Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie February 26, 2020 @ 5:45pm

Penampilan sopan dengan tema masquerade meriahkan majlis makan malam MIRAI 2020

Majlis graduasi jarang dikaitkan dengan tema ranggi seperti masquerade atau pun pakaian berhias manik dan labuci kerana perkataan graduasi itu sendiri lazim dikaitkan dengan penampilan serius serta tidak boleh dibuat main-main.

Namun begitu, majlis makan malam Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun (MJHEP) Intelligent Research and Advance Innovation 2020 (MIRAI 2020)  Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya baru-baru ini menyaksikan pelajar dan pensyarah menepati tema masquerade atau fantasi yang ditetapkan.

Situasi itu sekali gus menyaksikan kemeriahan majlis yang agak berbeza kerana walaupun berlangsung dalam situasi serius, namun ada kelainannya kerana hampir keseluruhan pelajar dan pensyarah memenuhi tema yang ditetapkan.

Mungkin ada yang teringat kepada watak Zorro yang sering tampil berselindung di sebalik topeng, namun itu semua tidak menjadi masalah kepada penuntut yang diambang kegembiraan kerana bakal melanjutkan pelajaran ke Jepun Mac ini.

Pelbagai jenis topeng digayakan bagi menepati tema yang diteapkan pada majlis graduasi dan makan malam MIRAI MJHEP 2020.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, berkata majlis berkenaan diharap dijadikan kenangan kepada semua pihak yang terbabit khususnya pelajar yang akan meninggalkan Malaysia dan memulakan hidup baharu di Jepun kelak.

“Selama tiga tahun pelajar bersama-sama kakitangan terutama pensyarah MJHEP, pasti ada banyak kenangan bersama dan diharap majlis ini dapat dijadikan kenangan untuk dibawa ke Jepun kelak,” katanya ketika berucap pada majlis itu di Putrajaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah MARA merangkap Pengerusi YPM, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Rubiyah Abd Rahman.

Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun (MJHEP) MIRAI 2020 adalah projek akhir penuntut YPM yang diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang penyelidikan serta merangsang minda mereka supaya berfikir menghasilkan ciptaan, pembaharuan, penambahbaikan atau penemuan dengan bajet terhad serta tempoh masa tertentu.

Tema masquerade dipilih bagi memberi peluang kepada semua yang hadir untuk tampil dengan gaya berbeza. Rata-rata kakitangan yang hadir mengenakan baju menepati tema dengan mengenakan gaun malam yang menepati tema.

Tetamu yang hadir turut disediakan topeng wajah yang pelbagai warna dan gaya bersesuaian dengan tema masquerade itu, sekali gus menyuntik keceriaan dalam kalangan tetamu apabila masing-masing melaram dengan persalinan sopan dan tampak bergaya selain membawa aksesori tambahan seperti setangkai mawar yang melengkapkan lagi penampilan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 13 May 2020

UPSC sumbang 1,000 bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan

Inisiatif bagi hargai pengorbanan mereka

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

Acara Fri, 13 Mar 2020
Acara Sun, 23 Dec 2018
Acara Tue, 4 Feb 2020
Acara Mon, 6 Feb 2023

Konsert Ada Apa Dengan Melly Sukses, Melly Goeslaw Sebak Kenang P Ramlee

Konsert Melly Goeslaw imbau kenangan waktu sekolah…

error: Content is protected !!