Featured By: Ad Ops August 23, 2019 @ 12:00pm

ABPBH32: Jom undi untuk Pelakon TV kegemaran anda!

Pelbagai drama Melayu popular telah menghiasi kaca televisyen Malaysia pada tahun lepas. Bagi anda yang sering mengikuti siaran TV sebegini, anda pasti tahu mengenai pelakon mana yang bagus dan patut diberi pengiktirafan.

Jika anda sudahpun mempunyai pelakon yang anda gemar, bagus! Anda bolehlah undi mereka untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)!

Edisi ke-32 bagi acara tahunan yang gempak ini akan berlangsung pada 22 September di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung di saluran TV3.

Dua daripada 13 kategori utama yang dipertandingkan ialah Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa dan Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa.

Untuk tahun lepas, pasangan suami isteri Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin telah membawa pulang trofi bagi kategori ini. Untuk tahun ini, siapa pula?

Calon Top 5 Pelakon TV Lelaki yang diumumkan pada 16 Ogos lalu ialah Fattah Amin, Fendy Bakry, Izzue Islam, Remy Ishak dan Syafiq Kyle. Bagi kategori Pelakon TV Wanita pula ialah Azar Azmi, Janna Nick, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Zahirah Macwilson.

Hebat-hebat semuanya! Adakah pelakon kegemaran anda turut tercalon? Jika ya, jangan lupa untuk mengundi di laman sesawang www.abpbh.com.my.

Jika anda belum pasti siapa yang anda mahu undi, jom baca mengenai penglibatan calon-calon yang disenaraikan di atas di kaca televisyen.

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa

Fattah Amin

Foto: NSTP

Pada tahun lepas, Fattah telah muncul di dalam drama bersiri Dia Anak Jeneral untuk saluran RTM2 di samping Niena Baharun, dan juga Isteri Bukan Untuk Disewa bagi Astro Ria bersama Tiz Zaqyah.

Sebelum itu, populariti Fattah melonjak naik disebabkan oleh gandingannya bersama Neelofa di dalam siri Suri Hati Mr Pilot pada 2016. Untuk lakonannya, Fattah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Popular di Anugerah MeleTOP Era.

Menghangatkan lagi statusnya sebagai seorang pelakon ialah drama Hero Seorang Cinderella (2017) yang turut membintangi Fazura. 

Dapatkah Fattah pertahankan gelaran juara bagi kategori Pelakon TV Popular ABPBH? Anda tentukan.

Fendy Bakry

Foto: NSTP

Anak kelahiran Kangar ini pernah membintangi drama siri seperti Teksi Love, Kuntom dan Kerna Syurga Bukan Percuma (yang mana beliau diberi jolokan ‘Abang Surau.’

Tetapi popularitinya terus meningkat setelah beliau muncul dalam siri Mr Grey yang ditayangkan di Astro Ria tahun lepas. Drama Fendy yang seterusnya, Kan Kukejar Cinta Kamu, pun tidak kurang hebatnya bagi peminat drama Melayu.

Dengan rupa yang boleh tahan kacak, berkulit sawo matang dan tinggi, Fendy buat ramai wanita cair! Kerana impak yang ditinggalkan amat kuat, bekas peserta Hero Remaja 2011/12 ini pun dinobatkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular di acara ABPBH 31.

Adakah anda rasa pelakon ini bakal mengungguli kategori Pelakon TV Lelaki Popular? Keputusannya di tangan anda.

Izzue Islam

Foto: NSTP

Siapa tak kenal Izzue? Bekas ahli kumpulan Forteen ini mula membina nama dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan pada 2010.

Beberapa drama, telemovie dan filem kemudian, populariti Izzue melonjak naik apabila dianugerahkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik untuk filem 29 Februari di Festival Filem Malaysia ke-25 pada 2013.

Untuk platform TV pula, Izzue dan cast untuk drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia membawa pulang anugerah Barisan Pelakon Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama.

Beliau turut memenangi anugerah Antagonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-4 untuk drama Patahnya Sebelah Sayap. Hebat!

Tahun lepas, antara projek lakonan Izzue yang mendapat sambutan adalah siri Jangan Benci Cintaku dan telemovie Abang Kandung. Mampukah Izzue merangkul trofi Pelakon TV Lelaki Popular kali ini?

Remy Ishak

Foto: NSTP

Remy Ishak

Bakat lakonan Remy memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Beliau terkenal sebagai salah seorang pelakon tanah air yang tersohor menerusi pelbagai karya TV dan filem.

Beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem KL 2018 bagi lakonannya di dalam filem Pulang. Untuk Anugerah Skrin 21 pula, beliau dianugerahkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) bagi telemovie Pesan Dari Tuhan. Popularitinya juga tinggi hingga beliau memperoleh anugerah Pelakon TV Lelaki Popular di ABPBH 24 pada 2011.

Tahun lepas, beliau bergandingan dengan pelakon Mira Filzah dalam dua drama bersiri iaitu Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda. Sweet dan penuh dramatis!

Jika anda rasa bakatnya patut diiktiraf, jangan lupa undi untuk ABPBH 32!

Syafiq Kyle

Foto: NSTP

Salah satu drama bersiri yang menjadi sebutan hangat pada tahun lepas ialah Nur, sebuah siri terbitan TV3 dengan lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli.

Jalan ceritanya cukup meruntun jiwa hingga ia menjadi topik trending dan berjaya meraih seramai 11 juta orang penonton sepanjang siaran 19 episodnya.

Drama ini menonjolkan lagi bakat Shafiq sebagai watak lelaki utama bagi drama Melayu. Untuk lakonannya, beliau dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di acara Anugerah Skrin 22 dan Aktor Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019.

