Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops March 23, 2020 @ 10:00am

Rahsia ratu rock Ella kekal awet muda dan sihat pada usia 50-an

Melihat pada gaya fesyen, penampilan dan sifat manjanya, siapa sangka Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin kini sudah berusia 53 tahun.

Selain kekal cantik dan awet muda, ratu rock negara yang lahir pada 31 Julai 1966 itu masih memiliki stamina yang kuat dan aktif ketika beraksi di atas pentas.

panduan cantik dan sihat ella

Gambar: Arkib Hijab & Heels

Bukan itu sahaja, pada usia lebih separuh abad, Ella yang sudah aktif dalam industri seni tanah air lebih tiga dekad itu terus kekal laris dan popular, malah baru-bafru ini dipilih menjadi duta bagi jenama busana Muslimah, Sabella.

Ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Sabella, Hijab & Heels sempat bertanyakan kepada pelantun lagu Permata Potong Permata itu mengenai panduan kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya.

Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang itu berkata, sebagai artis, beliau sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan kecantikan untuk memastikan dirinya sentiasa sihat, bertenaga dan berkeyakinan.

“Kalau tanya penjagaan diri Ella dari pelbagai aspek, jawapannya mudah sahaja. Ella hanya mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran positif.

“Ella banyak mengambil makanan sihat, nasi dan sayur-sayuran hijau sebagai amalan pemakanan sihat. Untuk amalan kecergasan pula, Ella mengamalkan yoga dan akan pergi ke pusat kecergasan untuk melakukan senaman.

rahsia kecantikan Ella

Kredit gambar: Straits Times Singapore

“Paling penting, minum banyak air yang mencukupi kerana ia sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan diri,” katanya ketika ditemui di ibu kota baru-baru ini.

Menyentuh mengenai amalan kecantikannya, isteri kepada Azhar Ghazali itu berkata, untuk mengekalkan rupa paras agar tidak dimamah usia, beliau akui tidak mempunyai sebarang petua kecantikan khusus yang diamalkannya untuk kekal cantik.

“Petua kecantikan? Tidak ada. Ella hanya akan memastikan diri Ella sentiasa positif dan gembira untuk terus kelihatan awet muda. Ella percaya dan yakin, apabila kita gembira, muka pasti akan nampak ceria dan tidak kelihatan tua,” katanya mengakhiri perbualan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 May 2020
Oh Lawa Mon, 29 Oct 2018
Oh Lawa Mon, 5 Mar 2018

Pori-Pori Muka Besar? Ini 6 Tips Paling Mudah Untuk Anda Amalkan!

Selain mengecilkan liang pori yang terbuka, cara ini juga dapat membantu menyingkirkan bakteria dan menghilangkan kotoran halus pada kulit muka.

Oh Lawa Fri, 17 Aug 2018

Azhar Zainal Pecah Tembok Diskriminasi Fesyen Untuk Golongan Plus Size

Fashion for all satu statement yang jelas membuktikan bahawa tiada limitasi saiz tubuh dalam berfesyen dan tidak seharusnya wujud diskriminasi terhadap golongan plus size.

Oh Lawa Fri, 4 May 2018

Ini Tips Mudah Untuk Buatkan Bulu Mata Palsu Anda Nampak Natural. Tak Perlu Beli Yang Mahal!

Kalau bajet anda rendah, jangan risau! Ada tips mudah untuk buatkan bulu mata palsu yang murahan dan plastik tu, langsung tak nampak macam fake. 

Featured Mon, 12 Nov 2018
Featured Sun, 2 Sep 2018

Lofarbag Dengan Hanya RM259, Mesti Beli Ni!

Mencerminkan kejayaan Neelofa, Lofarbag dihadirkan dalam tiga karakter utama iaitu Cofidence, Graceful dan Fun.

Oh Lawa Fri, 12 Jul 2019

Thiamidol pelenyap bintik hitam pada wajah

Cela pada wajah lenyap dalam empat minggu, ajaib!

Oh Lawa Thu, 19 Dec 2019

Bosan dengan pakaian dalam gerobok? Jom intai fesyen yang ‘in’ untuk 2020

Improvisasi gaya klasik kepada moden, vibrant dan powerful!

Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
error: Content is protected !!