Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops June 7, 2019 @ 3:35pm

5 biskut raya tradisional popular sepanjang zaman. Rasanya menggamit nostalgia!

Ketupat, rendang, lemang, nasi himpit dan kuah kacang merupakan sajian yang paling dinanti setiap kali tibanya Syawal. Bagaimanapun, tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri tanpa deretan biskut raya di atas meja sebagai hidangan untuk tetamu yang hadir berkunjung ke rumah.

Biarpun terdapat lambakan biskut raya moden yang dijual di pasaran, namun biskut raya tradisional tetap menjadi pilihan di hati masyarakat Malaysia.

Jom semak lima biskut raya tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

1. Semperit

biskut raya popular

Foto: AEC

Siapa yang tidak kenal dengan biskut yang berbentuk bunga dengan hiasan ceri di atasnya itu. Rasanya yang manis berlemak dengan teksturnya yang rapuh membuatkan setiap lapisan usia menyukai biskut semperit yang tidak lapuk dek zaman ini.

2. Suji

biskut raya suji

Foto: Bisousatoi

Sebut saja biskut suji, pasti terbayang teksturnya yang gebu dan cair di mulut. Ditambah pula dengan keharuman minyak sapi yang memiliki aromanya yang tersendiri, ternyata biskut suji tetap menjadi pilihan sepanjang zaman.

3. Mazola

biskut raya tradisional

Foto: Resipi Rawang

Memiliki permintaan yang tersendiri, Mazola merupakan antara biskut raya yang ringkas cara pembuatannya. Kepadatan kacang dalam adunannya menjadikan ia sebagai satu juadah kegemaran di hari raya.

4. Batang buruk

kuih batang buruk kuih raya popular

Foto: Myshop

Kuih batang buruk ialah kuih tradisi yang cukup popular ketika sambutan Aidilfitri. Diperbuat daripada tepung gandum, tepung beras, tepung kelapa serta diisi kacau hijau goreng di dalamnya, rasanya yang memang sedap itu ternyata mampu mengatasi rupanya yang kurang menarik. Anda pasti tidak akan berhenti mengunyah!

5. Makmur

kuih raya tradisional

Foto: Pinterest

Biskut makmur antara biskut warisan yang masih popular sehingga ke hari ini. Penyediaannya juga amat ringkas dan mudah iaitu menggunakan tepung gandum, minyak sapi, marjerin serta kacang yang dikisar halus. Rasanya memang menggamit kenangan dan memberi nostalgia yang sukar dilupakan.

Selain kelima-lima kuih di atas, kuih ros, kuih kapit, bahulu dan rempeyek juga adalah antara kuih tradisional yang popular sepanjang zaman. Semoga generasi baru dapat mengenali dan mempelajari resipi biskut tradisional ini agar ia tidak lenyap ditelan zaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Featured Sat, 11 Feb 2023

AJL 37: Bakal Bawa Lagu Mainan Dalam Konsep Paling ‘Gila’, Naim Daniel Tak Akan Menyanyi Di Pentas?

Aikk? Tak nyanyi atas pentas? Kerja gila apa yang Naim nak buat niii 😱😱😱 Nervousnya AJL 37!

Featured Fri, 5 Oct 2018

Fahami Perbezaan Jenis Gula, Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Untuk Tubuh Anda

Gula jenis fruktosa adalah yang paling asli dan berupaya membekalkan tenaga dan sangat menyihatkan tubuh.

Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Soal Jaga Batas Ini Kalau Boleh…” – Tajul Elak Babak Bersentuhan Dengan Wanita

Penyanyi Tajul Ariff yang kini semakin aktif dalam dunia lakonan mengakui dia seboleh-bolehnya mahu mengelak untuk melakonkan babak bersentuhan demi menjaga hati isteri, Nurul Shamieza Eddie. Menurut Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md […]

Featured Thu, 19 Jun 2025
Events Fri, 10 Oct 2025

Aktivis Freedom Flotilla Ditampar, Ditendang & Dicengkam Secara Agresif Oleh Pihak Isr**l

Beberapa aktivis mengalami layanan tidak berperikemanusiaan

error: Content is protected !!