Selain Nur, Shafiq juga telah muncul dalam siri Tak Ada Cinta Sepertimu, Pelangi Cinta, Mocha Kau Bahagia 2 dan Budak Usin. Adakah lakonannya cukup memberikan impak?

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa

Azar Azmi

Foto: NSTP

Walaupun namanya tak sepopular pelakon wanita lain dalam kategori ini, Azar nampaknya telah meninggalkan impak yang cukup kuat hingga dirinya tercalon untuk ABPBH 32.

Ternyata, popularitinya semakin meningkat terutamanya setelah memegang watak pelacur Juita di dalam drama Nur 2 yang besar kemungkinan penonton tidak dapat lupakan.

Sebelum itu, Azar juga banyak berlakon di dalam drama Melayu terkemuka seperti Pujaan Hati Kanda dan Cinta Fatamorgana. Turut mendapat sambutan ialah drama bersiri Terbaik Dariku yang berjaya mengumpul sebanyak 10 juta tontonan. Hebat!

Adakah anda rasa lakonannya lebih bagus daripada lakonan calon-calon lain? Jika ya, cepat undi untuk Azar!

Janna Nick

Foto: NSTP

Bakat pelakon ini ternyata sudah terbukti menerusi kemenangannya untuk kategori Aktres Pilihan bagi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur sebanyak tiga kali! Kemenangan ini ialah untuk drama Kau Aku Kita (2016), Biar Aku Jadi Penunggu (2018) dan Semerah CInta Humairah (2019).

Selain itu, ada banyak lagi drama dan telemovie yang telah menonjolkan bakat pelakon kelahiran Kedah ini. Bagi anda yang biasa menonton lakonannya, anda pasti tahu yang Janna sering memberikan 100 peratus usaha dan kreativiti kepada wataknya.

Beliau memiliki sebuah kumpulan peminat tegar yang sering memberi sokongan. Itulah sebabnya Janna pernah menyandang gelaran juara kategori Pelakon TV Wanita bagi ABPBH 30 pada 2017. Bagaimana pula untuk ABPBH 32?

Mira Filzah

Foto: NSTP

Pelakon manis ini berjaya menawan hati ramai penonton drama, tidak kiralah lelaki mahupun wanita, dengan lakonannya.

Ketika ini, beliau menemui anda menerusi drama Sweet Dreams di saluran Astro Ria. Sebelum itu, Mira meninggalkan impak di hati peminat dengan lakonannya di dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda, Lelaki Kiriman Tuhan dan Rahsia Hati Perempuan.

Kerana popularitinya yang tidak henti-henti meningkat, beliau memenangi trofi Artis Baharu Wanita Popular untuk ABPBH 29. Pada 2017 pula, beliau dinobatkan sebagai Aktres Pilihan bagi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur untuk drama Cinta Si Wedding Planner.

Adakah popularitinya mampu menandingi populariti pelakon TV wanita lain dalam kategori ini?

Siti Nordiana

Foto: NSTP

Siti Nordiana mula berkecimpung di dalam dunia seni ketika berumur 15 tahun menerusi bidang nyanyian. Pada masa yang sama beliau turut mengambil projek lakonan.

Bagaimanapun, bakatnya terserlah apabila beliau muncul di dalam drama bersiri Dia Semanis Honey bersama Aliff Satar. Oleh kerana gandingan mereka mendapat sambutan hangat, ia diteruskan menerusi drama Dia Semanis Honeymoon, telemovie Dia Semanis Honey Raya, dan Dia Semanis Honey Muzikal. Selepas itu, mereka berdua muncul lagi dalam drama Klik! Pengantin Musim Salju pula.

Seterusnya Siti Nordiana bergandingan pula dengan Fikry Ibrahim untuk siri Cekelat Semanis Honey yang turut ada drama sambungannya seperti Cekelat Tak Semanis Honey dan Cekelat Honey.

Siti Nordiana pernah mengungguli pertandingan Gegar Vaganza. Mampukah beliau mendapat pengiktirafan dengan bakat lakonannya pula?

Zahirah Macwilson

Foto: NSTP

Lakonan Zahirah Macwilson bersama Saharul Ridzwan di dalam drama Jangan Benci Cintaku menjadi sangat hingga berjaya meraih jumlah tontonan terbanyak pada tahun lalu iaitu 12 juta tontonan! Cayalah!

Selain itu, drama Curi-Curi Cinta lakonan Zahirah bersama tunangnya Aiman Hakim Ridza baru-baru ini turut mendapat perhatian ramai. Antara drama lain yang pernah Zahirah bintangi adalah Tak Ada Cinta Sepertimu, Duda Pujaan Dara dan Cik Cinderella Dan Encik Tengku.

Tahun lalu, Zahirah pernah dicalonkan bagi ABPBH 31 untuk kategori Pelakon TV Wanita. Mungkin tahun ini beliau lebih bertuah?

Dah tahu anda nak undi untuk siapa? Hantarkan undian anda di www.abpbh.com.my sebelum 15 September.

Ketahui pemenang bagi kategori Pelakon TV Lelaki & Wanita Popular Alha Alfa melalui siaran secara langsung ABPBH 32 pada 22 September ini di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Mar 2021
Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Sat, 3 Dec 2022
Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Featured Mon, 20 Nov 2023
Featured Fri, 19 Mar 2021

Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Korea Utara hari ini telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram. Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan rasmi yang […]

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] Maria Farida Bukan Punca Pergaduhan Dengan Ibu, Anak Nourul Depp Jelaskan Isu Sebenar

Ayu dengan ibunya pun dah berbaik.. Korang doakan yang baik-baik ok!

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Trending Sat, 12 Jan 2019

Harga Minyak Turun Lagi

Menurut Lim, ​​​​​​​kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik,