Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 8, 2020 @ 2:00pm

Doa isteri mati masa bersalin dan fitnah zuriat sendiri benih milik orang lain. Wanita tempelak bekas suami durjana!

Diceraikan talak tiga ketika hamil, malah dituduh pula mengandung anak orang lain sehingga bekas suami mendoakan kematian isteri ketika bersalin, tentu saja pengalaman hitam ini sukar dipadam dalam sejarah hidup seorang wanita.

Bagaimana seorang lelaki yang dicintai tergamak melemparkan kata-kata sedemikian pada saat isteri sedang menghadiahkan zuriat untuknya. Bukankah ucapan terima kasih dan layanan baik selayaknya diterima mana-mana wanita sekalipun!

Kisah inilah yang terjadi kepada seorang wanita yang menggunakan akaun Twitter @MissErinKayy .

Baca luahan hati ibu tunggal kepada bayi comel ini:

“Masa aku nak bersalin, bekas suami aku doakan aku mati ketika bersalin dan tak mengaku anak yang aku kandungkan itu anak dia. Dia sikit pun tak ambil tahu pasal kandungan.

“Allah Maha Adil. Allah keluarkan anak lelaki aku muka sama macam dia. Sekarang dia menggelabah nak jumpa.

“Menggelabah nak anak aku ber bin kan dia sedangkan sikit pun tak ambik tahu, sikit pun tak tanya khabar.

“Aku dah lama tahan sabar, tahan amarah tapi bila dapat tahu kau doakan aku mati masa bersalinkan anak kau, kau THIAL.

Foto: Twitter

“Cukup dah aku kasi muka dekat manusia tak kenang budi macam kau.

“Aku bersuara kali ni sebab sebelum ni aku tak kisah dah kau nak ceraikan aku talak 3 sekali pun, tapi bila kau kata aku mengandung entah anak siapa, kenapa sekarang kau yang menggelabah nak mengaku ni anak kau?

“Anak aku tak salah lahir ke dunia, salah dia dapat bapak macam kau. Tengok kuasa Allah bagi anak ni keluar muka macam kau sebab apa? Sebab takut kau tak mengaku dia anak kau.

Foto: Twitter

“Kau belajar tinggi, tapi cakap macam orang tak pakai otak. Kesian.

“Kau doakan aku mati masa bersalin, tapi Allah tak makbulkan doa kau. Allah bagi aku panjang umur untuk jaga anak ni sebagai amanah dari-Nya.

“Ingat, jangan sampai suatu hari nanti kau kahwin lagi tapi tak boleh dapat zuriat. Masa tu kau kena kenang balik apa kau dah buat dekat anak kau yang pada awalnya kau hina dia anak orang lain.

“Kau boleh sembang dusta dekat sesiapa pasal aku, tapi kau tengok sendiri, Allah tunjuk satu persatu.

Foto: Twitter

Dulu kau susahkan aku masa mengandung naik turun mahkamah dengan bawak perut sebab kau taknak bagi kerjasama, aku yang kena urus semua.

“Kali ni Allah bagi aku bahagia yang tak terhingga dengan anak aku tanpa kau. Syukur!

“Kau doakanlah aku apa-apa pun, aku sikit pun tak hairan sebab Allah takkan kabulkan doa seorang PENDUSTA & MUNAFIK!, “ tulisnya.

Foto: Twitter

Wanita ini turut memohon maaf kepada pengikut yang membaca luahan hatinya, kerana pemilihan bahasa yang digunakan agak kesat.

Ujarnya lagi dia tidak kisah apapun tanggapan umum terhadapnya, kerana segala rasa sakit dan penghinaan itu dia yang menanggung selama ini.

“Aku dah berlembut hati selama ni layan dia macam tak ada apa jadi, lepas dari dia ceraikan aku talak 3, masa aku mengandung 3 bulan! Manusia paling tak kenang budi!, “ akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Aug 2025
Trending Thu, 16 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Semak Cara Status Pembayaran

Jom semak cara pembayaran status BSH fasa ketiga!

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Artis Popular Cerai Tahun Lalu Dah Rujuk Ketika Masih Dalam Idah?

Artis popular cerai rujuk kembali ketika masih dalam idah

Eat Travel Thu, 21 May 2020

Rumah Kebun, percutian semula jadi yang mengasyikkan

Sesuai untuk keluarga besar berkumpul

Hiburan Mon, 7 Oct 2024

Rumah Tangga 4 Tahun Terlerai, Emma Maembong Sah Bercerai… Selesai Jalani Tempoh Idah

Allahuakbar, lepas satu satu kes cerai kan hm 🥹 Tapi walaupun dah cerai, Emma & bekas suami masih berbaik demi anak-anak

Hiburan Fri, 3 Oct 2025
Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Raya Tahun Ni Confirm Lebih Ceria Dan Lebih Jimat Bila Korang Ikut Tips Ini!

Setiap tahun bila bulan Ramadan hampir tiba je confirm ramai yang mula fikir macam mana nak kasi rumah nampak extra cantik dan extra ceria betul tak? Yelah, raya kan datang setahun sekali je, masa tu […]

error: Content is protected !!