Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 11, 2019 @ 12:50pm

Penyedut hampagas terbaharu daripada Philips memudahkan kerja mengemas!

Tugas mengemas rumah seperti  menyedut habuk di kediaman adalah antara rutin yang tidak menggembirakan wanita,  suami atau isteri mahupun si bujang yang menetap bersama ibu bapa kerana aktiviti itu kebiasaannya memakan masa yang agak lama untuk dilakukan dengan sempurna.

Bagi  yang sudah berkeluarga serta mempunyai anak kecil pula, aktivti mengemas rumah ini sama ada digemari atau tidak, yang pasti ia menjadi rutin harian memandangkan perangai anak-anak yang sering menonjolkan kreativiti mereka dengan pelbagai aktiviti permainan yang kadang kala menyebabkan rumah bersepah..

Memahami akan masalah yang dihadapi oleh pengguna pada masa kini, Philips, syarikat teknologi kesihatan telah melancarkan Philips SpeedPro Max Aqua, iaitu penyedut hampagas tanpa wayar 3 dalam 1 yang mampu menyedut habuk serta mengemop lantai pada satu masa.

Pengurus Produk untuk Penjagaan Lantai, Philips Malaysia, Sahil Mehra berkata, inovasi terbaru penyedut hampagas itu dilengkapi dengan muncung penyedut 360 darjah yang mampu  memaksimumkan kerja menyedut habuk dan kotoran di rumah.

“Pembaharuan penyedut hampagas  ini turut dilengkapkan dengan kuasa angin yang pastinya lebih kuat apabila dikuasakan oleh teknologi Powercyclone 8 dan motor digital PowerBlade.

“Apa yang lebih mengujakan, penyedut hampagas tanpa wayar ini turut ditambahkan waktu kerjanya iaitu selama 75 minit, 15 minit lebih lama berbanding produk penyedut hampagas terdahulu,” katanya ketika melakukan demonstrasi pada majlis pelancaran produk berkenaan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Azura Zainal bersama produk terbaru Philips di Petaling Jaya. Foto: NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai produk terbaharu itu, Sahir menambah, butang AquaBoost yang terdapat pada penyedut hampagas itu memudahkan pengguna untuk menggunakan sistem mop dan penyedut hampagas yang digabungkan dalam produk tersebut.

“Butang AquaBoost membolehkan pengguna untuk mengawal sendiri pengeluaran air semasa membersihkan tempat-tempat yang sukar untuk dibersihkan.

“Selain itu, Philips SpeedPro Max Aqua turut membantu pengguna dalam kerja-kerja pembersihan di mana-mana sudut yang sempit dan sukar dicapai dengan rekaan yang memudahkan penukaran dan integrasi antara aksesori-aksesori yang disediakan.

Nicholas Lee (due dari kanan) bersama (dari kiri) Sahil Mehra, Wendy Ho, Muhammad Ali Jaleel dan Azura  ketika melancarkan produk terbaru Philips di Petaling Jaya. Foto: NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden ASEAN Pacific, Nicholas Lee dan Pengurus Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel serta Pengarah Pemasaran Philips Malaysia, Wendy Ho.

Sementara itu, Muhammad berkata Philips sentiasa melakukan inovasi terhadap produk-produknya sesuai dengan kehendak dan keperluan para pengguna dalam meningkatkan gaya hidup mereka.

“Walaupun peralatan-peralatan mengemas rumah bukanlah sesuatu yang kritikal dalam kehidupan, namun tidak boleh dinafikan bahawa usaha membantu pengguna mencapai suasana rumah yang selesa dan bersih, dimudahkan dengan alatan yang efisien dan inovatif mampu menyumbang kepada kesejahteraan emosi,” katanya.

Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan Philips SpeedPro Max Aqua di kedai-kedai yang terpilih pada harga RM2,599. Selain itu, produk ini turut dijual melalui laman rasmi Philips di Lazada.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan produk-produk Philips di Malaysia, sila layari www.philips.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 10 Dec 2022

Safawi Rasid Beri Syifa Melvin Gift Di Live TikTok, Netizen Cakap Sweet!

Pasangan pengantin baru, Syifa Melvin dan Safawi Rasid sekali lagi mencuri tumpuan netizen kerana gelagat manis mereka di media sosial. @fatinhananie Bersemut lah screen phone kita dengan pengantin baru #syifawi ni 😍 #syifamelvin #tiktokviral #racuntiktok […]

Featured Sat, 30 Oct 2021
Featured Mon, 28 Jul 2025

Penuh Aura! Selepas 7 Tahun, Sheila On 7 Kembali Hangatkan Pentas Latihan Pestapora Malaysia

Latihan Pestapora Malaysia 2025 disambut meriah peminat dua buah negara.

Featured Mon, 20 Apr 2026

Black Hanifah Akur Hijab Rindu Belum Ada Rezeki Ke Final AJL40

Black Hanifah akur apabila singlenya berjudul Hijab Rindu gagal melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Featured Thu, 18 May 2023
Featured Thu, 11 Mar 2021
Featured Sat, 11 Oct 2025

Selepas Pulang Dari Misi Gaza, Zizi Kirana Luah Hasrat Ke Makkah & Madinah – “Rasa Nak Duduk Tenang-Tenang Di Sana”

Zizi Kirana meluahkan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah bagi mencari ketenangan rohani.

Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]

error: Content is protected !!