Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie March 26, 2020 @ 2:00am

Gedung buku, destinasi ilmu yang menarik untuk diteroka

Membaca jambatan ilmu dan membaca juga adalah pintu ke dunia maklumat yang tidak bertepi, namun kita sering menganggap membaca adalah perbuatan wajib ketika musim peperiksaan sahaja.

Amalan membaca boleh dilakukan di mana-mana sahaja, malah membaca sambil berdiri di dalam keretapi adalah pemandangan biasa di Jepun.

Bagi yang sedang merancang untuk menyediakan ‘pakej’ percutian terbaik bagi keluarga, Hijab & Heels mencadangkan dua lokasi menarik ini.

Kedua-dua lokasi itu amat sesuai untuk membawa anak-anak bercuti kerana sambil meluangkan masa bersama-sama keluarga, anda juga dapat mendidik anak untuk membudayakan amalan membaca.

Lagipun, lokasi dipenuhi buku juga adalah ruang yang menarik untuk diteroka. Bakat kata pepatah, belum cuba belum tahu.

Pemandangan begini ibarat percutian berharga bagi penggemar buku. Foto: NSTP.

BookXcess, Tamarind Square Cyberjaya Kedai buku mega ini terletak di Cyberjaya dan beroperasi 24 jam sehari dengan jumlah judul melebihi setengah juta, ada ruang membaca dan kebanyakan buku ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

Lebih mengujakan, BookXcess juga menempatkan kafé di dalam kawasan yang dipenuhi buku. Oleh itu jika penat mencari atau membaca buku, bawa sahaja keluarga menikmati kopi panas dengan pelbagai jenis kek enak yang boleh dipesan.

Tempat duduk yang selesa tersedia untuk pengunjung membaca di BookXcess. Foto: NSTP.

Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara di Jalan Tun Abdul Razak antara lokasi menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Foto: NSTP.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang terletak di Jalan Tun Razak ini adalah gedung ilmu yang mencakupi pelbagai tajuk buku, beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 petang setiap hari, kecuali Ahad ditutup awal satu jam.

PNM bukan sahaja menyediakan buku, ada beratus manuskrip lama bertulisan Jawi turut disimpan di situ dan jika anda peminat tulisan Jawi, anda boleh melawat bahagian manuskrip lama itu dengan bantuan kakitangan bertugas.

Manuskrip Jawi lama antara khazanah berharga yang boleh dilihat di Perpustakaan Negara Malaysia. Foto: NSTP.

Jangan risau sekiranya berasa lapar, ada kafe di bahagian aras bawah perpustakaan yang boleh dikunjungi dan kemudahan meletak kereta juga ada disediakan. Duduklah selama mana demi memenuhi percutian ilmu buat ahli keluarga, tiada yang melarang.

Bisik pada anak-anak atau ahli keluarga, percutian di lokasi penuh buku adalah percutian terbaik kerana dilingkungi ilmu. Jom rancang percutian ilmu anda sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Feb 2020
Featured Thu, 23 Jun 2022
Featured Mon, 9 Dec 2019

Virus Polio kembali menyerang Malaysia, ketahui petanda & cara mencegahnya

Penyakit ini boleh menyebabkan kelumpuhan dan juga maut!

Eat Travel Tue, 7 Apr 2020
Featured Sat, 31 Dec 2022

Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia. @uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes Menerusi hantaran di laman […]

Featured Fri, 18 Apr 2025

“Ia Berlaku Pada Pagi Hari Raya” – Suami Kesal, Zahnita Bawa Lelaki Tak Dikenali Masuk Dalam Rumah?

Dia meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila Zahnita didakwa membawa seorang lelaki ke rumah mereka

Featured Fri, 23 Dec 2022

Isu Saman JAWI RM10 Juta, Yusof Haslam Pelik Dengan Syamsul – “Saya Harap Tindakan Dia Tak Keruhkan Keadaan”

Saya dan isteri sentiasa doakan yang terbaik buat Syamsul – Yusof Haslam

Featured Mon, 8 Jan 2024

[VIDEO] Majlis Khatam Al-Quran Dayang Anisha & Putera Mateen Raih Perhatian – “Lembutnya Suara Dia”

Aww, sukanya tengok bila Anisha senyum dekat Putera Mateen dan bakal MIL🥰🥰🥰

error: Content is protected !!