Euforia Bola 2026
familuv By: Shaidah Shafie April 10, 2020 @ 5:13pm

Manipulasi warna makanan untuk anak yang tidak gemar makan

Cabaran utama menjadi ibu antaranya ialah anak tidak makan sayur, sebaliknya hanya bergantung pada susu semata-mata.

Sehubungan itu, ramai ibu bapa risau kerana anak terlalu memilih makanan dan susah untuk makan walaupun pelbagai makanan enak disediakan sesuai usia si manja.

Risiko tidak mendapat sumber zat dan mineral yang mencukupi dalam pengambilan pemakanan seharian boleh menyebabkan masalah tumbesaran, selain menjejaskan perkembangan otak.

Oleh itu, pastikan mereka mendapat segala keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan bagi menjamin proses tumbesaran menjadi lebih sempurna serta sihat.

Vitamin dan zat mineral boleh diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan yang ada dijual di pasar tani mahupun pasar raya besar.

Warna lobak merah ini menarik perhatian kanak-kanak, tetapi tidak semua kanak-kanak gemar menikmatinya – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Apa yang perlu dilakukan ibu bapa adalah memproses buah atau sayur menjadi satu bentuk makanan yang berbeza agar si manja tidak menolak apabila dihidangkan.

Hijab & Heels mencadangkan ibu bapa melakukan dua helah ini untuk memastikan si manja mendapat vitamin dan zat yang cukup dengan memakan sayur serta buah yang kaya khasiat.

1. Buah-buahan

Bagi buah-buahan seperti epal, mangga, kiwi, pisang, nanas atau strawberi, ibu bapa boleh memberi sentuhan kreatif dengan memotong kepada kiub kecil dan mencampurkannya di dalam satu mangkuk dengan kadar sekali makan.

Si manja biasanya mudah terpengaruh dengan makanan berwarna warni, oleh itu mudah bagi mereka untuk makan sehingga habis dan tidak banyak soal mengenai apa yang mereka makan sebenarnya.

2. Sayur-sayuran

Begitu juga dengan sayur-sayuran hijau yang sering dianggap musuh oleh si manja sehingga ibu bapa terpaksa melakukan sedikit muslihat bagi memastikan mereka makan sayur.

Sayur-sayuran sering dianggap musuh oleh kanak-kanak – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Sayur seperti brokoli, bunga kubis, lobak merah dan keledek yang sudah direbus boleh dicucuk pada lidi seperti sate, namun pastikan anda mengawasi anak ketika mereka makan makanan itu.

Mungkin apabila melihat makanan yang tidak digemari itu dihadirkan dalam bentuk berbeza, mereka fikir itu adalah kudapan enak yang perlu dimakan memandangkan sayur-sayuran itu juga mempunyai warna yang menarik perhatian.

Lakukan helah kreatif itu agar si manja membesar dengan sihat dan sempurna!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah […]

Featured Thu, 6 Jan 2022

Kes Omicron Pertama Kini Dikesan Di Tawau

Semoga negara & orang yang kita sayang dalam lindungan Tuhan

Featured Fri, 15 Mar 2019
Featured Tue, 28 Apr 2020
Events Fri, 19 Jun 2026

Tak Beri ‘Green Light’ Sertai Program Realiti Nyanyian, Mua Bellaz Enggan Anak Bekerja Di Usia Muda

Kata Mua Bellaz dia mahu anak-anaknya menikmati zaman kanak-kanak mereka tanpa sebarang tekanan.

Featured Tue, 26 Dec 2023
Featured Tue, 21 Apr 2020
Featured Tue, 14 Apr 2026

Dalam Duka Kehilangan, Bapa Pelajar Maut Dirempuh Kereta Depan Surau Reda Ketentuan Takdir – “Saya Maafkan Guru Itu”

Bapa Nur Fatimatul Hawa menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

error: Content is protected !!