Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom June 11, 2019 @ 12:00pm

Pilih kain tenun daripada penjara, Raja Permaisuri Agong sekali lagi sentuh hati rakyat jelata

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sekali lagi menyentuh hati rakyat jelata apabila berkongsi khabar gembira bahawa baginda menyarungkan persalinan yang ditenun khas oleh penghuni (banduan) Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang pada upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang akan diadakan pada 30 Julai ini.

Baginda menyuarakan hal itu menerusi laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi dan mendapat pujian daripada sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengikuti baginda di Twitter, sehingga diulang siar sebanyak 2,737  kali.

Menjadikan persalinan tenun itu bertambah istimewa, baginda juga berkongsi idea dan menetapkan corak tenunan.

Foto: Instagram @cheminahsayang

Memetik laporan Bernama, pemilihan Penjara Penor dan Bentong untuk menghasilkan persalinan Diraja pada istiadat pertabalan itu adalah sebagai tanda penghargaan baginda selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.

“Memang beta mahu penjara yang buat baju untuk beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya.

“Dua minggu sekali beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah kepada Bernama lagi.

Foto: Instagram @cheminahsayang

Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan.

Baginda turut berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.

Tenun Pahang Diraja adalah warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

3 Drama Rantaian Hebat Bakal Buat Penonon Melekat Di TV3!

TV3 tidak pernah menghampakan jutaan peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah yang mengetengahkan jalan cerita yang segar dan menarik. Terbaharu di bulan Ogos, slot Sakura memaparkan kisah seorang gadis yang bertemu dengan jejaka idaman […]

Trending Thu, 10 Jun 2021
Featured Wed, 22 Sep 2021
Featured Mon, 13 Sep 2021
Trending Sat, 18 Dec 2021

Tawar Hadiah Wang Tunai, Skuad Didik Beri Peluang Murid Jadi Wartawan Penyiaran

Saluran hub pendidikan Malaysia, DidikTV KPM, menerusi platform ntv7 kini memberi peluang kepada murid-murid berusia antara 7 hingga 17 tahun untuk menjadi wartawan penyiaran muda! Aktiviti menarik ini dianjurkan khas untuk memberi pendedahan awal kepada […]

error: Content is protected !!