Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin September 25, 2019 @ 11:21am

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Sebanyak 32 lukisan karya pensyarah Fakulti Rekaan Komunikasi Visual Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dipertontonkan pada Pameran Harumanis yang menampilkan pelbagai karya abstrak yang menggambarkan keistimewaan Perlis khususnya keunikan harumanis, buah istimewa yang hanya boleh didapati di Perlis.

Perasmian pameran itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Baginda bertitah, pelbagai pihak khususnya sektor swasta tampil menyemarakkan industri seni visual tempatan sama ada menerusi penajaan tau penyediaan ruang untuk berkarya. 

“Kebajikan pelukis negara perlu diberikan perhatian agar usaha mereka untuk mencipta karya besar dan hebat tidak terhenti. Melalui kerjasama dengan pihak korporat, ruang-ruang seni boleh diwujudkan sebagai ruang kerja dan studio mereka, misalnya di kilang, gudang, pusat beli-belah dan juga bangunan serta kediaman kakitangan kerajaan yang tidak digunakan.

“Jika perkara ini boleh direalisasikan, ruang itu boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan baharu yang bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan kepada pelukis, malah turut menjana pendapatan bagi industri pelancongan, seni dan budaya di Malaysia,” titah baginda. 

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua kanan) berkenan merasmikan majlis pameran Harumanis sempena sambutan ASWARA Ke-25 Tahun di ASWARA. NSTP/ASWADI ALIAS.

Baginda bertitah ketika mencemar duli merasmikan Pameran Harumanis di Galeri ASWARA di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada majlis perasmian pameran terbabit ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi; Rektor ASWARA, Prof Madya Sahar Sa’di Hashim dan Kurator yang juga pensyarah ASWARA, Rosyida Mohd Rozlan.

Pameran itu diadakan bersempena dengan  sambutan ulangtahun ke-25 ASWARA dan sebanyak 15 karya daripada pameran itu akan dijadikan sebagai koleksi tetap Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di Perlis. 

Pada majlis itu, baginda turut diberi penerangan oleh pelukis yang mengambil bahagian mengenai karya yang dihasilkan.

Antara karya yang dipamerkan pada pameran Harumanis yang berlangsung di Galeri Aswara.

Sementara itu, Rosyida berkata, pameran berkenaan mengenengahkan subjek lukisan yang merujuk pada budaya, ekonomi, masyarakat dan sosial yang ada di Perlis.

“Walaupun tiada mangga harumanis yang dipamerkan dalam pameran yang menggunakan nama buah terbabit sebagai tajuk, terdapat beberapa karya yang dihasilkan untuk pameran ini yang menterjemahkan intipati buah berkenaan. Begitu pun, ada karya lain yang mengenengahkan tema secara literal mengenai keindahan alam semula jadi di Perlis.

“Di samping itu, pameran ini diadakan bagi menyatakan penghargaan pihak ASWARA kepada Raja Muda Perlis yang sentiasa menyokong pelbagai kegiatan seni oleh pelukis negara,” katanya.

Pengunjung melihat lukisan yang dipamerkan di Pameran Harumanis.

Pameran Harumanis itu yang terbuka kepada orang ramai akan berlangsung sehingga 30 Oktober 2019 di Galeri ASWARA.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018

Breastfeeding Dan Berenang Petua Ramona Zam Zam Rampas Kembali Saiz Asalnya

“The most magical day of my life,” bicara Ramona Zamzam tentang puteri sulungnya, Ivanna Alashkar.

Gaya Hidup Wed, 17 Oct 2018

6 Jenis Makanan Yang Anda Mesti Patuhi Tarikh Luputnya

Bukan semua jenis makanan boleh tahan lebih lama daripada tarikh luputnya.

Featured Wed, 1 Apr 2020

Manfaatkan fasa ke-2 PKP sebaik mungkin

Set minda agar hargai masa duduk di rumah

Featured Fri, 12 Jun 2020
Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Tue, 10 Jan 2023

Tayang ‘Six Pack’ Di TikTok… Atiq Azman Undang Komen Nakal, Peminat ‘Menggelupur’ Tak Senang Duduk

Pelakon kacak, Atiq Azman semakin berani mempamerkan bentuk badan yang sasa di media sosial. @therajaatiqullahSyok sendiri ke tu ♬ Dc usss – Brooke 👩🏼‍🎤 Terbaharu, Atiq telah memuat naik satu hantaran di TikTok dengan menayangkan […]

Featured Wed, 29 Apr 2020

Kesalahan berbeza punca dua wakil rakyat hanya didenda RM1,000

Masyarakat perlu faham istilah undang-undang

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni. Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada […]

Featured Tue, 24 Apr 2018

Awas! Ketahui 6 Jenis Bahan Bahaya Dalam Produk Kecantikan

Sesetengah produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang sangat bahaya bukan sahaja untuk kulit tetapi kesihatan kita.

error: Content is protected !!