Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie March 31, 2020 @ 4:25pm

Vivy Yusof mohon maaf, anggap komen disalah tafsir

Berikutan komen dalam hantaran usahawan, Aleeya Zailan di laman Twitter yang berpendapat Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini tidak membantu golongan usahawan kecil, Datin Vivy Yusof diserang warganet.

Kebanyakan komen yang ditulis meluahkan kemarahan terhadap sikap usahawan terkenal itu yang dianggap menghina golongan B40, malah ada yang mencadangkan supaya masyarakat memboikot produk FashionValet, duCK.

Serangan berkenaan berpunca daripada komen balas Vivy terhadap perkongsian pemilik akaun bernama Aleeya Zailan yang seolah-olah menganggap PRIHATIN hanya membantu golongan B40 dan mengabaikan usahawan sepertinya sehingga ada yang terpaksa gulung tikar.

Perbualan Aleeya Zailan dan Vivy Yusof di Twitter dikatakan menjadi punca kemarahan warganet. Foto: NSTP/Adi Safri.

“Saya rasa, golongan miskin akan menjadi lebih kaya ketika COVID-19 dan kehilangan kerja selepas itu. Perniagaan seperti kami sedang cuba sebaik mungkin untuk bertahan. Seperti anda, saya saya sedih apabila mendengar ramai rakan terpaksa menutup perniagaan. Tidak mampu membayar,” katanya.

Kenyataan itu dibalas Vivy yang bersetuju dengan perkongsian Aleeya dan turut melahirkan kebimbangkan akan impak COVID-19 terhadap perniagaan.

“Tepat sekali. Pakej itu hanya kelegaan jangka pendek dan kesengsaraan besar kemudiannya terhadap syarikat perniagaan sehinggalah pekerja,” komen Vivy ketika membalas kenyataan Aleeya.

Berikutan serangan warganet dalam semua laman sosialnya, Vivy memohon maaf secara terbuka dan menganggap komen berkenaan disalah tafsir.

Dalam perkongsian terakhirnya di Instagram, dua hari lalu, Vivy menjelaskan beliau bukan bersetuju dengan kenyataan yang merendahkan golongan B40 dalam perkongsian Aleeya itu.

“Saya hanya ingin menjelaskan gambar yang diedarkan dalam Twitter. Saya hanya bersetuju dengan kenyataan kedua dan bukannya bersetuju dengan kenyataan pertama.

“Saya juga prihatin dengan golongan B40 dan ingin memastikan mereka tidak kehilangan kerja. Jika anda mengenali saya, anda pasti memahami maksud yang hendak disampaikan.

“Saya tahu kenyataan ini tidak akan mengubah perkara yang sudah berlaku, tetapi saya perlu memberikan penjelasan. Sekali lagi saya mohon maaf,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sorry, everyone. ????❤

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Dalam perkongsian terdahulu, Vivy turut memaklumkan beliau hanya menyuarakan kebimbangan terhadap usahawan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), malah syarikat miliknya, FashionValet tidak disenaraikan sebagai PKS.

Beliau juga memaklumkan ketika wabak COVID-19 merebak, beliau antara individu yang memulakan inisiatif mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan. Sehingga kini, dana berkenaan dikatakan berjaya mengumpul sebanyak RM1.4 juta.

Vivy kini menutup semua ruang komen bagi akaun Instagramnya apabila serangan warganet berterusan meskipun beliau sudah memohon maaf, namun akaun Facebooknya yang kali terakhir dikemas kini pada 7 November 2017 menjadi tumpuan masyarakat untuk meluahkan kemarahan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 May 2021

Kerajaan Digesa Lakukan ‘Total Lockdown’ Di Selangor & Kuala Lumpur

Berikutan kes COVID-19 yang  semakin menunjukkan trend peningkatan, kerajaan digesa melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di Selangor dan Kuala Lumpur. Menurut Ahli Kumpulan Penasihat, Rangka Kerja Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) […]

Trending Fri, 5 Jul 2019

罕见「长四只耳朵」的猫咪

就算你不是嗜猫如命的猫奴族,在现在各大社群平台上充斥的各种可爱猫咪的照片、影片的情况下,你很难避免被这些猫咪给萌的不要不要的。

Featured Wed, 12 Feb 2025

Dakwaan Sudah Berkahwin Tular, Fikry Ibrahim Mohon Beri Sedikit Masa

Fikry bagaimanapun meminta untuk memberikan ruang dan sedikit masa menejlaskan mengani statusnya kini.

Featured Fri, 13 Jan 2023
error: Content is protected !!