Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 10, 2020 @ 5:57pm

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu bermula 15 April sehingga 28 April ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perlanjutan PKP itu, berkata meskipun jumlah kes baharu yang positif COVID-19 menunjukkan penurunan sejak beberapa hari lalu, kawalan perlu dilakukan untuk tempoh dua minggu lagi bagi memastikan penularan wabak itu dapat dibendung sepenuhnya.

Katanya, perlanjutan tempoh PKP sehingga 28 April ini diharap dapat memberi peluang kepada petugas kesihatan untuk memberi tumpuan pada kumpulan sasar yang dikenal pasti menjadi punca penularan COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan bermula 15 April sehingga 28 April 2020. (Gambar BERNAMA)

“Penularan wabak ini masih pada peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan, malah usaha mencegah wabak ini mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan. Ini termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti menjadi punca penularan wabak ini.

“Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan pakar-pakar perubatan, Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan PKP untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020,” katanya pada perutusan khas berhubung COVID-19, hari ini.

Ketika ini, usaha yang dijalankan Kerajaan dalam memerangi wabak COVID-19 menunjukkan perkembangan positif.  Jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara ini  berada pada kadar terkawal iaitu 7 peratus, berbanding penanda aras 10 peratus yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kadar kematian akibat wabak ini di Malaysia juga adalah rendah, iaitu 1.6 peratus berbanding 5.8 peratus kadar kematian pada peringkat dunia.

Selain itu, setakat ini seramai 1,830 atau 43 peratus pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, malah hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes.

Perlanjutan tempoh PKP diharap dapat memberi peluang kepada petugas kesihatan melakukan saringan terhadap kumpilan sasar. (Gambar hiasan/NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI)

Muhyiddin berkata, tindakan untuk melanjutkan tempoh PKP adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan supaya negara yang terkesan akibat COVID-19 untuk tidak menamatkan PKP terlalu awal.

“Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila PKP ditamatkan. Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama.

“Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul memastikan penularan wabak ini diatasi 100 peratus.,” katanya.

Beliau mengingatkan rakyat supaya mematuhi PKP sekiranya sayangkan keluarga, termasuk menukar cara hidup dengan mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri.

Berikutan perlanjutan tempoh pelaksanaan PKP, Muhyiddin turut mengumumkan penangguhan sesi persekolahan, namun murid perlu mengikuti proses pembelajaran dari rumah seperti yang disediakan Kementerian Pendidikan (KPM) khususnya pihak sekolah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Sep 2019

Ini cara untuk kira berapa sudu gula yang ada dalam minuman anda

Bayangkan berapa banyak gula yang anda ambil!

Featured Tue, 28 Jan 2020
Featured Mon, 20 Feb 2023

Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Wahhh, kalau betul apa salahnya kan ❤️🥰🥰

Featured Mon, 15 Jan 2024

Gara-Gara Skandal Rumah Tangga, Shuk Sahar Dedah Kereta Pernah Kena Ludah

Tapi ramai juga yang back up makcik tu kata padan muka shuk🤭

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Thu, 11 Dec 2025

“Bukan Semua Duda Bak Malaikat & Janda Macam Sy*itan”- Fazley Yaakob

Fazley tampil mempersoalkan mengapa layanan masyarakat terhadap kedua-dua status itu sering dijadikan ‘bahan’.

error: Content is protected !!