Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 17, 2019 @ 4:00pm

Kejutan filem Kingdom pasti membuatkan penonton terpaku!

Jika melihat posternya, anda mungkin membuat andaian bahawa Kingdom adalah sebuah cereka yang serius. Lebih-lebih lagi apabila semua karakternya tampil dengan wajah yang serius, seolah-olah hendak makan orang!

Begitulah juga tanggapan penulis sebelum memasuki panggung, tetapi sebaik filem ini bermula, penonton diberi kejutan.

Rupa-rupanya di sebalik babak-babak aksi yang serius itu, terselit elemen komedi! Lebih menarik, lawak-lawak yang ditonjolkan menjadi dan membuatkan penonton bergelak ketawa!

Secara peribadi, penulis tidaklah begitu menggemarkan filem aksi, tetapi apabila digabungkan dengan unsur-unsur lucu, terus rasa seronok nak tengok filem ini.

Kisah yang mengagumkan

Kingdom adalah adaptasi daripada siri manga popular hasil lukisan Yasuhisa Hara yang diterbitkan pada 2006.

Filem ini menggambarkan negara China pada zaman dahulu kala ketika negeri-negerinya asyik berperang.

Hidup jauh di kawasan perkampungan ialah seorang hamba yatim piatu bernama Shin (Kento Yamazaki).

Dia berazam untuk untuk lari daripada realiti itu dan menjadi seorang jeneral askar yang disegani.

Pada suatu malam, dia dipertemukan dengan Eisei (Ryo Yoshizawa), seorang lelaki muda yang ditakdirkan untuk menjadi Maharaja Qin, tetapi takhtanya dirampas.

Shin dan Eisei bergabung tenaga untuk menewaskan musuh, sekali gus membuka laluan untuk menyatukan negara China.

Dari segi penceritaan untuk filem Kingdom, pengarah dan penulis lakon layarnya ternyata bijak dalam mengolah filem berkenaan bagi memastikan penonton terus terpaku.

Penonton mungkin tertanya-tanya mengapa Eisei ingin merasmpas kembali takhtanya. Dia bukan sekadar hendak memerintah negerinya, tetapi sebenarnya ada sebab yang lebih mendalam.

Shin pula bercita-cita tinggi untuk menggunakan bakatnya dalam menghunus pedang di medan perang demi memenuhi permintaan mendiang sahabat karibnya.

Hasrat mereka berdua ini diterangkan dengan jelas supaya penonton mampu mengikuti jalan ceritanya dengan penuh asyik.

Eisei (tengah) perlu mendapatkan semula takhtanya yang dirampas.

Adegan dan watak yang memukau

Terselit dalam penceritaan Kingdom adalah adegan dramatik yang meruntun jiwa. Dengan ini, anda akan lebih memahami isi hati watak-watak filem ini.

Selain itu, ada juga elemen tegang yang membuatkan hati penonton berdebar-debar, justeru anda pasti ternanti-nanti pelbagai jenis kejutan yang membuatkan jalan cerita ini lebih menarik.

Ada kalanya mungkin anda boleh mengagak jalan cerita seterusnya, namun tanpa disangka-sangka jalan cerita seterusnya menyimpang daripada ramalan itu!

Ternyata lebih kurang 80 peratus daripada babak dalam filem ini melibatkan aksi pukul-memukul. Tidak keterlaluan jika dikatakan bakat menghunus pedang yang ditonjolkan oleh pelakon-pelakon memang mengagumkan!

Bakat menghunus pedang yang ditonjolkan oleh pelakon filem ini memang mengagumkan.

Selain itu, ada pelbagai watak yang akan menarik perhatian penonton. Antaranya ialah watak lucu Shin yang jujur, tetapi sedikit kurang ajar. Boleh dikatakan watak Shin berjaya menghidupkan filem berkenaan.

Eisei pula mempunyai perwatakan serius dan sentiasa kelihatan macho. Penampilannya membuatkan ramai penonton termasuk penulis tertarik dengan ketampanannya!

Beberapa watak lain yang menampilkan sisi jahat ternyata berjaya menimbulkan kebencian penonton. Antaranya ialah Shoubunkun, seorang pendekar yang tidak mempunyai sebarang belas kasihan.

Ada juga watak yang penuh misteri seperti Jeneral Ouki (Takao Osawa), bekas jeneral perang negeri Qin. Wataknya membuatkan anda tidak pasti sama ada dia sebenarnya seorang yang baik atau sebaliknya!

Apa yang penting, setiap watak diberi peluang yang cukup untuk memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan filem ini.

Watak Jeneral Ouki membuatkan penonton kurang pasti sama ada dia seorang yang baik atau jahat.

Filem yang ‘mahal’

Tahukah anda? Penghasilan filem ini menelan belanja 1 bilion yen (melebihi RM38 juta). Wah, jangan main-main!

Semestinya teknologi imej janaan komputer (CGI) banyak memainkan peranan, tetapi yang penting semua aspek filem ini dilaksanakan dengan cantik sekali dan penuh teliti.

Contohnya, setiap lokasi pengambaran dan kostum yang dipakai oleh pelakon tampak asli dan serasi dengan zaman penceritaan filem ini.

Kombinasi penceritaan, perwatakan dan estetik yang mempersonakan terus menjadikan Kingdom sebuah filem yang patut ditonton oleh peminat filem.


KINGDOM

  • Pengarah: Shinsuke Sato
  • Pelakon: Kento Yamazaki, Ryo Yoshizawa, Takao Osawa, Masami Nagasawa, Kanna Hashimoto, Kanata Hongo, Masahiro Mitsushima
  • Pengedar: Primeworks Studios
  • Bahasa: Jepun
  • Sarikata: Bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, bahasa Cina
  • Durasi: 134 minit
  • Klasifikasi: P13
  • Bintang: 4.5

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 May 2022

Bekas Suami Ziana Zain Terlepas Hukuman Penjara

Armin Zaharin digugurkan hukuman penjara lapan bulan tetapi dikenakan denda sebanyak RM8,000.

Featured Wed, 24 Jan 2024

Adi 6ixth Sense Dan Azmi Saat Bergabung, Duet Dalam Lagu Jingle Berjudul ‘Wahdinii’

Wah, kalau bulan puasa famous dengan jingle Yusuffff Taiyooob, ni baru pulak Wahdiniiiiiiiii❤️

Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Gaya Hidup Sun, 12 Aug 2018
Events Wed, 18 Jan 2023

Hafidzah Hassan Tampil Buka Mulut Isu Penarikan Diri Libatkan Kes Siti Bainun -“Peguam Tarik Diri Perkara Biasa”

Susulan perbicaraan kes melibatkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, yang dilaporkan kini bersendirian tanpa diwakili peguamnya masih menjadi tanda tanya rata-rata masyarakat sehingga ke hari ini. Malah, sebelum memulakan prosiding perbicaraan pada […]

Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Tue, 19 Aug 2025

Azhar Sulaiman Persoal Keberadaan Derma Ratusan Ribu Ringgit Buat Mangsa Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Beratus ribu ringgit juga lah Behar tolor salurkan kepada tahfiz kelolaan ustaz di Bukit Keramat,”

Featured Sat, 27 Apr 2024

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️

error: Content is protected !!