Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops June 13, 2019 @ 11:00am

Cuba buat nuget kubis bunga berinti keju yang sihat ini, anak anda pasti suka!

Memandangkan kanak-kanak sering didedahkan kepada snek yang kurang sihat, anda sebagai ibu bapa perlulah memantau pemakanannya.

Salah satu cara bagi memastikan anak anda makan makanan yang sihat ialah dengan memasak sendiri hidangannya.

Adakah anda sedang mencari satu resipi untuk snek sihat tetapi ringkas yang anda boleh ikuti? Tonton sahaja tutorial di bawah ini.

Ia menunjukkan cara-cara untuk membuat nuget yang berasaskan kubis bunga dan keju. Tiada daging haiwan yang terlibat, jadi kandungannya semestinya lebih berkhasiat.

Caranya sangat mudah hingga anak anda sendiri pun boleh menolong anda menyediakan snek ini di dapur. Jom cuba!

Bahan

  • 1 biji kubis bunga, dikukus
  • 1 biji telur
  • ¾ cawan serbuk roti
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 2 sudu besar daun parsli kering
  • 12 biji kiub keju cheddar, bersaiz 1 inci setiap satu
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 2 biji telur, dipukul
  • 1 cawan serbuk roti

Cara penyediaan

  1. Panaskan ketuhar ke suhu 180°C.
  2. Di dalam mangkuk, hancurkan kubis hingga rata.
  3. Masukkan telur, ¾ cawan serbuk roti, garam, lada hitam, serbuk bawang putih dan parsli. Kacau dengan garfu hingga bergabung. Simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit.
  4. Ambil sedikit adunan dan uli menjadi bentuk nuget. Masukkan sebiji kiub keju cheddar di tengahnya dan mampatkan.
  5. Celup setiap nuget di dalam tepung, kemudian telur yang dipukul dan akhir sekali ke dalam serbuk roti.
  6. Susunkan di dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak.
  7. Bakar selama 18 ke 20 minit; terbalikkan nuget di separuh jalan. Lengser nuget dengan minyak untuk nuget yang lebih perang.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 19 Nov 2018

Meluncur Di Gunung Berapi, Apa Macam Ada Berani?

Gunung ini adalah sebuah gunung berapi muda yang wujud pada 1850 dan mempunyai radiasi aktif.

Eat Travel Thu, 27 Dec 2018
Eat Travel Sun, 4 Aug 2019
Eat Travel Wed, 13 Mar 2019

20 of the most colourful places on earth

Look at these gorgeous photos!

Eat Travel Thu, 18 Oct 2018
Eat Travel Wed, 17 Jul 2019
Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Eat Travel Tue, 23 Oct 2018

Jom Buat Dessert Creme Brulee Dengan Menggunakan 3 Bahan Saja! Ini Resipinya

Dahlah bahannya tak banyak, nak buat pun mudah sangat.

error: Content is protected !!