Oh Lawa By: Ad Ops July 15, 2019 @ 5:00pm

Trend kasut untuk 2019 yang patut anda tahu

Aliran fesyen yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa bukan sahaja terhad kepada rekaan busana, tetapi juga kasut yang tampil dalam pelbagai bentuk dan gaya. 

Setiap tahun, jenama fesyen terkemuka tampil dengan rekaan baharu di pentas peragaan yang akan dijadikan sebagai inspirasi oleh pereka fesyen dan jenama pengeluar pakaian di seluruh dunia dalam menghasilkan rekaan bagi butik mereka.

Bagi peminat fesyen yang gemar mengikut aliran terkini, masih belum terlambat untuk mengikut gaya yang sudah dipopularkan pada tahun 2019.

Tahukah anda jenis-jenis kasut yang menjadi rebutan ramai? Jom ikuti perkongsian majalah Marie Claire.

Sandal bertali nipis

Stail minimalis ini bukan sahaja tampak elegan dan ranggi untuk dipakai ke pejabat, tetapi juga tampak anggun untuk digayakan ketika menghadiri majlis perkahwinan.

Gaya ini didatangkan dalam dua pilihan, iaitu kasut yang bertumit tinggi dan yang tidak bertumit. Pastikan anda cari sepasang kasut yang cukup selesa untuk dipakai.

Kasut berbulu shearling

 

Cuaca di Malaysia sememangnya sentiasa panas dan lembap, tetapi tidak salah untuk bergaya dengan kasut yang diperbuat daripada bulu kambing! 

Rekaannya ringkas, tetapi tampak bergaya apabial dipakai dengan seluar jeans atau khakis. Sesuai juga digayakan untuk majlis koktel atau parti yang memerlukan anda bergaya santai.

Kasut berbulu pelepah

​​​Rekaan kasut begini mendominasi pentas peragaan musim bunga, baru-baru ini. Antara jenama yang tampil dengan rekaan menarik ini termasuk jenama Valentino ke Prabal Gurung dan Simone Rocha. 

Bulu-bulu ini bukan sahaja menghiasi bahagian depan kasut, malah bahagian tumit dan tali yang menjadikan kasut berkenaan tampak lebih bergaya.

Kasut berinspirasikan jenama Teva

 

Jika anda ingin beralih kepada rupa yang sedikit sporty, kasut sandal berjenama Teva adalah pilihan yang sesuai. 

Pereka fesyen ternama menggunakan idea tali velkro bersilang ini untuk menghasilkan versi yang lebih anggun. Ada yang menggunakan tapak platform, dan ada juga yang tampil dengan tali berkilat. 

Kasut berkancing

Kancing menambahkan elemen edgy kepada kasut tumit rendah dan kasut tumit tinggi (stilettos) yang lebih feminin. Antaranya, Alexander McQueen yang menampilkan kasut dengan tiga kancing untuk pertunjukan fesyen jenamanya, manakala Sies Marjan pula menghasilkan rekaan kasut empat tali kancing yang tampak ranggi. 

Jika anda belum bersedia, gunakan kasut dengan satu kancing sahaja. Tetapi jika anda menggunakan banyak kancing, sediakan sedikit masa untuk memakainya setiap kali. 

Kasut bercorak sulaman

Kasut dengan motif sulaman bunga yang rumit memberi ilusi rupa kotak barang kemas vintaj ataupun gaun mewah seperti yang dipakai oleh Blake Lively di acara Met Gala untuk tahun lepas. 

Bagi koleksi musim bunganya, Michael Kors memasukkan elemen sulaman pada kasut sandal platform keluaran jenamanya. 

Elemen ini juga dapat dilihat pada kasut but dan kasut sarung (mules). 

Kasut tumit berstruktur

Memang tampak pelik tetapi inilah reka bentuk yang kian popular dalam kalangan peminat fesyen antarabangsa. Pelbagai rekaan dengan motif geometri ada!

Mereka menambahkan elemen ‘drama’ kepada penampilan keseluruhan anda, justeru tidak perlu memakai pakaian yang berlebihan. Jeans dengan kemeja T sudah mencukupi. Biarkan kasut anda memukau sesiapa yang memandang.

Kasut bertali kapal

Kasut gaya ini memang seperti tenunan tali kapal! Ia sesuai dipadankan dengan skirt atau gaun panjang dan dipakai ketika bercuti di tepi pantai.

Rekaan yang menarik ini sesuai digayakan apabila anda ingin kelihatan santai dan kasual.

Kasut sniker tebal dan terang

Model yang dipilih untuk pertunjukan fesyen tidak semestinya memakai kasut yang feminin atau elegan ketika berada di pentas peragaan. Sejak beberapa musim lalu, pemakaian kasut sniker di pentas sudahpun menjadi kebiasaan bagi acara-acara fesyen terbesar dunia.

Fesyen terkini yang mendapat sambutan ialah kasut sniker yang pelbagai warna. Jangan sangka tiada orang yang meminati gaya ini! Sekurang-kurangnya si pemakai akan berasa lebih selesa daripada memakai kasut bertumit tinggi.

Jadi, kasut jenis apa yang anda akan cuba?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 12 Sep 2018

Ilustrator Ini Hasilkan Potret Rekaan Gaun Menggunakan Kelopak Bunga. Super Gorgeous!

Elemen kelopak bunga yang ditampilkan menerusi ilustrasi fesyen rekaannya memang kreatif!

Oh Lawa Fri, 19 Jan 2018

Tip Fesyen Untuk Tampak Tinggi

Fesyen bukan sahaja boleh mempengaruhi penampilan individu, malah ia boleh memberi kuasa magis kepada sang pemakai. Menerusi cara berpakaian, seseorang wanita itu boleh kelihatan tinggi, gemuk dan sebaliknya.

Featured Fri, 22 Mar 2019

Ingin membeli barang kemas pada harga mampu milik? Nazrin Jewellery ada jawapannya

Dapatkan pelbagai rekaan aksesori emas pada harga murah

Oh Lawa Sat, 12 May 2018

Ketahui Tanda-Tanda Produk Kecantikan Yang Tidak Elok Pada Kulit Anda

Sebelum guna produk kecantikan, anda perlu tahu sama ada produk tersebut bahaya ataupun tidak. Jangan sesuka hati guna saja.

Featured Mon, 16 Mar 2020
Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
Featured Fri, 7 Jun 2019

‘Kelembapan’ kata kunci sebenar untuk miliki kulit cantik

Nak cantik? Ketahui perkataan asas yang perlu anda ingat.

Featured Tue, 12 May 2020
Oh Lawa Tue, 10 Apr 2018

Belajar Teknik Contouring Dan Highlighting Mudah Mengikut Bentuk Muka Anda

Kalau nak bentukkan muka supaya nampak kurus, teknik contouring dan highlighting memang efektif.

Featured Thu, 22 Aug 2019

Manfaat teh hijau untuk kulit

Senangnya nak cantik!