Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin October 30, 2019 @ 3:30pm

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Oleh Amnan Hibrahim

Kemurungan adalah masalah kesihatan mental yang tidak boleh diambil ringan oleh masyarakat Malaysia terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang dalam peringkat usia remaja.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan terhadap remaja yang berumur 13 hingga 17 mendapati satu daripada lima remaja Malaysia mengalami kemurungan, sementara dua daripada lima remaja Malaysia yang berada dalam lingkungan umur berkenaan mengalami masalah kebimbangan bercelaru.

Di samping itu, kajian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat, Jabatan Psikiatri dan Jabatan Perubatan Keluarga, Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati 27.5 peratus daripada pelajar di universiti menghadapi masalah kemurungan yang sederhana, sementara 9.7 peratus lagi menghadapi masalah kemurungan tahap kritikal.

Kedua-dua pemerhatian di atas menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental terutamanya dalam kalangan remaja di Malaysia adalah satu realiti yang perlu dihadapi dan juga diatasi oleh masyarakat Malaysia terutama ibu bapa.

Punca kemurungan

Tekanan belajar antara punca kemurungan dalam kalangan remaja. Gambar hiasan/Sumber: Lifespan

Lazimnya, terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca seseorang remaja itu terdedah kepada risiko kemurungan. Selain peningkatan tanggungjawab dalam kehidupan, tekanan untuk mengekalkan prestasi dalam pelajaran di sekolah juga adalah antara punca yang dikesan menjadi penyebab kepada gejala kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia.

Di samping itu, faktor keturunan juga adalah antara punca yang menjadi penyebab seseorang remaja itu terdedah kepada risiko kemurungan.

Simptom kemurungan remaja

Remaja mahupun kanak-kanak yang menghadapi masalah kemurungan lazimnya akan menunjukkan perlakuan mahupun gaya pemikiran tertentu seperti hilang motivasi dalam kehidupan seharian dan duduk di dalam bilik untuk suatu jangka waktu yang lama.

Selain itu, remaja yang berhadapan dengan masalah ini juga akan tidur secara berlebihan, mengamalkan amalan pemakanan yang tidak menentu serta turut terjebak dengan perlakuan jenayah juvenil seperti mencuri.

Remaja yang suka tidur juga antara simptom kemurungan. Gambar hiasan/Sumber: Medical News Today

Simptom lain yang dikongsikan oleh WebMD dalam usaha mengenal pasti seseorang remaja yang mempunyai masalah kemurungan  adalah: 

  • Bersikap apati; sikap tidak mempunyai belas kasihan atau tidak ambil peduli
  • Selalu mengadu sakit kepala, perut dan bahagian bawah pada bahagian belakang badan
  • Sentiasa penat
  • Mempunyai masalah untuk mengekalkan tumpuan dan membuat keputusan
  • Menunjukkan rasa bersalah yang berlebihan
  • Menghadapi masalah untuk mengekalkan ingatan
  • Berjaga pada waktu malam dan tidur pada siang hari
  • Prestasi pembelajaran yang merudum secara tiba-tiba

Apa yang ibu bapa boleh lakukan

Perkara yang ibu bapa perlu lakukan jika anak mereka dikesan mempunyai tanda-tanda kemurungan adalah dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan di hospital berdekatan.

Khidmat nasihat daripada pakar amat penting kerana masalah kemurungan adalah penyakit yang mempunyai pelbagai jenis dan juga tahap yang perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dilakukan.

Terdapat beberapa kaedah perubatan yang diamalkan oleh pakar dalam menangani kemurungan iaitu melalui ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Pemilihan kaedah rawatan yang digunakan akan dibuat oleh pakar berdasarkan jenis dan juga tahap kemurungan yang dialami oleh seseorang remaja yang menghadapi masalah berkenaan.

Selain itu, perubahan gaya hidup juga boleh mengubati penyakit kemurungan yang dialami oleh seseorang remaja dengan cara menetapkan waktu tidur yang teratur, bersenam secara konsisten dan juga pengamalan diet pemakanan yang sihat.

Ibu bapa adalah insan terbaik untuk membantu anak yang mengalami masalah kemurungan. Gambar hiasan/Sumber: blog.medel.com

Di samping itu, ibu bapa juga perlu lebih peka dengan keadaan mental anak-anak supaya apa sahaja perbuatan yang dilakukan mereka tidak memburukkan lagi situasi dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Ibu bapa seharusnya sentiasa menjalinkan komunikasi yang baik dengan anak-anak di dalam kehidupan seharian. Dengan cara itu, anak-anak akan berasa dihargai dan tidak takut untuk berkongsi masalah mereka dengan ibu bapa.

Keadaan berkenaan hanya akan berhasil sekiranya ibu bapa tidak mempunyai stigma yang negatif terhadap kemurungan, justeru sikap dan pemahaman yang betul oleh ibu bapa adalah sangat penting dalam usaha untuk menangani kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 25 Oct 2018
Featured Tue, 28 Jun 2022
Featured Thu, 22 Apr 2021

“Tidak Bersentuhan” – Amyra Rosli Hormati Pendirian Saharul Ridzwan & Izzue Islam

Pelakon popular, Amyra Rosli mengakui imejnya yang kini bertudung tidak menghalang beliau daripada terus berlakon. Ketika ditanya sekiranya beliau meletakkan syarat dan batas untuk tidak bersentuhan berlakon bersama dengan pelakon lelaki, Amyra mengakui suaminya, Amar […]

Featured Thu, 19 May 2022

Selepas Setahun, Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah & Nama Puteri

Comelnya! Akhirnya Miera Leyana dedah anak perempuannya.

Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

Featured Mon, 28 Apr 2025

“Sebab Tu Jangan Bagi Perempuan Meroyan”- Rita Rudaini

Kata Rita, normal bagi seorang perempuan untuk meluahkan ketidakpuasan hati terutamanya ketika berasa marah.

Eat Travel Mon, 6 Apr 2020
error: Content is protected !!