Euforia Bola 2026
Acara By: Fadzlena Jafar June 24, 2019 @ 2:41pm

Bengkel i-Skil Hijab & Heels-ASNB bantu lahir usahawan wanita

Seramai hampir 150 wanita menyertai Bengkel i-Skil Hijab & Heels yang dibawakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), baru-baru ini.

Program yang membabitkan tiga kemahiran asas iaitu Lukisan Henna, Tatarias dan Pengacaraan itu berlangsung selama dua hari di IPGKBA Kuala Lumpur.

Kursus Pengacaraan dikenalikan Azimin berjaya tingkatkan keyakinan peserta.

Bagi Kursus Pengacaraan, peserta didedahkan dengan teknik lontaran suara dan cara menghasilkan skrip bagi meningkatkan keyakinan peserta untuk mengacarakan majlis khususnya acara rasmi dan separa rasmi.

Kursus berkenaan yang dikendalikan oleh Mohd Anizi Ikman Amran daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut menyediakan sesi latihan amali apabila setiap peserta dikehendaki mengacarakan majlis sepanjang sesi berkenaan.

Kursus Tatarias sempena Bengkel i-Skil Hijab&Heels- ASNB dikendalikan Mea Sukri.

Kursus Tatarias yang dikendalikan Mea Sukri daripada Mea Sukri Makeup Academy menyediakan panduan dan teknik solekan bagi solekan harian dan solekan majlis rasmi, manakala Lukisan Henna dikendalikan Norren Samat yang menyediakan modul bagi membantu peserta mahir melukis pelbagai corak menarik sama ada untuk majlis ataupun perkahwinan.

Noreen membantu peserta untuk menghasilkan lukisan henna.

Seorang peserta Kursus Lukisan Henna menunjukkan corak inai yang dihasilkannya.

Bengkel i-Skil Hijab & Heels kali kelima anjuran Unit Gaya Hidup Jabatan Pembangunan Perniagaan Digital The New Straits Times Press itu diharap dapat membantu wanita dan pelajar institusi pengajian tinggi menjana pendapatan sampingan menerusi kemahiran yang dipelajari.

Sebelum ini program sama turut diadakan di Universiti Utara Malaysia, Universiti Multimedia Melaka, IPG Temenggung Ibrahim dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Peserta Kursus Tatarias bergambar kenangan sejurus tamat kursus.

Sementara itu, ASNB turut menganjurkan program tanggungjawab sosial korporatnya, Kem Genius Labur khusus untuk calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan kira-kira 270 murid dari sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

Program dua hari yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu membabitkan pengisian seperti ceramah Pengurusan Kewangan oleh ASNB untuk ibu bapa peserta dan teknik menjawab soalan bagi empat mata pelajaran.

Sebahagian daripada 270 calon UPSR yang menghadiri Kem Genius Labur kendalian ASNB.

Selain itu, peserta Bengkel i-Skil dan ibu bapa peserta Kem Genius Labur turut berpeluang membuka akaun serta mengemas kini pelaburan yang dikendalikan kakitangan ASNB.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Fri, 6 Aug 2021

Noraini Ahmad Umum Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Berkuat Kuasa Serta Merta

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Ahli Parlimen Parit Sulong itu akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 3 Ogos lepas. […]

Featured Mon, 24 Mar 2025
Featured Mon, 6 Mar 2023
Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Fri, 13 Jan 2023

[VIDEO] Pertama Kali Live Di TikTok, Jep Sepahtu Teruja Terima Pelbagai Gift Dari Pengikut!

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu sering menghiburkan hati ramai penonton dengan gelagat lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan Jep teruja apabila menerima gift oleh pengikutnya di platform TikTok. Menerusi hantaran tersebut, Jep […]

Events Fri, 27 Jan 2023
Featured Fri, 3 Jan 2025

“Kalau Dah Tak Ada Persefahaman Mengapa Perlu Teruskan” – Hafiz Suip Mengaku Kini Dalam Proses Bercerai

Hafiz mengaku masalah rumah tangga ii sudah berlanjutan selama setahun.

Acara Thu, 29 Mar 2018

Gegaran Dirasai Di KL Sabtu Ini, Siap Sedia Warga Kota!

Gegaran bakal dirasai di Kuala Lumpur pada 31 Mac ini? Bawa bertenang, jangan panik! Ini kerana apa yang akan menggegarkan warga KL pada Sabtu ini ialah festival hipster abad ini iaitu Gegaria Fest.

error: Content is protected !!