Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri February 3, 2018 @ 6:16am

Priyanka Chopra Bakal ‘Bridesmaid’ Meghan & Putera Harry?

Peminat filem Bollywood tentu kenal Priyanka Chopra kan?  Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan Putera Harry, 34,  yang dijadualkan berlangsung pada 19 Mei 2018 nanti.
Sumber yang dipetik daripada beberapa portal luar negara  melaporkan walau pun belum ada kata putus atau pengesahan daipada Priyanka, 36,  namun beberapa media Inggeris sudah ada yang melaporkan Priyanka bakal menjadi ‘bridesmaid’ Megan Markle.
 
Ketika ditanya hal berkenaan, Priyanka sekadar menjawab, “Ko orang akan tahu ketika pernikahannya berlangsung nanti,” Priyanka berkata demikian dalam temuramah bersama majalah Harper’s Bazaar baru-baru ini.
Apa pun yang pasti Priyanka dan Megan memang berkawan rapat sejak mereka bertemu di Amerika Syarikat malah Priyanka merupakan orang pertama yang menyampaikan ucapan tahniah ketika   pasangan diRaja itu  bertunang pada bulan November tahun lalu.

Putera Harry atau nama sebenarnya  Henry Charles Albert David merupakan pewaris kelima takhta diraja Britain sementara Rachel Megan  Markle, popular menerusi drama te­levisyen AS, Suits.Hari perkahwinan Megan dengan putera kedua Puteri Diana dan Putera Charles itu khabarnya menelan kos kira-kira setengah juta pound dan dijangka berlangsung di Gereja St. George di Istana Kota Windsor, England.
 
Credit pic: Indianexpress.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Jun 2025

Rahmad Mega Menangis, Anak Istimewa Meninggal Dunia

Penyanyi Rahmad Mega gagal menahan sebak selepas memaklumkan anak istimewanya, Nur Ara Elisya,15, telah meninggal dunia.

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Tiada Istilah Kalah Menang…’- DS Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah.

Featured Thu, 2 Jan 2025
Featured Thu, 11 Dec 2025

“Lakukan Perkara Yang Buat Anda Happy” – Khairul Aming Kongsi Falsafah Hidup, Kenang Pengorbanan Ibu Berniaga Kuih

Menurut Aming, kenyataan itu tidak menggambarkan realiti sebenar dan tidak wajar dijadikan kayu pengukur sebuah kebahagiaan.

Hiburan Wed, 18 Jun 2025
Featured Wed, 18 Sep 2024

Fazura Mohon Dilepaskan Cara Baik, Tarikh Sebutan Kes Masih Belum Ditetapkan

Apapun, moga yang terbaik buat keduanya👀❤️

error: Content is protected !!