Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom January 30, 2020 @ 10:47pm

8 jenis makanan bantu ubah saiz payudara dari B ke D!

‘Nasi lemak 50 sen’ sinonim dengan istilah atau gurauan nakal bagi wanita yang mempunyai saiz payudara yang kecil.

Usikan yang mengundang tawa orang, namun mengguris perasaan si tuan badan. Lebih-lebih lagi wanita sememangnya makhluk Tuhan yang sensitif.

Hakikatnya ada wanita yang memiliki wajah cantik, tetapi ‘aset’ kurang mantap, boleh menyebabkan wanita berasa rendah diri.

Itu belum mengambil kira kes-kes pelik seperti badan sudah kurus, tapi hendak kurus melidi dan bermacam-macam lagi .

Bercakap mengenai bahagian komponen tubuh yang mampu menyerlah keseksian seseorang wanita ini, ada yang sanggup mengambil risiko dengan mengamalkan ubat-ubatan termasuk melakukan pembedahan plastik demi memiliki payudara yang besar dan gebu.

Biasanya mereka yang mengambil jalan mudah ini kerana mahukan perubahan segera!

Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa jenis makanan yang mampu membesarkan payudara tanpa memerlukan senaman. Ingin tahu apakah makanan itu? Teruskan membaca!

1. Putih telur

Putih telur memberi kesan yang baik pada payudara. Caranya adalah dengan menyapu putih telur sekitar payudara setiap kali pada waktu malam. Sebaik bangun tidur keesokan pagi, anda boleh terus membasuhnya sambil melakukan teknik urutan lembut bagi mendapatkan payudara idaman.

Selain itu boleh juga mencuba petua ini, iaitu membuat pupur dengan mencampurkan sesudu dadih asli dan sebiji telur, kemudian sapu pada seluruh payudara berserta dengan sedikit urutan agar dapat membantu pupur meresap dengan baik.

Foto: Halodoc

2. Air soya

Air soya ialah minuman berkhasiat yang boleh dibeli pada harga murah. Kandungan estrogen semula jadi dalam kacang soya dapat meningkatkan hormon estrogen di dalam badan, sekali gus membantu anda memperoleh payudara idaman yang lebih besar dan tegang.

3. Jintan manis

Jintan manis adalah bahan masakan yang tergolong dalam kategori rempah-ratus tradisional. Pengambilan jintan manis dalam masakan dapat membantu anda membesarkan payudara dengan selamat dan berkesan.

Foto: Shopee

4. Labu

Pupur labu dapat membantu anda membesarkan saiz payudara dengan berkesan.

Caranya adalah dengan merebus labu sehingga lembik, kemudian lumatkan isi labu dan sapukannya secara rata ke seluruh bahagian payudara.

Biarkannya selama 20 minit, sebelum membasuh payudara anda sehingga hilang semua pupur labu tadi.

Foto: XTRA

5. Lidah buaya

Sapuan gel lendir daripada daun lidah buaya dapat membantu menjadikan payudara lebih besar dan tegang.

Ketika menyapu lendir lidah buaya ini, anda disarankan supaya membuat teknik urutan bagi membolehkan lendir daripada daun lidah buaya meresap dengan baik ke dalam kulit.

6. Kacang panjang

Kacang panjang adalah antara sayur-sayuran yang boleh membantu membesarkan payudara dengan cara yang cukup mudah.

Caranya adalah dengan mengisar kacang panjang, kemudian sapu rata ke seluruh bahagian kulit payudara kecuali puting.

Foto: bola.com

7. Minyak badam

Urutan pada payudara dengan minyak badam dapat melancarkan peredaran darah. Apabila peredaran darah menjadi lancar, maka pembuluh darah pada payudara mampu mengembang sehingga dapat mengencangkan ukuran payudara.

Caranya adalah dengan menyediakan minyak badam dan sapukannya pada kawasan payudara kecuali puting. Selepas itu, basuh dengan menggunakan air bersih atau air suam.

8. Khasiat daun sirih

Penggunaan daun sirih adalah satu daripada petua tradisional yang diamalkan sejak dulu lagi bagi membesarkan saiz payudara.

Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun sirih yang masih muda dan berdaun lebar. Kemudian, letakkan sedikit minyak kelapa dan layurkan dengan menggunakan api lilin sebelum ditekap pada payudara.

Biarkan sehingga kering dan lakukan beberapa secara lebih kerap bagi mendapatkan bentuk payudara idaman anda.

Foto: IDN Times

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik

Featured Tue, 13 Nov 2018

Darah Haid Berkurangan Dan Sikit Bukan Bererti Menopause, 8 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Darah haid berkurang, bererti ada sesuatu yang tidak berlaku pada hormon anda!

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Featured Mon, 9 Dec 2019

Virus Polio kembali menyerang Malaysia, ketahui petanda & cara mencegahnya

Penyakit ini boleh menyebabkan kelumpuhan dan juga maut!

Sihat Sun, 17 Nov 2019

Penjagaan kawasan intim perlu demi kesihatan dalaman

TWO L(I)PS pelihara kebersihan kawasan sulit

Sihat Fri, 27 Sep 2019

Anda penghidap gout? Elakkan jenis makanan ini

Ambil langkah berjaga sebelum ia menjadi lebih teruk!

Featured Tue, 17 Sep 2019

Kumpulan makanan yang membantu kesuburan wanita

Suami isteri yang masih mencuba harus tahu!

Sihat Fri, 16 Nov 2018

Penyakit Tibi Boleh Membawa Maut! Kenal Pasti Tanda-Tandanya

Kuman-kuman tibi akan menjadi aktif jika sistem imunisasi gagal menghalang kuman ini dari membiak dalam badan.

Sihat Wed, 15 Aug 2018

Nak Kekal Sihat? Ini Nombor-Nombor Yang Perlu Anda Titikberatkan

Ada nombor-nombor yang perlu anda titiberatkan dalam kehidupan seharian anda untuk kekal sihat.

Sihat Tue, 24 Sep 2019

Kebaikan mengambil sarapan yang perlu anda tahu!

Jangan abaikan sarapan pagi, ini sebabnya!

error: Content is protected !!