Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie June 3, 2019 @ 12:44pm

5 Langkah Elak Makanan Cepat Basi Ketika Raya

Aidilfitri sering mengundang keceriaan apabila semua adik beradik dan sanak saudara lain berkumpul di bawah satu bumbung setelah lama tidak bersua lantaran masing-masing sibuk bekerja dan menguruskan hidup.

Individu paling gembira tentunya orang tua kita sama ada emak, makcik atau nenek yang sudah pasti merencana sesuatu untuk hidangan anak cucu serta handai taulan yang datang berkunjung.

Bagaimanapun, situasi ini mungkin pernah dilalui antaranya juadah makanan yang disediakan untuk tetamu basi menjelang petang, padahal ia belum sampai 24 jam dimasak.

elak lauk basi

Makanan yang terdedah dalam jangka masa lama boleh basi dalam jangka ma sa empat jam. NSTP/Gambar hiasan

Pun begitu, petua orang lama sering memberi penyelesaian kepada anda yang bertanggungjawab menyediakan hidangan mahupun menu terbaik untuk sesiapa saja yang bakal berkunjung ke rumah ketika Aidilfitri.

Hijab & Heels ada panduan khusus untuk anda lakukan bagi mengelakkan juadah Aidilfitri anda cepat basi dan boleh dihidangkan dengan sempurna untuk tetamu yang berkunjung ke rumah walaupun hari sudah lewat petang.

Berikut adalah 5 langkah yang boleh dilakukan untuk elak makanan cepat basi:

1. Pastikan sudip kering

Guna sudip yang kering antara petua elak makanan jadi basi. NSTP/Gambar hiasan

Gunakan senduk atau sudip yang kering ketika mengacau lauk pauk yang dimasak  kerana titisan air yang terdapat pada senduk atau sudip kayu/besi yang digunakan mungkin tidak bersih.

2. Guna air masak

Jika masakan yang dihasilkan itu jenis yang berkuah dan menggunakan santan kelapa, pastikan anda memerah kelapa menggunakan air yang sudah dimasak dan jika ingin membanyakkan kuah dalam masakan berkenaan, pastikan anda menggunakan air yang sudah dimasak juga.

3. Tumis sehingga bahan masak

Sekiranya menyediakan menu yang memerlukan anda menumis cili atau bawang, pastikan bahan tumisan masak sempurna supaya hasil masakan anda boleh bertahan lama.

4. Elak tutup periuk awal

Apabila makanan sudah masak, padam api dan jangan terus menutup periuk berisi makanan panas kerana hawa panas yang terhasil pada bahagian tudung itu mungkin akan menyebabkan makanan cepat basi.

Lauk basi

Anda disaran supaya memanaskan lauk setiap empat jam bagi mengelak luk menjadi basi. NSTP/Gambar hiasan

5. Panaskan lauk selang 4 jam

Kita lazim menyediakan makanan untuk hidangan tetamu pada awal pagi dan ada sesetengah individu mungkin seawal Subuh. Apa yang perlu anda lakukan selepas empat atau lima jam, elok dihangatkan menu berkenaan agar bakteria tidak ‘bekerja’ merosakkan makanan anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 6 Jul 2018

Jangan Takut Nak Cuba Buat Kek Red Velvet! Jom Try Resipi Ini

Tak mustahil jika anda betul-betul mengikut resipinya.

Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Restoran Ini Perkenalkan Menu Burger Yang Disaluti Kentang Putar & Keju, Gerenti Terliur!

Berasal dari Perancis, hidangan seperti ini dinamakan Aligot Burger.

Eat Travel Tue, 14 Aug 2018

Tak Perlu Travel Jauh-Jauh, 5 Lokasi Percutian Di Asia Ini Dah Cukup Menarik

Mungkin ramai yang tak tahu pun tempat-tempat ini wujud.

Eat Travel Sat, 23 May 2020
Eat Travel Thu, 3 May 2018

Minat Macaron? Cuba Resipi Macaron Strawberry Cheese Ini, Nikmat Dalam Mulut!

Kalau nak beli di pasaran, mahal! Buat sendiri lagi puas bila makan.

Eat Travel Thu, 28 Jun 2018

Baked Cheese Macaroni Ini Memang Sedap, Jom Belajar Masak Sendiri

Jom hidangkan menu Baked Cheese Macaroni ini untuk majlis rumah terbuka anda.

Eat Travel Wed, 8 May 2019
Eat Travel Wed, 8 Jan 2020

Ingin rasa masakan Hong Kong yang asli dan halal? Jom ke restoran ini!

Sajiannya sesuai sangat dengan cita rasa orang Melayu!

error: Content is protected !!