Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin September 28, 2019 @ 2:21pm

‘Pearl’ dan ‘boba’ menjadi keras, adakah bahan ini selamat untuk diminum?

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Teh bubble adalah antara minuman yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Kegilaan terhadap teh berisi biji-biji lembut seperti jeli ini juga khabarnya berlaku di seluruh dunia.

Berikutan daripada fenomenan berkenaan, terdapat pelbagai jenama dan kedai tumbuh seperti cendawan selepas hujan bagi memenuhi kehendak umum terhadap minuman yang berasal dari Taiwan itu.

Di samping itu, terdapat juga pelbagai inovasi dilakukan terhadap pembuatan dan perisa yang digunakan oleh penjual minuman ini bagi membolehkan jenama mereka terkenal dalam kalangan pencinta teh bubble.

Terdapat tiga bahan utama yang biasa digunakan dalam pembuatan minuman ini iaitu teh, susu dan juga bebola kecil yang  dikenali sebagai boba ataupun pearl, namun begitu, minuman ini turut tidak boleh lari daripada kontroversi.

Topik mengenai impak kesihatan yang disebabkan oleh minuman ini serta status kehalalannya sentiasa menjadi bahan perbincangan dan pedebatan dalam kalangan masyarakat.

Baru-baru ini, seorang pemilik akaun twitter berkongsi satu video yang memaparkan keadaan bebola boba yang berubah menjadi keras setelah ditinggalkan semalaman di atas permukaan tar konkrit.

Di dalam video tersebut, pelakunya telah menunjukkan keadaan bebola boba yang telah berubah menjadi sangat keras sehinggakan ianya sukar untuk dicabut dan dibersihkan daripada permukaan tar konrit itu.

Pelaku dalam video berkenaan turut menunjukkan bagaimana bebola jeli yang keras itu menghasilkan bunyi seperti batu apabila dibaling ke permukaan tar.

Berikutan kejadian itu, pemilik video telah menimbulkan persoalan berkenaan dengan tahap keselamatan bebola tersebut untuk diminum oleh orang ramai.

Berdasarkan tweet berkenaan, satu akaun twitter dengan nama @ChemEngMy tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan fenomena pengerasan bebola boba dan kaitannya dengan kesihatan.

Menurut ciapan berkenaan, pengecutan dan pengerasan bebola boba seperti di dalam video itu merupakan proses semula jadi yang berlaku akibat daripada pendedahan pada suhu yang panas.

Minuman teh bubble perlu diambil dalam kadar yang sederhana bagi mengelakkan peminumnnya daripada penyakit seperti pneumonia dan diabetes. Foto: popbubbleteabar.com

@ChemEngMy turut menegaskan yang bebola boba tidak akan mengeras di dalam perut seseorang seperti yang ditunjukkan dalam video berkenaan. 

“Tahap suhu pada jalan konkrit yang terdedah dengan terik matahari (seperti yang ditunjukkan dalam video berkenaan) memang jauh bezanya dengan perut kita.

“Kalau tanya saya selamat ke tidak makan boba pearl itu, perut manusia memang dicipta untuk mencerna kanji (bebola boba) dan gula yang masuk ke dalam perut kita.

Dalam balasan ciapan yang sama, @ChemEngMy turut menasihati pengguna agar mengambil minuman teh boba dan pearl dalam kadar yang sederhana bagi menghindarkan diri daripada masalah kesihatan yang tidak diingini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Jun 2026

Individu Dedah Perangai ‘Miang’ Boyfriend, Hafreez Adam Respons Cara Elak Lelaki ‘Noty’ – “Minta Dia Berhenti Jadi B*doh”

Hafreez Adam tampil berkongsi pandangan peribadinya terhadap luahan seorang individu yang mendedahkan sikap kurang menyenangkan daripada teman lelakinya.

Hiburan Wed, 13 May 2026

Himpunkan Lebih 100 Pempengaruh Dari Lebih 20 Negara, All Star Influencers Award 2026 Kembali Dengan Lebih Mega!

Penganjuran kali ini dijangka menjadi antara platform promosi digital terbesar di Asia dengan gabungan lebih 500 juta pengikut di media sosial termasuk Instagram dan TikTok.

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

“It’s A Boy!” – Remy Ishak Teruja Kongsi Momen Bersama Anak

Alhamdulillah, mesti comel baby boy Remy & Ezza ❤️

Featured Mon, 28 Mar 2022

Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Fuh, itu sebabnya bergurau jangan lebih-lebih kan dah mendapat..

Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Featured Tue, 20 Sep 2022
Trending Fri, 2 Nov 2018

Selamat Tinggal JDT, Ke Mana Safiq Rahim Selepas Ini?

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.

error: Content is protected !!