Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 27, 2020 @ 1:10pm

Tiga petua kecantikan wanita Korea menggunakan buah delima

Selebriti Korea Selatan bukan sahaja dikagumi kerana bakat lakonan mereka, tetapi juga kecantikan kulit yang sempurna bak telur dikupas.

Meskipun khabar angin mengatakan kecantikan kebanyakan selebriti negara itu disebabkan pembedahan plastik, tetapi untuk memperoleh kulit yang cantik berkilauan itu hanya memerlukan penjagaan rapi.

Berbeza dengan pembedahan plastik yang digunakan untuk mencantikkan bahagian tertentu seperti membesarkan mata, memancungkan hidung, membentuk kening dan mulut, penjagaan kulit pula menjadikan kulit lebih licin sempurna tanpa cela.

Tidak hairanlah, produk penjagaan kecantikan dari negara itu laris di pasaran termasuk di Malaysia. Lebih-lebih lagi produk kecantikan dari Korea Selatan (K-kecantikan) dikatakan berkesan membantu menyelesaikan masalah kulit berikutan inovasi dalam pembuatan produk berkenaan.

Mamonde, antara produk K-kecantikan yang laris di Malaysia, baru-baru ini berkongsi tiga panduan kecantikan yang dapat membantu wanita mengamalkan gaya hidup sihat.

Buah delima mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat untuk kulit. (Gambar hiasan/NSTP)

Petua yang dinamakan Panduan Keremajaan Kulit Buah Delima itu menyarankan wanita supaya mengamalkan gaya hidup sihat bermula dengan pengambilan makanan seimbang yang mampu mencantikkan kulit dari dalam.

Sejak dulu lagi kebanyakan masyarakat di Asia menggunakan buah delima dalam pemakanan seperti jus dan puding kerana kandungannya yang kaya dengan vitamin A, C, D, E dan K, antioksidan serta zat besi.

Kandungan buah delima yang berkhasiat dapat mampu memperlambat proses penuaan dan memberi pelindungan yang diperlukan kulit.

Berikut dikongsikan Panduan Keremajaan Kulit Buah Delima Mamonde:

1. Ambil makanan kaya dengan buah delima

Buah delima sering digelar makanan unggul (super food) berikutan kandungannya yang kaya dengan pelbagai khasiat. Buah itu turut mengandungi kalium dan serat yang diperlukan untuk sistem penghadaman.

Kesemua vitamin itu bukan sahaja membantu dalam proses tumbesaran, tetapi amat bermanfaat dalam memulihara kulit. Selain dimakan begitu sahaja, buah delima juga boleh dibuat jus dan dijadikan hiasan dalam aneka masakan.

Berikut dikongsikan resipi parfait dadih buah delima daripada portal Spoonful of Flavor:

Parfait buah delima enak dan berkhasiat. (Gambar hiasan/Sumber Spoonful of Flavor)

Bahan-bahan:

3 cawan dadih Greek

1/4 cawan madu

1 1/2 cawan kluster granola

1/2 cawan biji buah delima

Cip coklat (mengikut kesesuaian)

Cara menyediakan:

  • Campur dadih dan madu dalam satu mangkuk kecil, kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan tadi dalam mangkuk atau cawan kecil, membabitkan sepertiga ruang
  • Masukkan biji delima dan granola dan masukkan adunan tadi, ulang sehingga dua atau tiga lapis.
  • Letak cip coklat pada bahagian atas dan sedia untuk dinikmati.

2. Kekal hidrat

Jus delima memberikan khasiat diperlukan setiap hari. (Gambar hiasan/Sumber abangbrian.com)

Dalam cuaca panas seperti di Malaysia, amat penting untuk kekal hidrat. Selain memastikan pengambilan sekurang-kurangnya 2 liter sehari, anda juga boleh mengambil secawan jus delima setiap pagi.

Jus delima membantu badan menyahtoksin, sekali gus menjadikan kulit lebih cantik dari dalam.

3. Produk penjagaan kulit

Park Shin-Hye dikagumi bukan sahaja kerana bakat lakonannya, tetapi juga kulit yang cantik. (Gambar/Sumber Mamonde)

Amalkan produk penjagaan kulit yang menggunakan buah delima seperti Mamonde Red Energy Recovery Serum. Produk ini diperkaya dengan khasiat buah dan bunga  delima yang mengandungi polifenol dan fitoestrogen, selain vitamin B serta C yang juga antioksidan baik untuk proses pemuliharaan kulit.

Red Energy Recovery Serum berfungsi memperkuat kelembapan lapisan kulit, merangsang proses pemulihan kulit dan memberi kelembapan yang diperlukan kulit.

Duta Mamonde, Park Shin-Hye dikatakan menggunakan produk Mamonde sejak beberapa tahun lalu dan gembira dengan hasilnya yang menjadikan kulit artis terkenal Korea Selatan itu sentiasa segar serta cantik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

“Lebihkan Nyanyi, Kurangkan Bercakap” – Ziana Zain Terima Teguran Netizen

Respect betul sikap kak Ziana yang tak melenting pun malah terima lagi teguran dari peminat.

Featured Wed, 10 Dec 2025

“Kau Orang Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Buat, Baik Duduk Diam” – Fizo Omar Tegur Tindakan Netizen ‘Rate’ 1 Bintang Restoran Milik Khairul Aming

Fizo menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar serta boleh menjejaskan reputasi perniagaan orang lain.

Featured Tue, 22 Apr 2025

Karya Paling Laris! Blood Brothers Raih Kutipan RM45.7 Juta Setakat 11 Hari Tayangan

Filem aksi ikonik itu turut menduduki carta lima filem tempatan dengan kutipan tertinggi

Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

Resipi Puding Raja Warisan Asli Negeri Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Puding raja dikatakan amat digemari oleh golongan istana dan sering dijadikan hidangan istimewa untuk santapan diraja.

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Tahukah Anda Kecantikan Bidadari Syurga Itu Abadi? Jom Baca Artikel Ini

Bidadari Syurga, pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai.

Featured Sun, 25 Aug 2024

“Jangan Pernah Menyesal Jadi Terlalu Baik, Kerana Hadiahmu Bukan Pada Manusia Tapi Allah” – Umisya Mazlan

Deep betul apa yang disampaikan Umisya tu. Yang mulut jahat tu better ‘bertenang’ dulu ek👀🔥

Featured Sat, 10 Aug 2024

“Ia Satu Fasa Yang Tak Selesa” – Aedy Ashraf Terkesan Pernah Dibuli, Belajar ‘Martial Arts’ Untuk Pertahan Diri

Terbaiklah Aedy! Now, memang kena belajar martial arts… dunia sekarang menyeramkan.

error: Content is protected !!