Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 31, 2019 @ 4:36pm

Fenomena kek Absolut Chocolat melanda Mood Republik. 13,000 kotak habis licin dijual!

Siapa sangka, idea pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab untuk menjalankan perniagaan kek coklat mengundang fenomena tersendiri apabila kek jenama Absolut Chocolat yang diusahakan mereka mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar kek coklat.

kek absolut chocolat

Sejak diperkenalkan pada Februari 2018, Absolut Chocolat terus mencipta sensasi dan pengaruh tersendiri apabila mendapat keuntungan bersih sebanyak RM1.5 juta pada tahun lalu.

Kejayaan yang dikecapi tidak terhenti apabila baru-baru ini, kek Absolut Chocolat berjaya mencipta fenomena membanggakan apabila lebih 13,000 kotak kek terjual di Mood Republik yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Jalan Duta.

kek absolut chocolat

“Idea mengasingkan sos dan dituangkan sendiri ke atas kek tanpa diduga menjadi kegilaan ramai. Alhamdulillah, 13,000 kotak habis licin dijual dalam masa tiga hari. Memang sesuatu yang cukup mengejutkan dan pada masa sama menjadi pencapaian dan kebanggaan peribadi kami.

kek absolut chocolat

“Untuk acara tiga hari itu juga kita berjaya memecah rekod peribadi jenama ini dengan mencatat keuntungan jualan kasar mencecah enam angka. Ikutkan mahu buat lebih lagi kek ketika itu, tapi pihak operasi tidak mampu memenuhi permintaan,” kata Pengarah Operasi Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali dalam pertemuan dengannya baru-baru ini.

kek absolut chocolat

Selain kek coklat, jenama itu juga menghasilkan beberapa kek lain iaitu kek Lava Milk dan kek Boba Milk Tea.

“Alhamdulillah permintaan kek ini sejak dari dulu hingga ke musim raya ini terus meningkat. Tapi itu bukan jaminan untuk kita terus selesa dengan apa yang ada.

“Selama setahun lebih kek ini berada di pasaran, perkembangannya cukup meluas hingga pada satu tahap tidak mampu menampung permintaan masyarakat,” kata Ben.

absolut chocolat

Bagi anda yang ingin merasai keenakan kek coklat viral ini, anda boleh layari Instagram Absolut Chocolat untuk membuat tempahan.

Kredit foto: Absolut Chocolat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 17 Jan 2019
Eat Travel Thu, 2 Aug 2018

Pasar Terapung Bandung, Lokasi Wajib Dikunjungi Ketika Di Indonesia

Terletak berdekatan Farmhouse Susu Lembang, pasar terapung ini semakin popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.

Eat Travel Sun, 18 Aug 2019
Eat Travel Fri, 28 Sep 2018
Eat Travel Sat, 1 Dec 2018

Hampir 300K Pengikut Di Instagram, Seni Ukiran Lelaki Ini Memang Awesome!

Kena tahu teknik ukiran yang betul barulah menjadi!

Eat Travel Thu, 9 Aug 2018

3 Restoran Yang Wajib Anda Singgah Di Bangsar

Mewang awesome betul menu mereka!

Eat Travel Fri, 26 Jul 2019
Eat Travel Mon, 7 Oct 2019

Guna air garam untuk kurangkan masin ikan kering? Eh pelik!

Elak darah tinggi, cubalah panduan ini!

Eat Travel Mon, 18 May 2020
Eat Travel Thu, 6 Dec 2018

Kubu Batu Kering, Machu Picchu Dinobat Tarikan Pelancong Terkemuka Dunia

Machu Picchu telah dibina dalam gaya klasik Inca dengan dinding batu kering yang berkilat.

error: Content is protected !!