Featured By: Ad Ops December 13, 2019 @ 4:49pm

Koleksi setem dan figura karakter iringi kejayaan RM20 juta filem Ejen Ali!

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Penjenamaan WAU Animation, Fuad Md Din dan Naib Presiden Kanan Pemasaran Pos Malaysia, Schrene Goh, pada majlis pelancaran Ejen Ali Misi Optimum di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur. Foto: NSTP/AZHAR RAMLI

Ejen Ali The Movie mencetuskan fenomena apabila meraih kejayaan luar biasa menerusi kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa dua minggu. Filem terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation itu mula ditayangkan di pawagam sejak 28 November lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, Ejen Ali The Movie adalah satu penanda aras kejayaan baharu kepada Primeworks Studio apabila muncul sebagai filem yang paling berjaya dalam sejarah Primeworks Studios selama 25 tahun bergiat dalam industri filem. 

ejen ali the movie

“Kami bangga dapat menutup tirai tahun 2019 dengan pencapaian yang hebat apabila berjaya bersaing dengan gergasi industri animasi lain di Malaysia. Kami sangat terharu dengan sambutan orang ramai terhadap filem ini.

“Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua Ejen yang telah bekerja keras sehingga berjaya menakluki dunia animasi. Tanpa anda semua, kami tidak akan mampu mencapainya,” ujar Datuk Ahmad Izham Omar sewaktu ditemui pada majlis pelancaran Ejen Ali Misi: Optimum di Sunway Pyramid baru-baru ini. 

Turut diadakan pada acara tersebut ialah pelancaran koleksi setem serta patung karakter mainan filem Ejen Ali The Movie.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Penjenamaan, WAU Animation, Fuad Md Din dan Naib Presiden Kanan Pemasaran Pos Malaysia, Schrene Goh. 

Sementara itu, Fuad berkata, pihaknya tidak menyangka filem animasi Ejen Ali mendapat sambutan luar dugaan daripada seluruh rakyat Malaysia terutama ibu bapa yang membawa anak-anak ke pawagam untuk menyaksikan filem animasi yang sesuai dengan kanak-kanak itu.

“Terima kasih buat semua yang menonton Ejen Ali The Movie dan kami sangat terharu dengan sambutan luar biasa ini. Anda telah menyaksikan Ejen Ali di layar perak dan kini, anda boleh merasai sendiri pengalaman berada di dunia perisikan Ejen Ali menerusi Ejen Ali Misi: Optimum.

Selain itu, kami juga sangat teruja untuk berkongsi kolaborasi kami dengan POS Malaysia menerusi koleksi terhad setem edisi khas Ejen Ali,” katanya.

Majlis Pelancaran Ejen Ali Misi: Optimum di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur. Foto: NSTP/AZHAR RAMLI

Kerjasama di antara POS Malaysia dan Ejen Ali The Movie menampilkan set setem edisi terhad yang memaparkan 10 karakter utama dari filem Ejen Ali. Setiap koleksi dijual dengan set fail lengkap, 10 unit setem, poskad dan sampul surat ini dijual pada harga RM35 setiap set.

“Tidak dinafikan teknologi sekarang membuatkan generasi baru mungkin kurang didedahkan atau semakin lupa dengan penggunaan setem dan penulisan surat. Justeru, ini adalah satu kolaborasi yang bagus untuk memberi pengalaman, mendidik serta memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai warisan komunikasi kita,” ujar Schrene.

Set setem adalah terhad di mana hanya 2000 set sahaja dijual di Ejen Ali Misi: Optimum untuk tempoh yang terhad sebelum ianya mula dijual secara rasmi pada 26 Disember 2019 di 13 pejabat pos terpilih di seluruh negara. Set setem edisi khas ini juga boleh dibeli secara dalam talian di www.eziemall.com.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam dunia perisikan dengan menyertai Ejen Ali Misi: Optimum di Orange Atrium Concourse, Sunway Pyramid. Misi ini dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad dan berlangsung sehingga 15 Disember 2019. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan ialah persembahan tarian ‘viral’ Mamak Maju, sesi beramah mesra dengan maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia, bengkel IRIS DIY dan pertandingan mewarna.

Selain itu, peminat Ejen Ali juga boleh mendapatkan barangan jenama Ejen Ali untuk musim persekolahan tahun hadapan seperti beg, buku aktiviti, dan kelengkapan persekolahan lain. Apa tunggu lagi, bertindak segera!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Apr 2022

Lebih 11 Tahun Syauqi Danial Simpan Hasrat Nak Jadi Penyanyi

Bermulalah perjalanan penyanyi baru, Syauqi Danial yang sudah lama menyimpan hasrat menjadi penyanyi.

Featured Sat, 11 Jun 2022

“Balik Dari Umrah Husband Nak…” – Puteri Sarah Liyana Dapat DM Tanya Soal Cerai, Dakwa Pihak Ketiga Reka Cerita

Sudah-sudah la ganggu rumah tangga orang 😌 Mungkin belum bertemu buku dengan ruas sebab tu banyak bunyik 👀 Apapun life must go on 🔥🔥🔥

Featured Tue, 16 Feb 2021
Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Tue, 1 Jun 2021

Permohonan Program Subsidi Upah Dilanjutkan Sehingga…

Berikutan pelaksanaan total lockdown, Kerajaan mengumumkan pelanjutan tempoh pemberian bantuan Program Subsidi Upah (PSU) selama sebulan lagi bagi semua sektor ekonomi yang terkesan . Bagi pelanjutan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 billion untuk disalurkan kepada […]