Acara By: tex_admin September 25, 2019 @ 10:48am

Etiqa lancar skim perlindungan penyakit mental yang pertama di Malaysia

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Penyakit mental boleh dianggap sebagai satu ‘barah senyap’ yang menular secara perlahan-lahan dalam masyarakat yang mana anda mungkin tidak menyedari bahawa rakan sepejabat atau jiran bersebelahan rumah mengalami penyakit mental.

Sering kita dengar wanita terutama mengalami penyakit mental akibat beban hidup, masalah rumah tangga mahupun tekanan kerja yang lama-kelamaan membawa kepada kecelaruan fikiran dan lebih memburukkan keadaan mereka tidak menemui jalan penyelesaian terhadap beban berkenaan.

Sehubungan itu, Etiqa melancarkan skim insuran untuk perlindungan penyakit metal yang pertama di Malaysia yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh,  di Dataran Maybank, Bangsar, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Hospital Bahagia, Dr Norhayati Nordin; Ketua Pegawai Agensi Maybank, Shahrul  Azuan Mohamed dan pelakon, Datin Diana Danielle. Pada acara sama, turut berlangsung forum Breaking The Silence of Mental Illness.

Hannah membuat ucapan  ketika pelancaran acara berkenaan. Foto: NSTP/Nik Hariff Hassan

Datin Diana ketika sesi bergambar selepas forum ‘Breaking The Silence On Mental Illness’ di Dewan Serbaguna, Dataran Maybank. Foto: NSTP/NIK HARIFF HASSAN

Dr Norhayati berkata, masalah mental jarang dapat dikesan oleh orang ramai, sebaliknya hanya individu yang mengalaminya sahaja mengetahui bahawa dirinya mengalami gangguan mental dan mungkin dia juga tidak tahu bagaimana untuk keluar daripada belenggu masalah berkenaan.

“Penyakit mental bukanlah satu keadaan gila yang boleh difahami dengan mudah oleh orang sekeliling, sebaliknya ia adalah satu situasi  bagaimana kita mengawal emosi ketika menjalani hidup yang sukar.

“Antara punca berlakunya gangguan mental ialah tekanan yang dialami di tempat kerja, tidak mendapat rehat yang cukup serta kurang tidur,” katanya pada forum berkenaan.

 

Mini forum yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Dataran Maybank                                 NSTP/NIK HARIFF HASSAN

Manakala Datin Diana pula berkongsi mengenai pengalamannya yang pernah mengalami gangguan mental ini.

Katanya kali pertama beliau mengalami situasi gangguan mental ini dua tahun lalu dan tidak mengetahui bahawa apa yang dialaminya itu adalah masalah mental  dan baru-baru ini beliau mengalami gangguan sama.

“Kali pertama mengalami gangguan mental, saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberikan ubat untuk menghilangkan rasa penat.

“Apabila terkena kali kedua, saya mengambil ubat yang sama kerana menyangkakan itu adalah penyakit yang sama, namu tiada sebarang perubahan sehinggalah saya berjumpa doktor sekali lagi dan mengahui saya mengalami ganguan mental,” katanya pada forum sama.

Diana kemudian mengubah  cara hidup dan berkongsi masalah yang dihadapi dengan khalayak yang akhirnya membawa kepada perubahan positif pada dirinya lanjutan daripada perbincangan dengan peminat-peminatnya di sosial media yang banyak berkongsi maklumat dengannya.

Katanya lagi, sepanjang mengalami masalah berkenaan, beliau berasa susah untuk bernafas, sakit badan dan perubahan tingkah laku. Beliau juga telah berkongsi mengenai perkara ini di IGTV di Instagram beliau. 

Di akhir forum tersebut, Dr Norhayati turut berkongsi pendapat agar orang awam perlu tahu serta faham mengenai penyakit mental dan simptom-simptomnya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 4 May 2018

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Maria Farida muncul dengan produk kosmetik yang unik!

Acara Mon, 4 Nov 2019

Keaslian ramuan Herbal Essences diiktiraf oleh Royal Botanic Gardens!

Bagi yang mencari syampu organik, inilah dia

Acara Thu, 2 Mar 2023
Acara Fri, 13 Sep 2019

Bosch Tronic: Peranti pemanas air mandian selamat

Mandian anda pasti akan lebih sempurna

Acara Wed, 13 May 2020

UPSC sumbang 1,000 bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan

Inisiatif bagi hargai pengorbanan mereka

Acara Wed, 5 Jun 2019

Sherry Al-hadad dan Ammar Titan tak puasa? Biar betul!

Ikuti sedutan video Belakang Tabir Jom Kejar Bersama Panasonic!

Acara Tue, 10 Sep 2019

ES Closet International Berhad Bakal Memasuki Bursa Saham Dunia. Wow, hebatnya!

Sejarah bakal tercipta dalam industri fesyen tempatan

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