Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin August 28, 2019 @ 11:46am

4 bahan bahaya dalam kosmetik

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Penggunaan kosmetik dalam kalangan wanita memang sesuatu yang tidak asing lagi. Ramai yang menggunakannya sebagai satu rutin harian untuk tampil cantik. Sebagai pengguna juga kita perlu tahu apakah bahan yang terkandung dalam kosmetik yang digunakan dan adakah bahan berkenaan sesuai untuk kulit atau perlu dielakkan.

Berapa ramai di antara kita membaca kandungan sesuatu produk ketika membeli?  Kadang-kala kita leka dengan harga dan promosi di pasaran sehingga lupa untuk memeriksa bahan yang terkandung dalam produk tersebut. 

Produk kosmetik yang dicampur dengan bahan kimia boleh menyebabkan kesan sampingan pada kesihatan kulit wajah. Kita seharusnya bijak dalam memilih produk yang mesra pada kulit dan tidak merosakkan serta mencacatkan kulit.

Sebaik-baiknya luangkan sedikit masa membaca bahan kandungan yang terdapat dalam kosmetik yang ingin dibeli kerana mungkin ‘masa’ beberapa saat yang diambil itu sebenarnya masa ‘penyelamat’ kepada kulit anda.

Antara bahan yang perlu dielak ketika membeli sesuatu produk adalah:

1. Haruman

Kebanyakan produk ada tertulis perkataan haruman (fragrance) pada bahagian label di belakangnya. Apakah sebenarnya haruman ini? Ia adalah pewangi atau pewarna yang dimasukkan ke dalam produk untuk memberi warna atau wangian pada produk yang kita gunakan.

Ia sebenarnya dimasukkan untuk memberi lebih keselesaan pada pengguna tetapi kadangkala kandungan dalam fragrance mungkin boleh memberi reaksi alahan pada kulit dan menjadikan kulit anda bertambah sensitif. Selain itu, ada juga sesetengah fragrance boleh menyebabkan asma.

2. Paraben 

 

Foto: Hellosehat.com

Paraben digunakan sebagai bahan pengawet bagi mengelakkan adanya kulat atau mikroorganisma. Ia  buatan manusia dan bukanlah agen semula jadi. Semestinya ia mempunyai kesan yang buruk ke atas kulit. 

Paraben menghasilkan hormon estrogen yang tidak normal di mana ia dikatakan merangsang kanser payudara. Ia merupakan hormon yang berperanan penting dalam menjaga kesihatan dalaman wanita.

Bagi yang mempunyai kulit sensitif ia akan mengakibatkan ruam dan alahan. Kesan akan terjadi selepas penggunaan pada jangka masa yang panjang. 

3. Alkohol 

Foto: iluminasi.com

Alkohol membantu untuk membuang lapisan kekotoran pada kulit tetapi ianya akan menyebabkan kulit menjadi sedikit pedih apabila digunakan. Alkohol berfungsi menjaga lapisan kulit dan memastikan kulit sentiasa sihat.

Terdapat alkohol baik dan tidak baik.  Alkohol ‘jahat’ inilah membuatkan kulit jadi tersangat kering dan merah selepas digunakan.

Ianya akan menyebabkan kulit hilang perlindungan semula jadi dan memudahkan bakteria menyerang kulit. Kerana itulah, kulit anda akan jadi radang serta timbul jerawat. 

4. Siloxanes

Foto: alodokter.com

Bahan ini  adalah sebahagian daripada keluarga silikon dan boleh ditemui dalam produk penjagaan wajah seperti pelembap, primer dan serum. Ia menjadikan kulit halus dan lembut, membuatkan ia cukup popular dan sering digunakan dalam produk terbabit.

Siloxanes dikatakan berupaya merosakkan rantaian makanan hidupan laut.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Feb 2020

‘Gugur’ perkataan hijab demi tembusi pasaran global!

Go Far by Naelofar, merupakan rekaan yang segar dan moden

Oh Lawa Tue, 23 Jan 2018

Tip Agar Gincu Bibir Kekal Lama

Satu masalah dengan gincu bibir ialah jika ia tidak tahan lama. Kadang-kadang rasa leceh apabila perlu reapply beberapa kali dalam sehari. Jadi bagaimana cara untuk pastikan warna gincu bibir kekal sepanjang hari?

Oh Lawa Thu, 31 Jan 2019
Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Featured Wed, 22 Jan 2020
Oh Lawa Tue, 12 Mar 2019

Klip rambut Scha Alyahya jadi trend satu dunia.  

Stailista dan fesyenista wajib ada klip rambut ini! 

Oh Lawa Mon, 29 Oct 2018

Tubuh Terlalu Kurus? Gayakan 5 Jenis Fabrik Ini Dalam Mencipta Ilusi Tubuh Lebih Mengancam!

Garis melintang dan fabrik knitted antara jenis fabrik yang mampu menutup kekurangan tubuh anda yang terlalu kurus.

Featured Mon, 10 Jun 2019
Oh Lawa Thu, 12 Jul 2018
Oh Lawa Tue, 12 Mar 2019

Gadis ini tiru gaya Neelofa dengan helaian bundle sepenuhnya!

Berbelanja secara bajet pun boleh kelihatan seperti Neelofa.

error: Content is protected !!