Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 13, 2020 @ 12:17pm

Panduan penyimpanan barang dalam peti sejuk begini mudahkan tugas di dapur!

Penggunaan peti sejuk dengan betul amat penting bagi memastikan kualiti makanan atau barang-barang dapur yang disimpan di dalam peti sejuk dapat dikekalkan dengan baik.

Justeru, penyimpanan dan pengurusan barang yang betul perlu dititik beratkan kerana penyusunan barang yang teratur mampu memudahkan kita mengambil barang sekali gus mempercepatkan proses memasak.

Bukan itu sahaja, peti sejuk yang kemas juga mampu memberikan ruang yang lebih banyak sekali gus membolehkan peredaran udara yang sejuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

tip penyimpanan barang dalam peti sejuk

Kredit gambar: abangbrian.com

Bakteria juga dapat dielakkan serta membuatkan makanan atau barang dapur dapat tahan lama dan segar.

Menerusi laman YouTube Hijab & Heels, Wan Roslizawati berkongsi panduan penyimpanan barang atau bahan makanan dengan cara yang betul di dalam peti sejuk.

Untuk bahagian penyimpanan sejuk beku, Wan Roslizawati menggunakan bekas yang sesuai untuk menyimpan bahan mentah seperti ayam, daging, sotong dan ikan. Ini bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan atau darah melekat di bahagian dalam peti sejuk.

penyimpanan makanan dalam peti sejuk

“Penyimpanan yang betul menjadikan peti sejuk lebih kemas dan teratur.” – Wan Roslizawati.

Dia turut berkongsi agar tidak meletakkan bahan mentah di dalam plastik kerana ia akan menyukarkan kita untuk mengambil bahan tersebut kerana plastik sudah melekat di peti sejuk. Perkara itu juga akan menyebabkan peti ais di rumah akan menjadi kotor.

Sementara itu bagi bahagian chiller pula, dia menyarankan agar botol air serta ubat-ubatan diletakkan di ruang yang disediakan dengan betul. Wanita ini turut mengesyorkan agar barang-barang disimpan menggunakan bekas yang sesuai bagi membantu menjimatkan ruang selain nampak lebih tersusun dan kemas.

tip penyimpanan barang dalam peti sejuk

Kredit gambar: Top Got A Day

Selain melabel bekas, penggunaan bekas lut sinar juga disarankan kerana ini lebih sistematik dan memudahkan kita untuk mencari bahan masakan.

tip penyimpanan barang dalam peti sejuk

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Ingin tahu apa lagi yang dikongsi Wan Roslizawati, jom tonton video di bawah. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Sat, 6 Sep 2025

Isteri Puji Fizi Ali ‘Manjakan’ Sejak Hari Pertama Kahwin – “Dia Buat Semuanya Untuk Saya”

Fizi bukan sahaja memudahkan urusannya menyediakan barangan rumah  malah sentiasa ringan tulang.

Featured Tue, 2 Jun 2020
Featured Tue, 26 Sep 2023

Anggap Anak Sumber Kekuatan, Nikki Palikat Sebak Nyanyi Lagu Bertakhta Di Hati

Penyanyi Nikki Palikat mengaku berasa sebak ketika menyanyikan lagu Bertakhta Di Hati pada program hiburan popular yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu. Menurut Nikki, setiap kali dia melakukan persembahan, anaknya Liam Audi akan sentiasa […]

Featured Mon, 29 Jan 2018

Elak 5 Makanan Ini Jika Mahu Kurus

Bagi sesetengah individu, berpantang makan untuk kurus bukan satu benda asing dalam diari diet.

error: Content is protected !!