Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom June 26, 2019 @ 1:00pm

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Lambakan vitamin dan makanan tambahan untuk kecerdasan otak di pasaran dengan ramuan serta formula yang dijalankan secara klinikal, menyaksikan produk seumpama ini mendapat permintaan yang cukup tinggi di pasaran ekoran adanya keyakinan pengguna.

Sedangkan, makanan untuk kecerdasan otak boleh didapati melalui bahan mentah masakan kita antaranya sayuran, kekacang, ikan dan daging.

1. Saderi

Foto: Ontario Farm Fresh

Kaya dengan luteolin iaitu sebatian tumbuhan yang boleh menenangkan keradangan di dalam otak manusia.

2. Brokoli

Foto: unlockfood.ca

Sumber terbaik choline (zat gizi esensial yang sering disebut vitamin B4). Pengambilan choline semasa mengandung boleh meningkatkan fungsi kognitif, meningkatkan daya ingatan. Selain itu mengurangkan penurunan memori kelemahan otak.

3. Walnut

Foto: Organic Factsn

Sumber terbaik berasaskan tumbuhan omega-3 lemak, phytosterols semula jadi dan antioksidan. DHA khususnya adalah sejenis omega-3 lemak yang boleh meningkatkan fungsi otak dan menggalakkan penyembuhan otak.

4. Ikan Salmon

Foto: dictio.id

Mengandungi asid lemak Omega 3, baik untuk otak dan meningkatkan fungsi otak terhadap orang dewasa usia produktif.

5. Kacang Garbanzo

Foto: La Opinión

Satu sumber makanan terbaik yang mempunyai magnesium. Magnesium berfungsi untuk mempercepatkan penghantaran pesanan ke reseptor sel otak dan menenangkan saluran darah yang membolehkan aliran darah lebih baik ke otak.

6. Daging Merah

Foto: Portal Berita

Daging merah seperti daging lembu adalah sumber terbaik vitamin B12 yang penting untuk otak berfungsi secara sihat. Mereka yang kekurangan vitamin B12, mempunyai otak yang lebih kecil serta boleh menyebabkan pengecutan otak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 May 2025
Featured Sun, 3 May 2020
Eat Travel Thu, 6 Dec 2018
Featured Wed, 12 Oct 2022
Featured Fri, 1 May 2020
Featured Thu, 19 Sep 2019
Featured Thu, 13 Mar 2025

Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Hadiah berjenama mewah itu tertera pangkal huruf ‘A’ mewakili namanya.

Drama Fri, 14 Mar 2025

Adrea Abdullah ‘Ustazah’ Dalam Keluarga Itu Terkejut Terima Mesej L*cah – “Entah Macam Mana Dia Boleh Naik Syok”

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.

error: Content is protected !!