Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom October 7, 2019 @ 8:29am

Guna air garam untuk kurangkan masin ikan kering? Eh pelik!

Ikan masin sering dianggap pembuka selera atau pelengkap hidangan walaupun kadangkala ia juga boleh menjadi ‘lauk’ penting dalam hidangan sarapan seperti pulut kelapa bagi masyarakat di Pantai Timur.

Malah, jika ternampak ikan masin goreng terhidang bersama ulam-ulaman dan aneka lauk pauk, pasti ikan masin yang diserbu dahulu.

Bayangkan di majlis kenduri-kendara, lauk ikan masin kini menjadi menu penting walaupun dalam sebuah perkahwinan moden.

Foto: Grapadi News

Ternyata ikan masin lauk pembuka selera, tetapi apabila terlalu masin bahaya juga untuk kesihatan. Tahukah anda, rasa masin ikan masin atau ikan kering boleh dikurangkan dengan tiga cara supaya anda dapat menikmati hidangan berkenaan dengan lebih sihat.

Hijab & Heels berkongsi tiga cara ini di bawah:

1. Rendam dengan air biasa

Rendam ikan masin dengan air biasa selama 12 hingga 24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang-kurangnya anda perlu menukar air rendaman tiga hingga empat kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak, toskan airnya.

Foto: iStock

2. Rendam dengan air garam

Rendam ikan masim dalam air garam ( dua liter air tambah satu sudu garam). Biarkan selama lima hingga 10 minit. Cara ini akan menjadikan rasa masin akan berkurangan dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masin, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas direndam toskan.

Foto: Grid ID

3. Rendam dengan air panas

Cara ini juga mudah dan cepat untuk mengurangkan rasa masin ikan masin, namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih daripada 10 minit ya! Tos sehingga ia betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.

Melalui tiga cara ini bukan sahaja anda dapat menikmati ikan masin dengan kadar garam yang rendah, malah dapat mengelakkan rasa masin melampau!

Foto: Klines Services

4. Air beras

Rendam ikan kering itu dalam air beras, kemudian basuh dengan air biasa sebelum dimasak.

Foto: Abang brian

5. Surat khabar

Bungkus ikan masin dengan surat khabar kemudian rendamkan di dalam air selama lima minit. Insya Allah ikan masin tersebut akan sesedap rasa.

Foto: World Atlas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 1 Mar 2020
Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Eat Travel Fri, 7 Dec 2018
Eat Travel Mon, 21 May 2018

Nak Belajar Cara Membuat Bubur Lambuk Kampung Baru, Nah Ini Resipinya

Keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru adalah ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan sejak 60 tahun lalu tidak pernah berubah

Eat Travel Mon, 4 May 2020
Eat Travel Sun, 22 Jul 2018

Memang Gebu Hokkaido Chiffon Cake Ini! Anda Boleh Tiru Resepi Ini Untuk Membuatnya

Jom asah bakat memasak anda dengan membuat Hokkaido Chiffon Cake. Gerenti sedap!

Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Nampak Macam Susah Tapi Senang Saja Untuk Buat Kek Mille Crepe! Ini Resipinya

Resipi ini adalah untuk perisa coklat, tapi ubahlah ramuannya mengikut citarasa anda.

Eat Travel Sun, 9 Sep 2018

Seramnya Kek & Pai Ini! Ada Berani Nak Makan?

Walaupun nampak seram, kek ini boleh dimakan!

Eat Travel Tue, 12 Mar 2019

Jangan percaya pada label! Ketahui 5 taktik penipuan syarikat makanan

Pengguna wajib membaca label, ini sebabnya.

error: Content is protected !!