jenama fesyen MC Vogue kerana jenama berkenaan menawarkan koleksi pakaian mereka pada harga berpatutan kepada ramai orang.

Foto: Ihsan MC Vogue.

“Saya harap kerjasama ini akan dapat menarik minat ramai orang untuk bergaya lebih tetapi dengan harga yang berpatutan. Pendek kata ia memang mampu dimiliki semua golongan wanita,” katanya.

Pelakon drama Qaleesya ini sendiri sebenarnya ialah pelanggan setia MC Vogue kerana harganya amat berpatutan.

“Butik MC Vogue memang antara destinasi pilihan saya setiap kali membeli belah. Memang berbaloi. Tidak sangka MC Vogue mahu mengadakan kolaborasi, memang terkejut pada awalnya, tapi saya bersyukur kerana menjadi pilihan mereka.

“MC Vogue mempunyai deretan perekanya sendiri, tapi kami masih berbincang untuk satu aliran yang sama. Kolaborasi ini untuk musim raya saja, tapi saya optimis dan yakin rekaannya yang tidak terlalu rumit dan tidak berlebihan menjadikan ia tidak dimamah usia,” katanya.

kolaborasi ini menyaksikan empat rekaan di mana setiap satunya mempunyai tiga warna dan terdiri daripada saiz S, M dan L.

Barisan model menggayakan koleksi Fairy Forest hasil kolaborasi Elfira Loy X MC Vogue. Foto: Ihsan MC Vogue.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sun, 20 May 2018

Meghan Markle Memilih Solekan Yang Simple Tapi Kecantikan Semulajadinya Tetap Terserlah

Senyuman kegembiraan yang menghiasi mukanya menambahkan sinar ke wajahnya.

Oh Lawa Tue, 22 May 2018
Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Ketahui Tip-Tip Membeli Kasut Tumit Tinggi & Bila Masa Paling Sesuai Untuk Beli

Anda mesti praktikkannya supaya anda rasa selesa ketika memakai high heels anda.

Oh Lawa Thu, 1 Nov 2018

10 Bintang Ternama Hollywood Dengan Pakaian Terbaik Halloween!

Pesta Halloween disambut setiap 31 Oktober.

Oh Lawa Mon, 28 May 2018

7 Tip Atau Hack Yang Anda Patut Tahu Jika Anda Selalu Memakai Seluar Jeans

Salah satunya ialah cara untuk tahu saiz yang sesuai tanpa perlu memakainya dulu.

Featured Mon, 30 Sep 2019

Mahu rambut sihat berkilat seperti rambut artis K-Pop? Ikuti 6 panduan ini

Walaupun digayakan banyak kali, rambut mereka tetap tampak lembut.

Featured Mon, 15 Jul 2019
Featured Fri, 28 Sep 2018
Featured Fri, 23 Feb 2018

Lipstick Anda Patah Dua? Ini Cara Mudah Untuk ‘Cantumkan’ Semula Guna Lighter

Nak pilih lipstick yang perfect punyalah susah! Jadi kalau ia patah, mesti anda akan fikir dua tiga kali untuk buang atau simpan; lebih-lebih lagi kalau anda telah mengeluarkan wang yang banyak untuknya.

error: Content is protected !!